LADIES OUTING to GENTING HIGHLANDS

LADIES OUTING to GENTING HIGHLANDS

Hari sabtu, uyum takde.
Ikut MAMA dia ke seremban.
Jadi ako pun amek la kesempatan kluar ngan geng sekolah.
Ladies outing la gitu.

Asal nya nak lepak lepak minum kopi je.
Alih-alih kepala ni muncul 'lampu ajaib'!
Hahahaha... terus kami booking airbnb di Genting Highland.

Jadi la weii nak rehatkan minda.
Ako tengah stress ngan budak opis.
Tak moh stres stres sangat nanti BP makin tinggi.
Maka nya moh la kita staycation weekend gateaway lagi hahaha...

Lama plak x sarung winter coat.
Eh eh ngengada tau nak pakai winter coat bagai.
Genting je pun hahahhaa...


Jam 8 pagi kami dah kluar rumah.
Konon nya nak sarapan kat 'atas' sana.
Satu lagi sebab nak elakkan jam , takut wiken ramai plak nak balik kampung ke pantai timur kan. 

Kabus menyambut kedatangan kami.
8:40 pagi dah sampai area Gohtong.
Sempat la bekfes kat area situ kejap.


Dah kenyang, moh kita naik atas.
Ingat nak menyinggah GPO dulu tapi rupanya lambat plak GPO buka ye.
Maka nya kita terus aje la drive sampai ke puncak genting.


Alhamdulilah dapat check in kat sini.
Tapi kami book melalui air bnb.
Booking direct hotel fully booked oii semua pun.
Ini pun last minit cari, tergerak nak tengok kat air bnb, nasib la dapat.


Untuk pengetahuan, check in hotel ni sekarang guna kioks je.
Tak payah gi kaunter bagai.
Dah macam kat airport plak rasa nya hahaha...
Tapi sebab kami guna air bnb kan, maka nya urusan check in semua, owner bnb yang uruskan.


Sampai genting 9:30 pagi, so belum lagi masa untuk check in kan.
Jadi moh la kita pusing-pusing kat situ dulu.
Ermmm tapi semua pun tak buka lagi ye.
So, hold dulu la ye kalau korang nak bawa budak-budak kat Genting.
Takde apa pun, takat makan n lepak-lepak aje la.


Yang buka hanya kawasan Adventure Land ni je.
Dalam ni ada la "Ripley's Believe or Not, Jurassic Park, 4D trick Art, zombie outbreak dan kereta langgar.


Snow world pun belum buka lagi ye.
Bowling and cinema ada.
Selebih nya ko jalan-jalan cari makan aje la.


Jangan risau, banyak tempat makan kat Genting.
Korang boleh cari makan kat area Sky Avenue.
Ada food court juga kat situ.
Ada Churos, Madam Kwan, Absolute Thai, etc.


Kalau rasa nak lepak mamak or kopitiam, boleh terjah kat Jom Makan Street food ni. Kat sini kena beli kad topup ye.
Tapi jangan risau, kalau masih ada baki kat kad, bole redeem baki tu ye on da spot.


Wajib bergambar depan ni, baru la kita cakap kita dah jejak Genting hahaha...
*memandai je akoπŸ˜†


Jalan-jalan sini nampak kedai ni.
Buat masa ni kita mampu jeling-jeling aje la dulu ye.πŸ˜†
Kalau ada rezeki terlebih maybe bole la makan kat situ kan.


Dapat check in awal sket.
Air bnb ni kat First World Hotel ye.
Dapat harga bnb dalam RM150, ok la kalau bandingkan book direct hotel RM300++
Memang rezeki kami la.

Lepak bilik, lepas zohor baru kami naik cable car turun ke GPO.
Lama gila tak pegi GPO.
Dah alang-alang tu kita usha-usha la sikit apa yang menarik.
Kot ada offer yang berbaloi, boleh gak kita sambar seketul dua 'barang'.


Kasi chance ahkak ko ni selfie kejap hahaha...
Sekali hujan naik cable car.
Hahaha bertabah aje la.
Nasib angin tak kuat masa ni.

Nak fefeling 'winter' la konon nya.
Sekali sampai GPO hujan dah benti.
Sejuk pun dah takde hahaha...πŸ˜…
Hilang seri ahkak nak berposing ala-ala winter sonata gituπŸ˜†πŸ˜†


Malam kami lepak cabak je la.
Mengopi sambil membawang.
Jadi la kan percutian 2hari 1 malam yang last minit plan.
Dapat juga hilang hati yang duka pasal penyakit ako tu.

sakit-sakit pun hati kena sentiasa hepi oii..
Hidup kena sentiasa positif.

So, minggu ni ke mana plak plak kita ye???
Sorry tak sempat jenguk blog-blog korang ye.
Hujung-hujung tahun ni kebizian yang melampau !
Harap pepaham la ye.....

Pape pun, cepat je nak masuk hujung minggu balik kan.

Nota Jemari: Menghitung hari nak gi bercuti lagi niπŸ˜†

Post a Comment

22 Comments

  1. Bercuti dalam negara Malaysia memang best kan setelah terperap PKP ini hehe. Stay safe kak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan... dalam negara je la dulu..
      nk gi kluar msia, ntah bila lagi..

      Delete
  2. Wah best tu jenjalan hingga ke puncak, harga hotel bberpatutan via airbnb ye, banyak dapat info. Tkasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu harga berpatutan sangat... bahagi 2 ngan member, sorang byr x smp rm100 pun hehehe

      Delete
  3. Tu deh, sekali keluar lampu ajaib sampai ke genting naiknya. Takpolah tak dapat merasa winter sebenar. Ala ala pun jadilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha kan...
      rindu nak suasana sejuk..
      pasni nak lepak cameron plak la...

      Delete
  4. Burger &,Lobster itu sampai orang beratur hendak makan.
    Bagus prinsip Cik Ako, hidup kena positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ramai gila beratur kat burger n lobster tu..

      hidup kena sentiasa positif kan!!
      Insyallah kita kena lawan penyakit...
      jgn jadi pasif.. penyakit suka tgk kita pasif je...

      Delete
  5. ada jugak naik genting haritu :p lalu jelah tapi sbb balik kampung ikut jalan belakang hehehehe

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak gi Genting. Datang sini memang best kalau dengan member sekepala. Jangan stress kak Ret, jagalah kesihatan

    ReplyDelete
  7. bestnya..should do this do... tak tau bila nya, masing2 busy je.

    ReplyDelete
  8. Seronoknyaaa... kadangkan memang, benda yang tak di plan laaa yang menjadi kann...

    ReplyDelete
  9. Yeah...itu dia. Dapat lepas, ke Genting terus.
    Lepas kene penjara memang tempat sejuk2 yang dicari kan Kak Ret.
    Nak nengok hijau2, lepas tu time bercakap mulut keluar asap. Kih.
    Syu haritu sempat pergi Cameron jer.Tapi takleh stay lama2 sebab ramai jugak orang naik bercuti ke Cameron.

    ReplyDelete
  10. Seronoknyaaaa bersejuk-sejuk di Genting :) Memang plan nak ke sana, tapi hold dulu. sebab katanya ramai yang amat kat sana..huhu

    ReplyDelete
  11. hotel yg beribu bilik tu pun fully-booked...fuhh..

    year end mmg bizi..nak cuti lama2 pun tak boleh, dah kena freeze..huhu..

    ReplyDelete
  12. bestnya ada geng yg asal terlintas je nak ke mana-mana, terus on ke sana hehe. semoga ditenangkan hati Ako lepas bercuti tu. Insya Allah ada peluang lepas ni boleh ke tempat lebih jauh dan lebih menarik pula di dalam dan luar negara kan

    ReplyDelete
  13. Jangan stress2 tau
    Wah bestnyaaa jalan jalan
    Have fun ❤

    ReplyDelete
  14. wahh.,. harga makanan kat atas genting ni mmg harga kayangan khannns., ;p

    ReplyDelete
  15. Wahhhh.. banyak syok! Tak pernah sampai ke sanaaaa! Moga sihat terus kak.. Jangan stress... dan.. take care! Haaa.. panjang la lagi melangkah tu . ke Johor keee.. Kannn. Hahahaha

    ReplyDelete
  16. Amboiii...dia nyer plan..Genting terus...x leh jadi ni...SA nak ajak sape pi sini ni erk...hahahaha...nak jugakkkkk...stress kerja ni uiiiii

    ReplyDelete
  17. Asiiiik nyaaa bisa dapat price setengah lebih daripada book dari hotel langsung yaaa kak. Best harga yg didapat.

    Ya Allah rinduuu sangaaaat ke genting. Tiap kali ke KL, selalunya saya sempatkan dulu main ke genting Highland, karena saya kan penyuka themepark. Dan wahana2 di genting themepark nih menariiik sungguh. Saya suka rollercoaster nya, wahana spaceshot nya pun saya sukaaaaaaa sangaaaat. Terakhir naik itu, sedang kabut, jadi di atas kayak di atas awan rasanya πŸ˜„. Tapi sejak genting renovasi , saya belum pernah lagi kesana. Tapi memang belum buka lagi kan yaaa. Nanti saya balik kalo genting themepark sudah buka :)

    ReplyDelete
  18. Wohh woh bestnya panjat getting. Kabus tebal gak tentu sejuk skrg kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com