Dah lama nampak iklan promot kedai ni. Terletak di sg pusu, berdekatan dengan UIA. Lepas kita jahit sluar Uyum aritu, terus kami decide nak cari makan untuk minum petang tu. Hujan lebat plak turun tiba-tiba tapi tak patahkan semangan kami nak juga jalan jalan cari makan.
 

Nak cari kedai ni pada mula nya agak tricky sket. Sebab korang takkan perasan pun kedai nya dari tepi jalan. Cuma panduan yang ako bole bagi adalah korang cari je Sek Vokasional Gombak. Jalan nak masuk ke kedai ni memang sebelah je simpang masuk sek vokasional tu. Dan korang akan jumpa Medan Selera MPS dulu then baru korang akan nampak deretan kedai dimana terletaknya Hazu Cakery ni.





Kedai ni menjual pelbagai jenis kek dah pencuci mulut. Semua pun nampak menarik dan sedap. Masa kami sampai tu takde orang. Memang rasa lega la sebab ruang makan dia tak banyak kerusi dan meja. Sekali tengah order, berderet plak orang sampai menyinggah ke kedai tu. Nasib baik la kami cepat-cepat buat pesanan dan dapat tempat duduk kat bahagian luar.



Antara menu air yang ada dijual di situ. Harga berpatutan la. 



Antara menu lain korang boleh order.



Kami try sparkling mango dan strawberry. Boleh la.. Time ni hujan tapi terasa nak minum minuman sejuk juga hehehe.


Stroberi untuk uyum. Memang kesukaan dia la tu.


Selain makan kek, kami order la juga mac n cheese dia. Sedap cuma masin sket la. Maybe dia terlebih letak cheese tu kot hehe


Cuma spageti carbonara dia agak kurang sos carbonara , so terasa cam kering la sket.
Tak rasa creamy sangat. Rasa dia x masin, memang just nice je cuma klu orang suka creamy, yang ini maybe akan buat korang rasa tak puas hati la heheh..


Waktu dibuka dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.
So apa tunggu lagi. Buat korang yang berdekatan, boleh la cuba pencuci mulut buat minum di petang hari 😆

Lokasi kedai adalah di 
Haza Cakery
No 33 Seri Selera MPS Jln Sekolah Teknik Bt, 8, Batu 7 Gombak, 53199 Kuala Lumpur

Nota Jemari: Selamat menjamu selera.