Result yang untuk SLE kan negatif, so result lain-lain pun negatif.
Tapi sebab dari awal ako dapatkan rawatan ni, ada trace yang buah pinggang mengecut kan, so doktor pun nak buat la detail treatment. Konon nya nak buat procedure amek sample kidney. Kena la warded semalam.
Pung pang pung pang ngan doktor, maka nya ako pilih hari isnin 18 Oktober, memandangkan hari selasa tu kan cuti maulud. So takde la nak MC lama sangat kan.
Buat je kat mana-mana klinik yang diiktiraf.
Ahad pagi, sehari before kena warded, ako ke UniKlinik Taman Permata untuk buat swab test RTK. Kejap je result, tapi nak menunggu result tu berdebo gak oii... Ater, dah lama x buat swab test hahhaa..
Alhamdulilah nasib resultnya NEGATIVE. So bole la kita warded dengan hati yang tenang ye.
Di hari kejadian, pagi isnin lepas hantar Uyum gi sekolah, ako sempat masuk opis kejap. Kebetulan sangat nak kena kemas barang-barang sket sebab diorang nak buat renovation kat dept ako. Alang-alang kita dah buat swab test ni kan, maka nya memang amek kesempatan la juga menyinggah ke opis. Sempat la ako jenguk cafe beli bkfes n latte. Arghhh rindu plak nak lepak-lepak kat cafe opis ni.
Setel mengemas, bekfes kejap terus pulang ke rumah kejap.
Kena tunggu panggilan dari pihak hospital dulu baru boleh 'check in'.
Lama sungguh nak menunggu panggilan, tepat jam 12 tengahari baru orang spital call bgtau dah bole admitted.
Call kakak , tanya dia bole tak tolong hantar kan ke spital?! Alhamdulilah nasib dia tengah cuti dan tak payah la ako drive snediri ke spital tu hahha... Jimat duit parking 😆
Sampai spital lebih kurang jam 1 petang.
Memang rileks-rileks aje ako buat urusan 'check in'.
Kita kena admitted oiii!!!
Hahahah.
Ekceli mengikut kata doktor procedure nak amek sample kidney ni macam amek sample kat breast. Tapi sample breast pun ako x pernah buat, jadi x dapat nak bayangkan camne procedure sample kidney ni.
Before tu kena 'sedekah' kan lagi urine ako.
Kena buat test urine sebelum dan selepas procedure.
Dah masuk bilik scanner, eh macam nak scan kertas plak ye bunyi nya wkakaka...
Salah salah, maksud ako, kita kena buat ultrasound dulu.
Doktor nak tengok balik keadaan buah pinggang terkini sebelum procedure amek sample tu.
Unfortunately, lepas doktor scan, ermm dia say sorry sebab tak boleh nak teruskan dengan procedure sample. Keadaan buah pinggang ako yang makin teruk. Penuh dengan protein. Senang citer kidney ako sekarang ni hanya 50% je berfungsi. Dengan kata lain, ako sebenarnya dah dapat penyakit "Radang Ginjal"!
Doktor tak nak buat amek sample sebab tkut nanti kesan lepas tu ako akan bleeding yang teruk. So dia x nak amek risiko kat situ.
Ako macam speechless kejap.
Radang Ginjal???!!!
Sila baca ok apa itu RADANG GINJAL.
"radang ginjal ini boleh dikesan melalui simptom awal seperti kencing berdarah, kurang selera makan, tekanan darah tinggi dan loya. Simptom kencing berdarah adalah petanda utama seharusnya dititikberatkan meskipun ia berlaku sekali dalam tempoh yang lama."
Apabila ginjal tercedera, ia tidak mampu menjalankan tugasnya seperti menghilangkan sisa buangan dan bendalir tambahan di dalam badan.
Situasi ini menyebabkan individu mengalami simptom pembengkakan di kaki dan muka menjadi sembap kerana kandungan air yang banyak dalam tubuh.
Lebih mengejutkan, radang buah pinggang biasanya didiagnosis ketika ia berada di tahap paling kronik yang mengakibatkan pesakit berdepan kegagalan fungsi buah pinggang secara total.
Selebih nya korang baca la artikel tu k. Info ni ako pun baru tau juga.
First time juga dengar terus ako gugel.
Kesimpulan nya, ako kena kawal pemakanan terutama dalam pengambilan protein. Kena banyak minum air dan juga kena makan ubat dan selalu kena jumpa dengan doktor. ðŸ˜
Ikan, ayam, telur, roti semua pun ada protein!!
Nampak gaya kena makan sayur n buah2an aje la
Huwaaaaaaa......
Renung masa depan.
Kepada korang yang masih diberi peluang untuk merasa nikmat makan tu, bersyukur la. Sekali DIA dah tarik, ermm tak tau nak habaq lagu mana... huhuhwaaaa
Pesanan, selalu la buat check up kesihatan ye kawan-kawan.
Sebab kita nampak macam 'sihat' tapi hakikatnya penyakit dah makan dalam.
Nota Jemari: Doktor nak bagi steroid lepas ni... 😩
29 Comments
Allahu, seram dengarnya bila dapat kenal pasti yang lain pulak. Itulah yang dirisaukan tu. Nampak sihat luaran tapi dalaman kita tak tahu. Semoga Allah permudahkan segala urusan KakRet. Take care KakRet dan semoga semuanya baik baik je. Aaaaminn...
ReplyDeleteAllahuakhbar. Harap dapat disembuh ya. Kena ikut saranan doktor.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan semua.
Allahu akbar, so sorry to hear that Ako.
ReplyDeleteMoga diberi kekuatan & kemudahan serta kesembuhan.
Skrg ni macam2 penyakit kan, takut!
Take care Ako.
Semoga mendapat rawatan terbaik
ReplyDeleteMudah2an akan sembuh sepenuhnya
Allahu akhbar, inshaAllah berbanyak berdoa, doa Nabi Ayub penyembuh inshaAllah, betul kata sis Na ikut saranan doktor. Moga dipermudahkan urusan sis dan kembali sihat Aameen.
ReplyDeleteTake care ako..semoga semuanya dipermudakan dan semoga Ako cepat sembuh..*hugs
ReplyDeleteAllah....sedihnya...takpe..Ako kuat kan..SA doakan Ako kuat semangat...kawan- kawan ada...jangan risau ok...buat masa ni Ako kena jaga pemakanan dan pengambilan air..x boleh lebih kan...so Ako kena sihat...nanti kita nak travel sama- sama kan?
ReplyDeleteAllahu..syafakillah...semoga dipermudahkan semua..
ReplyDeleteAllahuakbar 😥 semoga dipermudahkann segala urusan
ReplyDeleteAllahuakbar. besar dugaan Ako. semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan. mak saya rosak buah pinggang perlukan dialisis pun memang kena jaga makan betul-betul. semoga Ako baik-baik saja. jaga diri ya.
ReplyDeleteAllahu. Menjadi ingatan untuk PC juga ni supaya beringat dan jaga kesihatan terutama bermula daripada pemakanan. Terima kasih kak perkongsian. In sya Allah kesihatan akak akan pulih. Tak ada yang mustahil. Kita sama-sama berdoa.
ReplyDeleteAllahu, seramya baca. Takut jugak sebab saya selalu ambil protein shake bila lapar.betul kak, memang penting buat check up selalu. semoga kak Ret sihat ye
ReplyDeleteUishhh.. seramnyaaa... Moga badan akan kuat melawan penyakit yang melanda... Sy pun lama tak checkup, nak kena buat gak ni... hmm..
ReplyDeletePssttt: hadiah saya dah sampai,
nah entri penghargaan... tQ
https://www.nonasani.com/2021/10/hadiah-top-komentator-dua-helai-bawal.html?m=1
semoga kuat ya kak ret. smoga cepat sembuh ya..
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeleteSemoga cepat sihat ya kak ❤
Semoga cepat sembuh, cepat sihat. Jaga diri baik2 ye... dah umur2 gini, memang Allah duga dengan dugaan kesihatan...
ReplyDeleteSemoga baik2 saja Ako.. alhamdulillah dpt detect awal.. kadang2 kalau lupa nk minum air yg byk terus terfikir. Kesian buah pinggang
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan Kak Ret.. Semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteAllah uji sebab dia tahu Ako mampu.
ReplyDeleteInShaAllah ikut nasihat doktor, jaga pemakanan dan makan ubat ikut aturan didoakan sembuh dan tidak sakit lagi selepasnya.
Allah.. semoga diberikan ketabahan dan kekuatan buat Sis..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala urusan sis AKO.. hugs and kisses from far..
allah...sis, moga diberi kesembuhan cepat.
ReplyDeleteAllahu.. kita pun dah rasa kurang nikmat sihat ni tapi nak check lagi la takut
ReplyDeleteMoga semuanya akan bebaik dan kau tambah sihat Ret.. fikir je yang positif okay.. insyaAllah semuanya okay-okay ajaa..
ReplyDeleteallahuakbar
ReplyDeletesemoga Ako baik2 saja ye dan cepat2 sembuh. kuatt dan diri ye
baca cerita teruss rasa gentar seram sejuk. Last chek up bln 3 ni rasa nk kena chek lg
bab kesihatan memang tak dijangka
Allah nk uji sekejap je akan jadi
allahu...
ReplyDeletesabar banyak2....semoga cepat sembuh...
Allahuakbar.. Bertabahlah ye friend.
ReplyDeleteLebihkan sayur..bab protein tu boleh ambik tp kene kurang kan sangat2 portion.
Semoga Allah beri kesembuhan buat kamu
semoga cepat sembuh.,. aminn
ReplyDeleteSemangaaaat akak Ret. Semoga segala pengobatan bisa berjalan lancar yaaa. Reminder nya sangat kena buat saya. Jadi pengingat untuk selalu jaga makan, apalagi dengan usia yang sudah semakin tinggi nih :(. Sayapun sudah harus sebenarnya untuk med check lagi.
ReplyDeleteAllahu, syafakillah buat ako semoga kembali sihat ye
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com