AKHIRNYA DAPAT JUGA JEJAK EMART24 - Ako Tetap Ako

AKHIRNYA DAPAT JUGA JEJAK EMART24

Haaaalluuuu..... seminggu menghilang kejap hahaha :D
Malas ekceli nak jenguk blog.
Sebab keje dah asyik ngadap laptop sampai naik muak nak tengok blog lagi.
Hari ni kita cuba la ye update satu entry baru.
Kita cuba tau! hahaha

Ingat lagi tak aritu ako ada mention yg EMART24 akan dibuka di area Sentul?
Tak silap dah dua minggu emart tu dibuka secara rasmi nya.
Masa memula buka memang beratur panjang la kan.
So kita kasi chance keadaan reda dulu, then baru kita plak jejak situ.

Tadi pagi lepas walk-walk keliling taman perumahan ngan member, ako ajak dia walk-walk sampai ke emart tu. Berpeluh ketiak juga la ye.
Hahahah tapi dah jalan berdua sambil borak-borak, takde la terasa jauh sangat :D


Kosong!!
Wow ini sudah bagus...
Tak crowded plak kan.
So moh kita jenguk apa yang menarik kat dalam emart24 ni.


Dalam tu dia jual street food macam tteopokki, corndog, kopi-kopi etc.


Macam kedai serbaneka yang lain juga, kat sini ada macam-macam jenis makanan korea yang mostly nya ada HALAL. Tapi kena perhati kan juga sebab ada je makanan yang tak halal jual dalam tu. So hati-hati masa memilih k, jangan sampai tersalah beli plak hehehe..

Ada juga dia jual produk kecantikkan dari korea.
Macam mask comel-comel pun ada.
Hahaha nampak gaya next time 'balik kampung' dah tak perlu nak bawa balik hadiah mask dari sana la , buat berat bag je ๐Ÿ˜†


Almond ni pun dah bole dapat kat sini..
Ada perisa baru plak tu..
Ok pasni tak payah soping makanan sangat la bila 'balik kampung' ๐Ÿ˜…
Tapi tapi kalau beli dari sana, tak terasa sangat harga tu mahal kalau banding beli kat sini hahaha....๐Ÿ˜† (nampak sangat di situ , hati tetap nak soping jgk kalau bercuti kat 'kampung'


Dah kata tadi takde orang kan, moh la kita 'bekfes' kat situ kejap.
Makan sandwich ngan tteopokki goreng plus kita chocolate ais.
Perghh nikmat gak sebab penat walk-walk tadi kan ๐Ÿ˜…


tengah lapar semua pun rasa sedap hahaha..
Ok part sedap ni subjektif la ye, tekak ako semua pun sedap-sedap belaka!! Tekak korang, ako x pasti la kan. ๐Ÿ˜‹


Eskrem ni perisa yuzu mango.
Banyak oiii tapi cepat cair so kena makan laju-laju.
Nyesal plak tak soh dia letak dalam cup.
Dah satu keje makan sambil meleleh-leleh gitu ๐Ÿ˜…

So overall bagi ako, not bad!
Kedai nya takde la besar sangat macam kedai CU bandar utama tu.
eh eh tetiba nak compare ngan CU mart plak kan ahhaha...
Dah banyak kedai serbaneka korea kat Malaysia ni.
Tadi pun masa nak bayar , dengar mesin cashier tu kluar suara korea, hahhaha rindu nyaaa!!!! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dah bole pergi oversea kan tapi nanti-nanti la dulu kan.
Hahahaha kang nak pegi nya 5 hari, nak kena kuarantin kat negera tu soploh hari hahaha.. maunya kang bercuti kat tempat kuarantin je kekdahnya ๐Ÿ˜†

Buat korang yang berdekatan, jom la singgah
Emart 24
Sentul Point
Address:
Unit No. AG-13, Ground Floor, Puncak Sentul
No. 8, Jalan Sentul Perdana
51000 Kuala Lumpur

Nota Jemari: Time gaji bole la jejak... ๐Ÿ˜…

9 comments:

  1. Oh dekat sangat dengan rumah sampai boleh jalan ke sana.
    Aiskrim yuzu itu memikat. Teringin hendak rasa yuzu.

    ReplyDelete
  2. bestnya ada emart24 ni . macam2 barang makanan kita boleh shopping yang takda di jual di supermarket

    ReplyDelete
  3. Wahh bolehlah feeling Korea jap. yuzu mango tu menggoda betul warnanya. Hitam dan kuning menarik. Alang alang takde orang dapat gak feel makan kat e mart. Lepas ni bakal meriahlah dengan orang ramai.

    ReplyDelete
  4. Alaaaa...ada akat sentul jer ke....tempat lain xde erk....Ako ni memang la....suka tau influence kita....tgok kita dah terbayang2 dah

    ReplyDelete
  5. mujur dkt sentul, tak ter walk walk jauh macam tu hihihi

    ReplyDelete
  6. ooo dia macam family mart la ek tapi korea punya..aiskrim yuzu tu nampak sodap la pulakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul family mart ni jepun punya... so emart korea punya :)

      Delete
  7. dah 2x weekend ada program di Maxim Citylight & One Maxim..lalu lalang depan ni jeling2 je..ada Baskin Robbin & Secret Recipe jg..bolehlah lepak2 sini..

    ReplyDelete
  8. Wah, bestnya! Kira betul-betul dekat Korea dengan rumah ye :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.