Bulan ramadhan kurang aktiviti luar... eh eh macam la klu bulan tak puasa selalu buat aktiviti luar, kan? hahaha...
Bulan ramadhan ni nak cerita pun mesti pasal makan je.
Hahaha memang takde idea sangat nak menghapdet.'
Hotak pun jadi tepu.
Hari kerja memang jarang la nak masak.
Semua pun kita order grab je 😆
Kalau nak main masak-masak , kena la tunggu hujung minggu.
Tu ha menu berbuka tadi. Apa mende la tu eh?
Ala-ala bruschette tuna gitu.
Jadi laa..... menu lain ada je tapi bukan nasi la ye!
Petang sebelum hujan, kluar gi kedai jap.
Hantar vest si Aqeem ni ha.
Nak jahit lencana.
Hahaha... baru terhegeh nak jahit lencana.
Ini pun sebab esok diorang ada majlis perlantikan pelbagai jenis pengawas kat sekolah.
Awal-awal cikgu dah pesan, pastikan vest tu ada lencana sekolah.
Selesai je jahit, hujan pun turun dengan lebat nya.
Allah... seriau betul nak drive time-time hujan ni.
Ini kisah malam tadi.
Rupanya giliran moreh jalan rumah ako semalam.
Nasib siang tu makcik sebelah sempat ingatkan.
Kelam kabut dok pikir nak bagi apa, last-last mesej adik soh dia order kan cream puff dari ULIULIDELIGHTS.
'Tapi punya la terlupa, patut nya nak pack kecil-kecil sebab nak bagi kat org surau lepas solat terawikh kan. Kisahnya makanan semua kena sesiap packing. Sebab tak bole nak makan kat surau. Jenuh selongkar stor cari kotak kecik-kecik. Nasib la ada.
Ok pastu ako order dessert panna cotta ni dari member.
Dah makcik-makcik area sini plan nak bagi nasi la, bihun la...
So kita yang 'muda' ni decide bagi manisan je la.😁
Alhamdulilah, makanan semua nya cukup...
Nota Jemari: nape ako rasa ending ako mcm tergantung ni?! hahaha
19 Comments
aihhhh..semua makanan sedap dipamerkan...huhuhu
ReplyDeletesedapnya :)
ReplyDeletesemua makanan ini bisa terliur jika di siang hari haha
ReplyDeleteAmboi pencuci mulut panna cotta.
ReplyDeleteEh tapi di sini boleh buka di masjid. Cuak juga tadi.
hati ni kat surau ada roti bom dan teh bangla.
ReplyDeleteMenarik!!! Salam 3 Ramadan yee
ReplyDeleteOhhhh kalau moreh, dia ada giliran ikut jalan rumah eh kak ret? Baru tahuuuu hehehe. Biasa ada disediakan di masjid teruss.
ReplyDeleteCantik idea tu! Panna cotta memang sedap. Tentu banyak yang suka.
ReplyDeleteUishh sedap pulak tengok nye
ReplyDeleteDesert tu mmg menggoda la sis... mlm td kami pun ada cream puff jugakk.. hihi
ReplyDeleteDan kenapa PC rasa dua-dua ni buat PC terasa nak mencari juga ni. Adoi. Hehehe.
ReplyDeleteGiliran moreh SA sabtu ni kot...x tau la nak bagi apa nanti...rasanya memang order jer kuih muih...nak buat bab kuih x pandai...lauk pauk pakar la......hehehe...sedap plak tgok crem puff and panna cotta tu
ReplyDeletehaha..ako punya cerita memang selalu menggembirakan..nasib baiklahhh sempat nak order desert tu semua untuk surau tu, last minute betul! :P
ReplyDeletesy cuma lalu makan masa berbuka n moreh je. Bila sahur tu makan sesenduk nasi je.
ReplyDeleteSaya pun takde mood hapdet blog bulan puasa ni. Ikutkan cerita jalan-jalan banyak je. Simpan dulu lah
ReplyDeleteBulan puasa kalau tak share mkanan memang tk sah hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Menarik betul panna cotta tu. Tak pernah makan lagi.
ReplyDeleteNampak macam manis panna cotta tu. Tak pernah makan. Cantik bekasnya..
ReplyDeleteSekarang semua kena buat balik lepas solat. Tak boleh makan kat surau/masjid mcm dulu2.
panna cotta tu nampak sedapp...cream puff tu inti dia krim keladi ke tuuuu 😋
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com