KATHIRA ooo KATHIRA, PASTIKAN YANG ORIGINAL - Ako Tetap Ako

KATHIRA ooo KATHIRA, PASTIKAN YANG ORIGINAL

 

Buat warga Johor memang tak asing lagi air yang satu ni iaitu air kathira.
Air kathira Abu Bakar adalah resepi turun temurun.

KEISTIMEWAAN air katira adalah ia hanya dijual pada bulan puasa dan tahukah anda, amalan itu kerana pemilik asal resipi minuman itu dari Johor mewasiatkannya sedemikian.

Setiap tahun ako n family mesti akan borong air kathira ni.
Kalau korang kat JB bole je dapat kat mana-mana bazaar ramadhan.
Tapi buat korang yang di luar negeri Johor, jangan risau.
Korang masih boleh dapatkan air kathira ni dari agen-agen yang dilantik seluruh Malaysia.

Wah air ni dah sampai ke Terengganu, Kelantan, Perak, Penang!!
Perghh.....dasat bisnes Kakak Naddy ni.
Oh ye Kakak Nadia adalah "ANAK KEPADA FOUNDER KATHIRA since 1980an".
Arwah ayah iaitu Abu Bakar menurunkan resepi tradisi ni kepada Kak Nadia SEORANG je tau!!
Dasat kan.... dan bisnes ni telah diambil alih oleh kak nadia sepenuhnya.

Camne nak dapatkan air kathira ni?
Ha kat atas tu ada list-list agen yang boleh korang contact.
Harga berlainan setiap negeri ye, harap maklum.
Maybe diorang amek kira cost nak mengangkut air-air ni dari JB ke negeri masing-masing.
So, sila jangan compare harga-harga ni dengan tempat korang ye.😁

COP!!!
Pastikan korang beli yang ORIGINAL tau!!


Jangan terkeliru ye.
Pastikan logo yang ASLI macam ni!!

So far, setau ako air Kathira ni boleh bertahan berbulan-bulan kalau disimpan di tempat sejuk beku dalam peti ais. Mana le tau kan, kot-kot dah abis ramadhan, korang masih nak minum air kathira ni, jadi takde la terkilan sangat kan.😍

Pape pun  selamat berbuka puasa dan selamat menikmati air Kathira.

Nota Jemari: Nikmat tak terkata😍😍

30 comments:

  1. Ist Ramadhan aritu husband ada beli kat bazar tapi yang dah siap bancuh.
    Tak pastilah ori ke tidak

    ReplyDelete
  2. Air kathira rasa apo kak ret? Pernah dengar and tengok orang jual, tapi tak pernah beli hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa manis...campuran kurma, badam, getah anggur, kembang semangkuk...
      ada rasa pandan2 sket...

      iskk x reti nk explain hahaha... tp bahan2 isi mmg byk la.

      Delete
    2. Ohhhhhh campuran banyak benda. Terbayang susu kurma pulak sebab nampak ada bahan kurma hahahaha.

      Delete
    3. hahahha... yg tu xde buah nya kan... yg ni sekali ngan buah2 tu bole makan dalam air

      Delete
    4. Ohhhhhh siap ada buahnyaaaa, macam koktail pulakkk hahahaha. Ingatkan buah di blend sekali.

      Delete
    5. dia x hancurkan sangat punbuah nya... dia cuma cerai2kan aje..

      Delete
  3. Saya tak pernah minum air kathira ni. Huhu.. I is semputs bila minum air sejuk. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo alamak... air ni minum sejuk, tambah ais banyak, mmg nikmat hehehe

      Delete
  4. tkpernh minum air katira..kt opis ada kwn yg jual juga

    ReplyDelete
  5. Belum sempat beli lagi air ni untuk Ramadan ni.

    Kak Ret, thanks so much tau. Hadiah dah sampai dan selamat diterima 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... semoga enjoy makan kek tu k hehehe

      Delete
    2. Memang enjoy hingga ke potongan terakhir, kak 😊

      Delete
  6. mcm tak pernah mnum air kathira ni. bestnye klau dpt cuba sejuk2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sabah swak blm smp lagi air ni ke sana.. Jauh plk nak kena naik kapal torobang hehehe lg mahal kang jd harganya tu 😂

      Delete
  7. Tengok air ni teringat kampung. Ada la jugak beli di bazaar hari tu.tapi memang yang original paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu nak blk kg kan.. hehehe..
      tp btul yg ori gak yg sedap

      Delete
  8. Belum jumpa lagi air kathira di tempat saya. Dulu balik Malaya nampak orang jual, tapi tak beli pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kat sana blm smp lagi air katira ni..
      jenuh nak kena naik kapal torobang tu kak hehhe

      Delete
  9. Pernah minum tapi itulah masa duduk JB. Hehe hampir lupa rasa macam mana.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya perniagaan diwarisi dan semakin berkembang sampai sekarang. Sedapnya air kathira. Sebagai orang Johor saya baru tahu air Kathira ni dari Johor, boleh? Baru tahu gak boleh simpan lama. Bagus sangat ada agent tu, lepaslah teringin untuk mereka yang teringin minum tanpa perlu cari kat Johor.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah rasa dan baru tahu rupanya asal Air Kathira ni dari Johor..

    ReplyDelete
  12. manis gilo air ni..kena tambah air masak sikit bagi kurang manisnya...

    hari tu pun officemate saya cari...bulan puasa ni saya belum jumpa lagi...

    ReplyDelete
  13. pernah minum tapi bukan yg asli ni..teringin nak rasa yg ori..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya air kathira...SA suka..tapi tahun ni tak dan nak cari lagi...

    ReplyDelete
  15. mcm x pernah jumpa kat area sini.. mesti sedappp tu kan :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.