Korean Drama: BEYOND EVIL - Ako Tetap Ako

Korean Drama: BEYOND EVIL

 

Drama yang satu ni ako pasan awal-awal dah masuk VIU Malaysia.
Mula memang tak terdetik nak tengok walau ako sememang nya suka dengan lakonan Shin Ha-Kyun dari dulu lagi.

Pastu terbaca review kat group FB korea pasal drama yang satu ni.

Beyond Evil sudah tamat semalam. Drama ini merupakan antara drama misteri pembunuhan yang terbaik pernah aku saksikan.
Episod akhir berjaya membungkus semuanya, memberi keadilan kepada mangsa dan menunjukkan pembalasan setimpal kepada semua orang yang terlibat dengan kematian Yu Yeon.
Beyond Evil merupakan sebuah naskah yang ditulis dengan baik, dari pembukaan drama sehinggalah penutup drama. Semua elemen termasuk sinematografi dan lagu latar disatukan dengan baik tanpa sia-sia. Pertama, tahniah kepada penulis skrip kerana berjaya menghubungkan segalanya dan memuaskan hati penonton. Seterusnya, tahniah kepada pengarah kerana mengarahkan setiap adegan dengan begitu sempurna dan memaparkan sentuhan paralelisme/bayangan. -kakimuvee
Pas baca review kakimuvee ni, terus mengedik ako nak tengok drama ni.
Seriously, kalau korang suka drama jenis penyiasatan, misteri, wajib layan "Beyond evil" ni. Memang manthop!! Semua pelakon-pelakon pun memang hebat-hebat.

Drama ni ada 16 episod.
Dan masa ako buat entri ni, ako baru je selesai tengok episod 13.
Perghhh memang debo je nak tengok ending.

Sinopsis dia tentang;

Lee Dong-Sik (Shin Ha-Kyun) pernah menjadi detektif yang berkebolehan. Dia sekarang bekerja di Balai Polis Manyang di sebuah bandar kecil dan melakukan semua pekerjaan yang membosankan di stesen. Hidupnya sunyi di sana. Suatu hari, Detektif Han Joo-Won (Yeo Jin-Goo) dipindahkan ke cawangan polis yang sama. Dia ditugaskan untuk bekerja sebagai bos Lee Dong-Sik dan juga jadi pasangannya. Han Joo-Won adalah seorang detektif elit dan berasal dari latar belakang yang terkenal. Ayahnya mempunyai peluang baik untuk menjadi ketua seterusnya di Badan Polis Nasional. Han Joo-Won juga mempunyai rahsia.

Kes pembunuhan bersiri berlaku di bandar kecil yang damai. Kes ini adalah kes pembunuhan bersiri yang sama yang berlaku 20 tahun yang lalu dan mengubah kehidupan Lee Dong-Sik. Kedua-dua detektif bekerjasama untuk menangkap pembunuhnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota Jemari: Korang takkan sangka siapa pembunuh yang sebenar..... suspen!!

pic credit asianwiki / google

12 comments:

  1. Dah masuk watchlist! Rating tinggi setiap episode kannn, plot cerita punn best. Nanti habis vincenzo boleh tengok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mmg best!! Cite ni patut dpt anugerah 😁

      Delete
  2. baru start tengok drama ni, curious betul sapa pembunuh dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kaaan... tapi unsangkarebale tau pembunuh dia hehehe..
      kak ret dah nak abis dah ni.. suspen..!!

      Delete
  3. Okey nak masuk wishlist gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. banyak lagi leh msk list ni hhehe

      Delete
  4. kalau drama korean lambat sikit nak terjebak. kalau drama melayu, kadang dengar je sambil buat kerja. hihi

    ReplyDelete
  5. baca sinopsis mcm menarik. pelakon pon best - yeo jin goo. nk tgk lah nnti.

    ReplyDelete
  6. alaa harap nanti masuk netflix sebab macam best!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.