BERBUKA DI D'TIMER CAFE - 10 RAMADHAN - Ako Tetap Ako

BERBUKA DI D'TIMER CAFE - 10 RAMADHAN

Asalnya belek mende lain kat IG tup-tup ternampak IG D'Timer Cafe ni.
Kebetulan hari ni rasa macam tak nak berbuka ngan nasi.
Masuk kat IG D'timer ni nampak plak laksa & soto, pastu eh ada plak lontong darat, cam menarik je ni. Belek punya belek, ok dia memang jual johorean foods.


Ini set yang diorang offer tapi bole je kalau nak order ala carte.
Ako semalam amek set 2 pax.



Set 2 pax ni ada Soto & nasi putih asam pedas.
Seriously asam pedas dia pekat gila weii.....
Sedap sangat!

Soto tu plak nampak simple je kan tapi bila dah letak cili kicap, pergh dia punya nikmat, makan x toleh kiri kanan dah hahaha...

Set ni dapat la 2 Teh o Ais dan agar-agar santan gula melaka.
Adoii lama gila tak makan agar-agar ni jadi semalam tu memang ako menikmati sugguh2 makanan kat sana. hahaha..




Antara menu lain yang kitorang order, lempeng cicah kari ayam.
Macam pelik plak, selalu orang makan lempeng ngan sambal.
Ke ako yang tak tau ada orang cicah ngan kari lempeng ni hahaha...
Mula ingat nak order roti jala ha baru feel cicah kari tapi semalam takde plak roti jala nya.

Lontong darat @ lontong kering ni ikutkan ako x de la pebret sangat.
Tapi daging kat lontong tu lembut gila wei....
terus ako jatuh cinta kat lontong tu.😍

Mi bandung pun not bad.
Tapi sebab ako bukan pemgemar mi bandung banyak udang kering kan, nasib la yg ini ako bole telan sebab udang nya x de la melampau2 sangat hahaha..


As usual, Uyum makan nasi lomak gitu!
Siap request nak tambah nasi.
Ewah ewah awak ingat kita makan kat rumah ke hape!? hahaha
Tapi sebab kan uyum kurang gemor telo rebus maka nya kita pesan la telo dadar.
Dah le semerbak bau tolo dadar b4 waktu berbuka hahaha..


Kemain uyum order dessert.
Mostly kek-kek yang ada kat situ daripada aszbakes.
Ako terjumpa cafe ni pun sebab dok belek kek-kek kat aszbakes ni la.


Kedai nya takde la besar tapi ok la.
Dia buka meja sampai ke luar juga.
Disarankan buat la tempahan terlebih dahulu, takut penuh kan.


D'timer Cafe ni ada 2 cawangan.
satu kat Wangsa Maju & satu lagi kat Damansara

Yang ako pegi ni cawangan di Wangsa Maju.

D'Timer Cafe
11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-4141 5312
Waktu operasi : 12pm - 10pm

D'timer Cafe Damansara
44G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
03-7733 5312
Waktu operasi: 12pm - 9pm

Nota Jemari: Alhamdulilah dapat gak makan johorean foods

26 comments:

  1. Adoii uyyum, request nasi lebih ni, kalah orang berpuasa hahahaha :P

    ReplyDelete
  2. Hoh 2 kali makan soto masa bulan puasa. Satu buatan sendiri dan satu D'timer Cafe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha pebret tu.. Klu dpt mkn panas2 kicap pedas2 lagi perghhh nikmat 🤣🤣

      Delete
  3. sedap2 semua menu..desert pun menarik..

    ReplyDelete
  4. Semua makanan mengecurkan, semua fav, terutama lontong darat dan lempeng tu..

    Ada anak sedara Kita memang jeni's makan bertambah kat kedai tau, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh kak.. Ni kalau bertambah kang tkut over dia makan kang 🤣 sbb mcm2 dia nak sumbat..

      Delete
  5. sedap2 makanan. telan liur tgk, sib baik dah buka puasa 😁

    ReplyDelete
  6. Menarik...boleh try nanti. Lama tak makan soto sedap. Rindu nak balik Johor, boleh la datang sini. Huhu

    ReplyDelete
  7. Lontong darat. Lama tak makan. Asal Uyum sihat dan gembira tu dah besar nikmat..nina cover semua apa yang Uyum nak tambah. Hehehehhe.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya, Ako. Betul juga ye, selalunya lempeng cicah sambal. Tapi nampak sedap juga. Semua la nampak sedap. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Wow.. ini sangat melazatkan!! Sambal kalau paduuuu, memang sedap sangat woo! Saya pun suka pedasss

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try lagi kat sini tapi Kak Ret dah review sedap makanan disini, so boleh try nanti.

    ReplyDelete
  11. Aduhaiii, makanan favourite orang Johor tu soto dan lontong. Kecur air liur tengok tengahari ni.huhu

    ReplyDelete
  12. nmpk sedap asam pedas tu.
    eh uyum suka telur dadar jgk ke. samalah kita..

    ReplyDelete
  13. aduh, pagi pagi tgk menu sedap gini.... huaa berbunyi perut

    ReplyDelete
  14. ooo kalo saya, semua jenis kuah saya cicah dengan lempeng...kari, asam pedas, masak lomak..hahahah

    ReplyDelete
  15. Boleh la SA ajak BF berbuka kat sini...macam menarik je ni....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.