Penyakit M sedang melanda....
Tapi gagah juga la buat lagi satu entry.

Cerita hujung minggu lepas.
Jumaat tetiba call Hotel, nak tanya mende lain tapi tetiba terus buat tempahan bilik hahaha... Seriously memang tak dirancang pun.

So sabtu 2 Oktober lepas Uyum abis tuisyen, kita pun gerak la ke Putraya.
Eh, takkan nak terus check in kan.
Jadi nya kita menyinggah la dulu ke Cyberjaya.

Dah alang-alang ke belah-belah sana kan, kita teringin plak nak makan pastry by Dr Ezani, pemenang master chef pertama dulu tu. Dengan segera kita mengugel nama kedai dan lokasi.


Pastribella Bakeshop nama kedainya. Terletak di tingkat 4 Tamarind Square, Cyberjaya. Boleh juga klik kat IG --> https://www.instagram.com/pastribellabakeshop/

Kedai dia sangat simple n cosy!
Takde serabut-serabut.
Kedai nya takde la besar tapi ok la, nasib baik masa kami sampai ada lagi seat kat bahagian dalam. Dengar cerita masa memula dia buka , kemain ramai orang beratur nak dapat kan pastry dia.


Dah dapat seat, moh kita order kat kaunter.
Self service order ya.
Masa ako pegi, menu dia ekceli takde la banyak.
Mostly pasta je pun.
So, kita pun order la beberapa jenis pasta.


Semua pun sedap-sedap tapi paling ako suka "sambal spaghetti with grill chicken".


Churros with ice cream pun not bad juga!



Kami order 2 jenis kek je.
Cheese blueberry & Chocolate caramel.
Both pun sedap. Ako suka sebab kek nya moist dan x kering.


Overall bagi ako semua pun OK cuma ako tak puas hati dengan kuantiti air.
Muauahahaha... Rasa tak mencukupi plak. So kita minum pun kena catu catu la sikit ye. Harga bole tahan gak mahal tapi kuantiti air tak sepenuh cawan yang di bagi...*demand sungguh kan tapi betul la! 😅😝

Untuk korang yang berasa di Cyberjaya, boleh la cuba lepas ni!
Semua kesedapan ni berdasarkan anak tekak ako dan uyum la ye hahaa


Uyum pun makan tak toleh kiri kanan, so kira OK la tu kan ahhaha😆


Oh ye, lupa nak citer. Kalau takde tunai, jangan risau!
Kat situ pelbagai jenis pembayaran ada.
Janji korang top up secukup nya la ye semua apps yang berkenaan :)

Nota Jemari: Selamat Menjamu selera