Staycation yang tidak dirancang!
Hotel ni pun bukan menjadi pilihan.
Tapi tu la kalau dah memang rezeki nak gateaway hujung minggu, kita enjoy ja la kan!
PLan asal lepas Uyum abis tuisyen kul 10:30 nak terus gerak ke Putrajaya.
Tapi terlupa yang abang Aqeem ada kelas online tulisan jawi plak pukul 10 pagi - 12 tengahari. Hahah sudah nya 12 lebih juga baru kami memulakan perjalanan.
Sebelum check in memang kami plan nak lunch di Cyberjaya dulu.
Setelah mengugel, kami cadang mau ke PastriBella di Tamarind Square aje la.
Perjalanan ke sana melalui MEX highway mengambil masa lebih kurang 40 minit je.
First time ako nak jejak Tamarind Square.
Jenuh mula nya nak cari parking.
Rata-rata ramai suka parking di bahagian atas.
Bila kami ke tingkat paling bawah, laa rupanya berlambak parking kosong!
Sangat buang masa betul dok tawaf tamarind berkali-kali hahaha...
Lepas lunch, kami terus shoot ke Putrajaya.
Dorsett Hotel bukan pilihan hotel kami jika kami plan nak stay putrajaya.
Tapi rezeki plak, kebetulan ada kekosongan bilik, ako pun terus je la booked!
Sepatut nya kat tepi hotel tu ada Suria Mall tapi ako tengok macam tak berfungsi pun mall nya tu. Yang ada Kedai Makan Jom Bali & supermarket HERO. Jadi la kan. Part makan tak kisah sangat sebab bole je cari kat mana-mana tempat makan sekitar Putrajaya kan.
Ingat hotel lama tak ramai yang berminat, sekali masa nak check in, ha amek ko!
Bapak ramai beratur tunggu giliran nak check in. Masa ako sampai ni ok lagi, masa tengah beratur tu yang sekali berderet-deret orang sampai. Stress ngan makcik depan ako ni sbb tetiba potong Q. Nak tegur kang cam malas ar nk bertekak2, so ignore je la.
Kaunter buka 2 je oiii....
Yang diorang ni sekali check in berbilik-bilik kekdah nya!
Sabar aje la.... Penat oii menunggu.
Ako booking Deluxe Balcony Room plus dengan 1 extra bed, dapat la harga RM325 (include 3 breakfast). OK la not bad. Luas juga dan paling ako suka view dia sangat best especially waktu malam!!
Shower n jamban separate, that's gud!
Uyum cakap OK je, janji dapat tido otel 😅
Mula ako ingat tu bentuk pensel tau!
sekali gugel, laaaa rupanya itu bentuk roket yang macam nak berlepas.
hahahhahaa... jauh sungguh pandangan mata ako😆
Jambatan ni pun cantek waktu malam sebab dia akan bertukar-tukar warna.
Suka suka suka.... tenang je walau kat bawah tu ekceli terletaknya kawasan Food truck. So ada la orang nyanyi-nyanyi kan. Paling hujung belah kanan tu, kawasan Ayer8 yang femes tempat makan-makan waktu malam.
Kita lepak-lepak jap pastu plan dinner kat Food truck Putrajaya tu je la.
Jalan kaki je ke situ. Senang! Nampak macam meriah oii kawasan situ.
Petang-petang seronok oii jalan-jalan kat depan tasik tu.
Nak ke Food truck pun tak jauh.
Kita pilih meja paling hujung n jauh sket dari orang.
Tapi nak membeli makanan, almost setiap truck beratur panjang..
Hahah last-last kita cari aje la truck yang kurang permintaan.
Kebetulan dia jual juga air bandung soda, so grab sekali.
Makan cepat-cepat.
Mula ako x pasan dia dok snap-snap gmbr.
Pastu bila ako nampak, ako tanya amek gmbr apa?
Dia jawab, " tu ha amek gambar orang tengah nyanyi tu!, Ha nampak tak nina?!"
Hahahha adoi laaaa, dah kenapa tetiba nak jadi paparazi plak ke uyum oiii, ada ada aje la awk ni!!😅
Pastu ako tengok, mak aii takkan nak jalan kaki sampai ke Ayer 8 nun.
Walaupun memang jalan ni bersambung terus sampai ke ayer8 tapi mau berpeluh ketiak oii nak jalan sampai situ, pastu nak patah balik. hahah last-last pujuk kat dia, jom kita jalan2 naik kete sampai ayer8.
Kalau ada rezeki dapat parking, kita naik beskal lampu-lampu tapi memang takde rezeki pun, jam oiii nak masuk area ayer 8 tu hahaha.
Kami just pusing-pusing kat round about terbesar di DUNIA!!
Ha korang tau tak, roundabout terbesar didunia sebenarnya ada kat Putrajaya je pun. Hahahhaa
Sebab besar so kita tawaf 2 kali je sudah!
Naik muak ako buat pusingan bulatan kat roundabout tu hahhaa😆
Ni ako zoom la, meriah memalam hujung minggu!
Happening la kat area ni.
Walau Dorsett ni je satu-satu nya hotel yang ada area situ.
Patut la sentiasa je full hotel ni.
Hotel ni servis housekeeping dia agak slow sket.
Kan awal-awal ako ada minta extra bed kan tapi sampai nak tido bed tak sampai-sampai. Berkali-kali juga la call receptionist tanya mana bed. Takde la nak marah, kita tanya bebaik je. Akhirnya sampai juga. Nampak budak 'mandur' baju ijo tu😛
Dari orang housekeeping tu sampai, hingga la dia siap pasang cadar semua, budak mandur tu dok perati je. hahahha...
Dah siap, eh bantal mana bantal????
Sudah!! Tepuk dahi memasing, tetiba cam konpius.
Patut extra bed sekali ngan bantal la kan?!
Hahahah ako tanya MAMA uyum, MAMA tanya ako balik.
Kebetulan dinner kat food truck tadi macam x cukup je haha, lalu kami order la food panda! So sementara nak tunggu foodpanda sampai, kitorang tunggu la kat lobi. Sambil tanya la kat receptionist , bantal untuk extra bed takde ke dik? 😅
"Eh sepatut nya ada, puan!"
Hahahaha sudah.... so ako soh dia call housekeeping hantar kan bantal dan alang-alang minta extra towel sekali. Alhamdulilah, nasib la bantal tu sampai tepat waktu semua nak tido.
Overall hotel ni ekceli OK je cuma servis slow sket la.
Wifi pun sangat laju oiii dalam bilik!
Breakfast menu pun not bad.
Tak sempat nak snap sebab dia bagi makan 30 minit je hahaha...
Tak sempat nak menikmati sangat sebab budak-budak dah tak sabar nak terjun kolam.
Tapi rezeki juga sebab ada guest yang cancel slot 8:30 pagi.
Terus kita grab slot tu cecepat.
Jadi la oii, dapat mandi 30 minit pun derang dah happy walau tak puas.
Ok kita sudahi cerita staycation hujung minggu lepas dengan sekeping aksi uyum. dengan pertanyaan , "nina, pasni kita nak tido otel mana lagi?"
hahahahaa....
Nota Jemari: Nak tido otel KLIA la, nak tengok kapal torobang 😝
26 Comments
Memang best dari mula sampai Uyum posing nak gi otel mana lagii, enjoi betul, banyak perkara baeu tahu..Thanks share. siap room service dengan panda lagi. ..
ReplyDeleteJanji semua pun hepi
Deletewahhh happy nmpk uyum
ReplyDeletedpt mandi kolam dan tido otel
he hee anak2 kan
ank cik nur pun sibuk ni sikit sikit duk ulanggg maaa nak cuti cutii jom
Bdk2 kn sonok dpt kuar rumah... Nnt nk cr otel lain plk la 😁
DeleteBaru tau pasal biggest roundabout tu..
ReplyDeleteSlalu gi Putrajaya belah siang je itupun kalau ada urusan kerja. Malam ntah tahun bila ntah gi situ.. Berzaman dah. Nanti nak gi menyemak kat situ jugaklah
Haha sama laaa.. Kita pun br tau ttg roundabout tu lps aqeem bgtau
DeleteWahhh.. dia dah staycation laaaa.. i is jealous..skrg ni nak pi mana2 tak boleh sgt sbb Iman baru start intern.
ReplyDeleteAkak pernah stay kat dorsett ni, masa tu masih baru lagi kot hotelnya. Tak boleh lupa burung yang duduk kat pintu2 bilik tu, comel jer. Kitorg pi jugak makan kat food truck situ tapi masa tu taklah meriah macam apa yg Ret share ni
Bila pi ni Ako?
ReplyDeleteKita pun staycation kat Putrajaya gak, cuti sekolah hari tu.
selesanya tengok Dorsett putrajaya ni , view di luar pun cantik walaupun bangunan , tapi reka bentuk nampak cantik
ReplyDeleteBaca iniii rinduuuuu sangat dengan Malaysia :D. Biasanya sebelum pandemi, setiap tahun saya selalu ke sana, spend the weekend with hubby or friends, trus balik ke Jakarta Minggu malam. Hanya nak refresh je. Ntah kapan bisa kesana lagi.
ReplyDeleteStaycation pun jadi hiburan saya selama pandemi ini kak. Tak bisa traveling overseas , staycation hotel pun jadi. Dan berasa sedang pergi liburan hahahah
Hehe banyak benda baru di Putrajaya yang saya tidak tahu. Meriah sekitar Hotel Dorsett.
ReplyDeleteYa Allah macam lambat pula servos bilik letak katil tambahan dan banyak.
Menariknya dapat staycation even sekejap cuma. banyak aktiviti dekat dekat. nak cari makan pun dekat. Bestlah Uyum dapat tidur Otel. Yang tak bestnya bila makan dan mandi pool 3o minit je. huhu...
ReplyDeletehappy je uyum dpt tido hotel tu..semangat tnya lg nk tido hotel mne pulak nnti ya..
ReplyDeleteTunggu habis tempoh matang 2nd dose, then nak berjalan-jalan jalan dan dine in huhuhu :)
ReplyDeletebestnya..dah berstaycation..meriah Putrajaya waktu malam!!
ReplyDeleteUyummm, comey sangat. Syok tengok budak2 seronok..
ReplyDeletesronok tu dpt staycation...dkt plak ngan food truck senang la nk mkn..tp tgk bangunan tu mcm hotel lama btul ye...sbb kalo sebut Dorsett ni mcm international kan..tkpe janji wifi laju hehe
ReplyDeletetak syoknya mandi pool setengah jam je. haih..rindu lak nak tido hotel. seronok tengok Uyum hepi. gambar yang Uyum tangkap takde ke? nak jugak tengok hasil paparazzi comel. hehe
ReplyDeleteCantiknya gambar sunset tu..
ReplyDeleteLamanyaaa tak pi putrajaya.. dulu kerap la ke sana rumah makcik. Skrg dh pindah jenjarom. Memang cantik2 view kalau menginap hotel ni
ReplyDeletestaycation sekejap pon dah bahagia kan..
ReplyDeletecantiknya sunset tu
Wahhh bestnyaaa
ReplyDeleteGambar last tu seksi la Uyum..hahahaha...bestnya..pakkal la SA ni lomhabis pantang vaksin...kLu x..memang dah sampai kemana- mana dah ni
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terbaik!!! Janji hotel, kan Uyum! Hehee..
ReplyDeletebestnyaaa tido otel..uyum cakap hahahaa..comel posing maut uyum kak ret ^_^
ReplyDeletenampak vintage gambar hotel depan ni haha ... boleh singgah kat kafe cyberjaya di list ni kalau lawat lagi
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com