Lee Kwang Soo bersara dari Running Man - Ako Tetap Ako

Lee Kwang Soo bersara dari Running Man

 

Syarikat agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship mengumumkan kenyataan rasmi hari ini yang LKS akan meninggalkan Running Man. LKS menyertai rancangan hiburan itu sejak tahun 2010. Huhuhu sedihnyaaaa, lepasni mungkin LKS lebih aktif dalam bidang lakonan.
Kenyataan rasmi dari syarikat agensi LKS :
"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan 'Running Man' SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.
Setelah terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala, walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran 'Running Man'. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, krew, rakan-rakannya, dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.
Kerana Running Man yang disebut Lee Kwang Soo sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapan.
Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di 'Running Man', dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria.."
- Akak Admin -
resource: #Kakimuvee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alolo baca kenyataan ni tadi, sadis ar klu betul LKS ni dah nak benti dari Running Man. So far ako rasa dia ni je penyeri rancangan tu.

Agak-agak ada penganti tak ye?
Sape la yang bole jadi penyeri macam LKS kan?!

Nota Jemari: lepas sorang, sorang keluar dari RM

25 comments:

  1. Takpe! Yang patah akan tumbuh, yang hilang, akan diganti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... patah tumbuh hilang berganti..
      jangan patah je sokmo... ganti nya takde :p

      Delete
  2. alaaaaaaaa sedihhhhh...moga nanti kwang soo akan pulih sepenuhnya...mana tahu lepas tu bole join balik or jadi guest pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kan... jadi guest pun menarik gak..
      hahahaha mesti terubat rindu nanti :D

      Delete
    2. kann..kalo dia muncul jadi guest nanti jangan lupa wassap kita suruh tengok hahahahha

      Delete
  3. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa! Penyeri running man ni! Siapalah penggantinya, itupun kalau ada kan kak ret huhuhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena cari yang setanding LKS lah tapi ada ke? Macam tak ada je kannnn huhuhu

      Delete
  4. Ala sedihnyaa, antara sebab tgk pun sebab ada LKS..semoga yang terbaik untuk Lee Kwang Soo lepas nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.... kita pun tgk RM sbb LKS je hahaha...
      walaupun dia slalu je jadi jahat wkakkaa

      Delete
  5. Penyeri ni. Dulu PC suka tengok RM pun sebab LKS.

    ReplyDelete
  6. Aalaaaa...mesti yang ganti nanti x sama kan....

    ReplyDelete
  7. sedihnya. tak best klau takde lks. confirm rating trun.

    ReplyDelete
  8. Ramai yg update entri pasal ni. Betul2 fames hehe

    ReplyDelete
  9. Oh masalah kesihatan. Elok berehat.
    Sedih untuk peminat.

    ReplyDelete
  10. Tak meriah dan tak ceria Running Man tanpa Kwang Soo nanti. Harap dia berehat untuk seketika je dan bukan tinggal RM terus.

    ReplyDelete
  11. oh nooooo !!!! he is my fav oh nooooo..
    walaupun slalu kena penalty ke apa ke dia lawakkk alaaa..

    ReplyDelete
  12. Hilanglah salah seorang watak pengkhianat tegar dalam Running Man.
    Variety siri yang paling lama Mrs. A follow

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.