AIR ooo AIR - Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Kerja-Kerja Penambahbaikan dan Penyenggaraan Aset-aset Kritikal Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 - Ako Tetap Ako

AIR ooo AIR - Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Kerja-Kerja Penambahbaikan dan Penyenggaraan Aset-aset Kritikal Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1

Masak betul la bila dapat mesej KL bakal TAKDE AIR lagi!!!
Kata nya bermula 13 haribulan hingga 15 haribulan....
tension oiii bila masalah air ni kerap sangat terjadi.


Mula nya macam nak cari je hotel memana tapi pikir-pikir balik ermm kita duduk je la dendiam kat rumah minggu ni.

Hari ni moh kita penuhkan aje tong-tong yang ada termasuk la pool kecil budak-budak ni hahaha... Dengan harapan, cukup la ye untuk kami berlima sampai hari sabtu nanti. Kalau tak cukup juga, nampak gaya kita cari sungai la ye uyum oii hahhaa


Jangan wat memain bila air takde ni.
Sukar nak dijangka, tetiba je kang terus takde air.
Tetiba je air muncul.
So, kita prepare je la mana secukup yang mampu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021. - Air Selangor

Korang bole check kawasan korang terlibat ke idak di pautan ini


Nota Jemari: bertabah aje laaaa

20 comments:

  1. Aduii bior takde karen janji ado air..
    Psttt mai le JB hahahahaha

    ReplyDelete
  2. bertabahlah kita semua..lama tu..4 hari..huhu..

    ReplyDelete
  3. acara tahunan di selangor...letih rasa bila kena gangguan air lama camni..bertabahla..dlu bole lari dok umh mak tp skarang umh mak pn dlm list juga ..tk dpt la nk tumpang air hehe

    ReplyDelete
  4. Lama betul. Ya air memang penting. Susah kena catu air, masak dan basuh pinggan kena berpada-pada. Hehe dahlah boleh rentas negeri, dibuatnya ada orang datang rumah.

    ReplyDelete
  5. Panjang betul tajuknya. SAINS ni takeover area KL juga rupanya ye. Aduhaiii, takde air sekejap pun dah rasa macam apa dah inikan berhari hari. Dorang buat penyelenggaraan besar besaran lah ni ambil masa lama. Bertabahlah. Nanti nanti Uyum ajak mandi sungai.

    ReplyDelete
  6. Kalau takde elektrik ok lagi. Kalau takde air, duh! Sakit jiwa dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. stress kalo xde air.. mmg berguna je air ni..
    nk mndi nk masak.. aishhh arap cepat pulih masalah air kat sana..

    ReplyDelete
  8. Selamat menampung dan berjimat air, kak. Saya baru nak pergi tengok dekat laman hentitugas tu. Jiran kata kali ini kawasan kami tak kena.

    ReplyDelete
  9. Senasiblah kita Ako :(
    Segala bekas yg boleh ditadah, kita tadahkan aje. Biasanya time takde air itulah rajin pula nak basuh tangan, nak mandi 3x seharilah, perut buat hallah haha... dugaan betul

    ReplyDelete
  10. Alaaa xde air ke kak ret..kesiannya huhuu
    selangor begitu la...setiap tahun ade je..masalah air..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah
    sekbaik 2 hari je kat Keramat ni xda air

    ReplyDelete
  12. Haduuuh tak de air tuh susaaaah sangat :(. Tak kan beli air galon minum untuk mandi kaan.. -_- dulu pas di Aceh tinggal, saya sering ngalamin ini kak. Tapi Alhamdulillah di Jakarta tak pernah sekalipun.

    ReplyDelete
  13. Kita pun tuari merasa takde air, aduh.. memang agak seksa la jugak

    ReplyDelete
  14. mujur kite dapat rentas negeri..terus blik kg

    ReplyDelete
  15. Masa duk KL dan selangor dulu jenuh xde air...bila xde air lari balik Seremban..nasib dekat

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.