BILA MAKCIK BAWANG BERBUKA KAT RUMAH AKO - 13 Ramadhan - Ako Tetap Ako

BILA MAKCIK BAWANG BERBUKA KAT RUMAH AKO - 13 Ramadhan

Eh makcik bawang mana plak ni kan?! ahahha...
Makcik bawang merangkap budak-budak sekolah ako....
Asal nya ako ajak member sorang ni berbuka kat rumah sesama.
Sian, sebab dia single, sorang-sorang kat KL ni, mak ayah, adik badik semua kat JB.
Tu yang saja la plan berbuka ajak dia sekali.

Pastu terigt member sorang ni pun berbuka sorang-sorang lepas tanpa anak-anak dia.
Set ar, ajak la sekali. Eh Eh pastu lagi sorang cakap dia pun buka sorang-sorang tanpa laki.
Wakakakaka... sudah nya 3 orang yang 'single' datang berbuka kat rumah ako Ahad lepas.

Rezeki derang.... Ako memang plan nak makan BBQ grill & Stimbot dari ILIPOT.
Ni semua gara-gara member BERKONGSI REZEKI dulu, terus rasa cam gian nak main bakar-bakar ni hahaha.



Ako order set yang "Jamuan combo - Kenduri 8"


Gila banyak oiiii !!!
Memang puas hati. Sebab stok banyak kan, esok nya pun terpaksa berbuka ngan set grill ni lagi. 😅
Set ni dia bagi kita pilih 2 jenis sos stimbot.
Jadi ako pilih tomyum dan juga sos 'MALApetaka'.
Nama pun malapetaka memang rasa malapetaka pedas nya tu oiiii!!!😂

SET KENDURI LAPAN (8 PAX NO POT NO GRILL NO BURNER)

*Termasuk: Pilihan Sup, Pilihan Perapan, 10 x Daging Dihiris (100g), Itik Sanggai (150g), 10 x Udang Segar, Kerang scallop, 4 x Crab stick, Ikan Patin, Mee Ikan, Kobis, Bawang Holland, Jagung Segar, Brokkoli, Cendawan Enoki, Cendawan White Crab, Seafood Tahu, Naget Ketam, Bebola Lobster, King Crab Chunk, Fish Filament, Cocktail Sosaj Keju, Cheese Tauhu, Thai Fish Cake, Bebola Udang Berisi Telur Ikan, Bebola Ikan Berisi Ayam, 4 x Fuzhuk Halus Ring Rolls, 8 x Fuzchuk Goreng, 4 x Yee Mee Halus, 4 x Nasi Wangi, Gila Hot Sauce Bottle, Kicap Chili Sos, Margarine

*pakej termasuk beg penyejuk , sudu & chopstick.

Nasib la before ni memang dah ada set grill & stimbot tu, cuma ako add on beli burner je la.

Member sorang belikan MARTABAK dari TETANGGA KITA.
Pestime ako makan, seriously sedap banget!!!...
Ako suka martabak yang asli, yang manis-manis ako kurang sket.
Korang bole tengok menu-menu pilihan MARTABAK yang lain dalam website dia.

Lagi sorang member plak bawakan PORTUGUESE TART dari MEMORIE CAFE.
Alhamdulilah rezeki dapat rasa dedua makanan yang tak pernah try ni hahah..


Derang pun first time nak makan grill by ILIPOT ni.
Hahaha memang rezeki derang juga la kan.


Penuh oii satu meja 😅
Sakan kami berbuka aritu. semua pun bertambah-tambah.
Itupun masih ada lagi saki baki yang tak terusik,
Esok nya ako makan lagi la dengan Uyum n abang Aqeem plak.


Nama pun makcik bawang.... hahah lepas solat, sambung balik makan, pastu start le membawang.
Hahaha bila nak berubah ni oiii 😆
NI la akibat nya setahun sekali dapat jumpa, sekali byk betul cerita menarik nak di sampaikan.


Last sekali kami makan Burntcheese cake by https://runners.cafe.

Nota Jemari: Raya diperantauan derang ni nanti hehehe... 

15 comments:

  1. bestnye berbuka rmai2 camni dgn geng kaki bwg hehe

    ReplyDelete
  2. Rindunya geng2 bawang saya. Apakan daya ramai di luar negeri. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe laaa... tunggu covid selesai..insyallah leh jumpa kan

      Delete
  3. Seronoknya buka ramai-ramai. Meriah sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kak... sian kat derang hahaha slalu memasing berbuka sengsorang.. tu saja ajak dtg rumah buka sesama, sesekali je pun

      Delete
  4. Fuhhhh puas hati bayar harga macam tu kalau makanannya banyakkk. Sampai boleh makan banyak kali tuuuu. Tapi bestnya boleh makan dengan kawan kawan. Kita jauh jauh semuanya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun mana yg dekat2 je laa kita ajak n kebetulan derang pun sorang2 je kan..
      alhamdulilah rezeki banyak betul makanan nya.. siap makan 2 hari berturut ahahha

      Delete
  5. Seronok ada teman-teman sertai. Borak-borak santai sedikit, boleh baring atau lepak lama.

    ReplyDelete
  6. Meriah bila geng makcik bawang bertandang. Banyak story mory tu bila lama dah tak berjumpa. Lumayan betul eh dia punya pakej tu. Rasa takut pulak nak makan sos malapetaka tu. terasa pedas nau nau.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat berkumpul macam ni. Borak2 sambil makan.
    Pakej steamboat tu macam menarik. Macam macam dpt. Sos malapetaka tu dengar pun macam seram je nak cuba..

    ReplyDelete
  8. meriahhhh..memang penuh meja hahahhaha!! tapi menu semua best2!

    ReplyDelete
  9. menarik pakej stimbot & gril tu..sos tu mesti super hot..malapetaka melanda..hehe..

    ReplyDelete
  10. Bila ada geng berbuka macam ni memang la best kan..teringat duk bujang sblom ni...tap dapat housemate lepas makan jenis masuk bilik tido...apoooo

    ReplyDelete
  11. wahhh,meriahhh tuuu.. makanan2 ponnn best tuuu..hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.