Hari yang dinantikan, 7 April 2021.
Hari pendaftaran ABIN ke MRSM Felda Trolak, Sungkai Perak.
Seawal jam 7:30 pagi kitorang bertolak dari KL itupun lepas setel hantar Uyum ke sekolah.
Kebetulan arini Uyum ada photoshoot untuk budak-budak 6 tahun, so kami takde la nak bawa Uyum, leceh juga kan. Uyum, kami tinggalkan je kat sekolah sampai petang. Nasib baik kat sekolah dia memang ada servis 'daycare' sekali, jadi senang la sikit.
Berbalik pada kisah ABIN, dalam beberapa hari ni memang ke laut sikit blogwalking.
Sebab nya dok sibuk membuat persiapan untuk ABIN.
Mood nak menulis dan merayap membaca blog korang, agak hilang jauh ntah pigi mana hahaha.
Biasa la kan first time nak masuk asrama, jadi macam-macam la nak dibawa.
Stok makanan je satu box hahaha...
Yeay dah sampai..
Sampai-sampai je diorang soh park kete dulu kat depan guard ni.
Abin n mama gi register dulu.
Pastu baru dia benarkan kita masuk kawasan asrama.
Ha kat sini nanti challenge nya, dia bg 20 minit je untuk punggah barang, kemas bilik.
Pulak tu hanya sorang je parent dia benarkan masuk ke bilik dengan pelajar.
OK mama, chaiyok!! Challenge 20 minit untuk mama siapkan bilik ABIN hahaha...
Lepas masukkan barang-barang ke asrama, kena gi dewan semula untuk dengar taklimat.
Ini pun dia bagi wakil sorang je untuk dengar.
Nasib nina bawa laptop n aqeem temankan nina dalam kete.
Last but not least, babai abang ABIN.
Belajar rajin-rajin.
Jangan lupa solat.
Jaga diri bebaik.
Insyallah nanti lepas raya kita jumpa lagi eh... (ye ke bole balik raya?)😅
Nota Jemari: psst pg tadi uyum x heran abang dia nk g asrama...tgk la ptg nnt drama dia bila tgk abin dah xde hahaha







17 Ulasan
Iye iye je Uyum tu. Jangan malam kang dah tanya dah la. Good luck Abin!
BalasPadamhahaha.. drama jangan tak drama, Uyum.. huhu..
BalasPadamMama tak nangis ke babai Abang Abin? Nina pun mesti sebak jugakkan, nasib tak jauh sgt ngan KL
Nanti uyum tercari cari lah abang abin, jangan nangis lak hahaha.
BalasPadamGoodluck abin!
Langkah baharu, kisah baharu, buku baharu untumu Abin. Selamat menuntut ilmu kerana Allah. Semoga sentiasa diterangkan hati, dilapangkan fikiran dalam urusanmu menuntut ilmu.
BalasPadamMencabar juga nak mendaftar musim covid ni. Kena sorang je wakil yang urusankan semua. Semoga abin semangat belajar kat tempat baru. uyum tu kita tengok drama dia macamana nanti. Saya pun mood kelaut sikit blogwalking. fasa sibuk sikit :)
BalasPadamAdui 20 minit. Jadi Speedy Gonzalez.
BalasPadamHarap Abin dapat berdikari. Kena bangun sendiri untuk sahur.
terbaik ah..nanti kawe masukkan dalam group ansara haha..
BalasPadamnanti dah habis belajar leh masuk group mrsm confession...
welcome to MRSM Abin..welcome to 'asrama' life..study hard!
BalasPadammesti Uyum tercari-cari..kesian Uyum..
cabaran mak2 yang tdak dapat disangkal lagi...
BalasPadamgoodluck Abin! belajar rajin2 :)
BalasPadamAlahaii besar dah Abin, Abin dah duduk asrama ek... take care Abin, belajar bebaik...
BalasPadamTake care Abin :)
BalasPadamgudluck Abin. slmt belajar
BalasPadamstock makanan itu penting !! hehe good luckkkkkkk abg abin :)
BalasPadamSA anak sorang..nanti kalau dia masuk IPT ke U ke...confirm ada drama airmata...sape nak gosok blkg mama masa nak tido..sape nak kejut mama pagi subuh..sape nak basuh dan lipatkan baju mama sebab mama x suka lipat baju..alahaiiii....x sanggupnya...kalau macam tu mama kena kawen la kan?
BalasPadamStok makanan sangat penting bila duk asrama ni.
BalasPadamnangis la kalau tak dapat balik raya..
banyak betul prosedur dengan SOP kalo masuk sekolah sekarang ni kan..
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com