Alhamdulilah berkesempatan berbuka di luar Ahad lepas.
Itupun setelah member sorang ni war-warkan kat group ada buffet kat tempat keje dia.
Memandangkan tak tau nak masak apa kan wiken aritu, moh la kita menuju ke Singgah Selalu by Villa Zamara.
Details harga buffet ada kat gambar atas tu k.
Ok, kat mana plak Villa Zamara ni?
Nama villa, rumah orang kah?
Maka nya kita pun gugel la.
Rupanya tempat ni dulu, ako pernah buat event department.
Villa ni dulu owned by Bora Asmara adik beradik Bora Ombak tu.
Now dah bertukar la plak ye owner nya.
Singgah Selalu!
Ha orang-orang joho mesti tau kan kedai yang satu ni.
Now dah pindah ke eh?
So Singgah Selalu by Villa Zamara ni adalah join-venture dengan owner Singgah Selalu JB tu.
Kebetulan owner Villa Zamara skrg ni memang asal Johor juga.
SS Villa Zamara
Lot 2933 Jalan Sungai Penchala
Kampung Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur
Ako suka mushroom soup dia.
Kampung Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur
Just nice, kami sampai dalam 6:30 petang gitu.
Tempat ni memang ada parking khas so jangan pening-pening pk kalau takde parking k.
Bilik solat pun ada disediakan. Tempat wudu' memang dalam bilik solat tu, so selesa la untuk kaum pompuan kalau nak menunaikan solat maghrib kan.
Toilet pun cantek dan selesa.
Our lucky no, meja no 7.
Kad 50 tu nanti, time nak bayar, hulur je kat kaunter.
Kawasan ni memang luas, so jangan risau penjarakkan tu tetap ada.
Sarung tangan sentiasa kena pakai semasa amek makanan.
Kalau rasa dah kotor, jangan risau, pekerja diorang sentiasa sedia untuk pass sarung tangan yang baru.
Macam-macam menu ada.
Lauk-pauk memang banyak sangat.
ABC pun ada.
Char kuay teow panas-panas.
Korang nak makan, dia masak on da spot.
Memang sedap la kan!!
Ako memang bukan peminat char kuay teow sangat tapi so far yang ini sedap di tekak ako.
Antara lauk-pauk kat situ.
Rambang mata nak makan.
Semua pun nampak menarik.
Roasted beef n chicken ni pun not bad.
Tapi takde la dia panggang sekor macam kat hotel tu ye.😅😆
Ako suka mushroom soup dia.
Cuma roti tu sebab dia dah sesiap masak awal kan, so ada liat la sket tapi still ok sebab ko makan pun cicah terus dalam sup je kan.
Overall untuk kami, makan kat sini memang sangat puas hati! 👍
Buat korang yang takde idea nak berbuka apa, kat mana, nak harga murah sket dari hotel, boleh la cuba berbuka di SS Villa Zamara area Sg Penchala ni. Memang sangat berbaloi!!
Nota Jemari: korang buka apa semalam? 😁
15 Comments
Ohh adik beradik Bora Ombak. Style Resto nya lebih kurang. Seronok juga tu sesekali berbuka kat luar.
ReplyDeleteyg dulu tu adik badik bora omak...
Deleteyg ini partner ship ngan SS JB tu :)
Silap pemahaman pulak saya. Ampunnn...
Deletehhhahaha ok je :)
DeleteKalau dari gambar2 makanan yg ditunjukkan, memang agak berbaloi la.. makan sampai kenyang
ReplyDeletebetul berbalooi la ngan harga dia...
DeleteIni bila dah minum air, kembung sudah...terus jadi full perut hahaha
parking byk, surau pun user-friendly, makanan sedap..berbaloi mkn di sini..
ReplyDeletekaan....!!
DeleteMenarik tempatnya. Luas, dan tengok makanan pun nampak sedap-sedap. :)
ReplyDeleteYang surau user friendly tu paling boek, sebab siap makan nak terus solat, kalau balik takut tak sempat nak solat kat rumah. Makanan punnn banyakk jenis, semua adaaaa.
ReplyDeleteKita makan nasi lauk ayam merah je hehehe :D
Dekat kampung abah, Kg Sungai Penchala.
ReplyDeleteBanyak juga makanan disediakan cuma perut mungkin tidak larat makan semua.
Cantik kawasan dia..menarik ni...tapi jauhhhhh
ReplyDeletebestnye tgk mknn yg ada dkt situ. yg paling tringin skang char kuey teow. nk blik mkn kt penang, x bleh rentas negeri..
ReplyDeletekebersihan klu terjaga.. best klu nak repeat again next time kan
ReplyDeletehaah dulu ada Singgah Selalu kat JB ni tapi sekarang macam da takde da...berpatutan betul harga buffet dia tu!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com