Drama yang satu ni ako pasan awal-awal dah masuk VIU Malaysia.
Mula memang tak terdetik nak tengok walau ako sememang nya suka dengan lakonan Shin Ha-Kyun dari dulu lagi.

Pastu terbaca review kat group FB korea pasal drama yang satu ni.

Beyond Evil sudah tamat semalam. Drama ini merupakan antara drama misteri pembunuhan yang terbaik pernah aku saksikan.
Episod akhir berjaya membungkus semuanya, memberi keadilan kepada mangsa dan menunjukkan pembalasan setimpal kepada semua orang yang terlibat dengan kematian Yu Yeon.
Beyond Evil merupakan sebuah naskah yang ditulis dengan baik, dari pembukaan drama sehinggalah penutup drama. Semua elemen termasuk sinematografi dan lagu latar disatukan dengan baik tanpa sia-sia. Pertama, tahniah kepada penulis skrip kerana berjaya menghubungkan segalanya dan memuaskan hati penonton. Seterusnya, tahniah kepada pengarah kerana mengarahkan setiap adegan dengan begitu sempurna dan memaparkan sentuhan paralelisme/bayangan. -kakimuvee
Pas baca review kakimuvee ni, terus mengedik ako nak tengok drama ni.
Seriously, kalau korang suka drama jenis penyiasatan, misteri, wajib layan "Beyond evil" ni. Memang manthop!! Semua pelakon-pelakon pun memang hebat-hebat.

Drama ni ada 16 episod.
Dan masa ako buat entri ni, ako baru je selesai tengok episod 13.
Perghhh memang debo je nak tengok ending.

Sinopsis dia tentang;

Lee Dong-Sik (Shin Ha-Kyun) pernah menjadi detektif yang berkebolehan. Dia sekarang bekerja di Balai Polis Manyang di sebuah bandar kecil dan melakukan semua pekerjaan yang membosankan di stesen. Hidupnya sunyi di sana. Suatu hari, Detektif Han Joo-Won (Yeo Jin-Goo) dipindahkan ke cawangan polis yang sama. Dia ditugaskan untuk bekerja sebagai bos Lee Dong-Sik dan juga jadi pasangannya. Han Joo-Won adalah seorang detektif elit dan berasal dari latar belakang yang terkenal. Ayahnya mempunyai peluang baik untuk menjadi ketua seterusnya di Badan Polis Nasional. Han Joo-Won juga mempunyai rahsia.

Kes pembunuhan bersiri berlaku di bandar kecil yang damai. Kes ini adalah kes pembunuhan bersiri yang sama yang berlaku 20 tahun yang lalu dan mengubah kehidupan Lee Dong-Sik. Kedua-dua detektif bekerjasama untuk menangkap pembunuhnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota Jemari: Korang takkan sangka siapa pembunuh yang sebenar..... suspen!!

pic credit asianwiki / google