BABAI ABANG ABIN - Ako Tetap Ako

BABAI ABANG ABIN

Hari yang dinantikan, 7 April 2021.
Hari pendaftaran ABIN ke MRSM Felda Trolak, Sungkai Perak.
Seawal jam 7:30 pagi kitorang bertolak dari KL itupun lepas setel hantar Uyum ke sekolah.
Kebetulan arini Uyum ada photoshoot untuk budak-budak 6 tahun, so kami takde la nak bawa Uyum, leceh juga kan. Uyum, kami tinggalkan je kat sekolah sampai petang. Nasib baik kat sekolah dia memang ada servis 'daycare' sekali, jadi senang la sikit.

Berbalik pada kisah ABIN, dalam beberapa hari ni memang ke laut sikit blogwalking.
Sebab nya dok sibuk membuat persiapan untuk ABIN.
Mood nak menulis dan merayap membaca blog korang, agak hilang jauh ntah pigi mana hahaha.


Biasa la kan first time nak masuk asrama, jadi macam-macam la nak dibawa.
Stok makanan je satu box hahaha...



Yeay dah sampai..
Sampai-sampai je diorang soh park kete dulu kat depan guard ni.
Abin n mama gi register dulu.
Pastu baru dia benarkan kita masuk kawasan asrama.

Ha kat sini nanti challenge nya, dia bg 20 minit je untuk punggah barang, kemas bilik.
Pulak tu hanya sorang je parent dia benarkan masuk ke bilik dengan pelajar.
OK mama, chaiyok!! Challenge 20 minit untuk mama siapkan bilik ABIN hahaha...

Lepas masukkan barang-barang ke asrama, kena gi dewan semula untuk dengar taklimat.
Ini pun dia bagi wakil sorang je untuk dengar.
Nasib nina bawa laptop n aqeem temankan nina dalam kete. 


Last but not least, babai abang ABIN.
Belajar rajin-rajin.
Jangan lupa solat.
Jaga diri bebaik.
Insyallah nanti lepas raya kita jumpa lagi eh... (ye ke bole balik raya?)😅



Nasib takde drama air mata antara MAMA n ABIN ehehhe


Nota Jemari: psst pg tadi uyum x heran abang dia nk g asrama...tgk la ptg nnt drama dia bila tgk abin dah xde hahaha

16 comments:

  1. Iye iye je Uyum tu. Jangan malam kang dah tanya dah la. Good luck Abin!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. drama jangan tak drama, Uyum.. huhu..

    Mama tak nangis ke babai Abang Abin? Nina pun mesti sebak jugakkan, nasib tak jauh sgt ngan KL

    ReplyDelete
  3. Nanti uyum tercari cari lah abang abin, jangan nangis lak hahaha.
    Goodluck abin!

    ReplyDelete
  4. Langkah baharu, kisah baharu, buku baharu untumu Abin. Selamat menuntut ilmu kerana Allah. Semoga sentiasa diterangkan hati, dilapangkan fikiran dalam urusanmu menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  5. Mencabar juga nak mendaftar musim covid ni. Kena sorang je wakil yang urusankan semua. Semoga abin semangat belajar kat tempat baru. uyum tu kita tengok drama dia macamana nanti. Saya pun mood kelaut sikit blogwalking. fasa sibuk sikit :)

    ReplyDelete
  6. Adui 20 minit. Jadi Speedy Gonzalez.
    Harap Abin dapat berdikari. Kena bangun sendiri untuk sahur.

    ReplyDelete
  7. terbaik ah..nanti kawe masukkan dalam group ansara haha..
    nanti dah habis belajar leh masuk group mrsm confession...

    ReplyDelete
  8. welcome to MRSM Abin..welcome to 'asrama' life..study hard!
    mesti Uyum tercari-cari..kesian Uyum..

    ReplyDelete
  9. cabaran mak2 yang tdak dapat disangkal lagi...

    ReplyDelete
  10. goodluck Abin! belajar rajin2 :)

    ReplyDelete
  11. Alahaii besar dah Abin, Abin dah duduk asrama ek... take care Abin, belajar bebaik...

    ReplyDelete
  12. stock makanan itu penting !! hehe good luckkkkkkk abg abin :)

    ReplyDelete
  13. SA anak sorang..nanti kalau dia masuk IPT ke U ke...confirm ada drama airmata...sape nak gosok blkg mama masa nak tido..sape nak kejut mama pagi subuh..sape nak basuh dan lipatkan baju mama sebab mama x suka lipat baju..alahaiiii....x sanggupnya...kalau macam tu mama kena kawen la kan?

    ReplyDelete
  14. Stok makanan sangat penting bila duk asrama ni.

    nangis la kalau tak dapat balik raya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.