Syarikat agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship mengumumkan kenyataan rasmi hari ini yang LKS akan meninggalkan Running Man. LKS menyertai rancangan hiburan itu sejak tahun 2010. Huhuhu sedihnyaaaa, lepasni mungkin LKS lebih aktif dalam bidang lakonan.
Kenyataan rasmi dari syarikat agensi LKS :
"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan 'Running Man' SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.
Setelah terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala, walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran 'Running Man'. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, krew, rakan-rakannya, dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.
Kerana Running Man yang disebut Lee Kwang Soo sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapan.
Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di 'Running Man', dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria.."
- Akak Admin -
resource: #Kakimuvee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alolo baca kenyataan ni tadi, sadis ar klu betul LKS ni dah nak benti dari Running Man. So far ako rasa dia ni je penyeri rancangan tu.

Agak-agak ada penganti tak ye?
Sape la yang bole jadi penyeri macam LKS kan?!

Nota Jemari: lepas sorang, sorang keluar dari RM