Minggu ni sabtu & ahad (15 & 16 Okt 2022) MAMA daftarkan abang aqeem ke Kem Matematik bertempat di UIA. Patutnya minggu ni abang aqeem kena join camping kat sekolah tapi dia terlambat hantar borang pendafftaran untuk camping, maka nya MAMA pun daftar kan la dia ke kem belajar matematik. 😅


Mula nya dia tak moh pegi sebab takde kawan kata nya. Pastu dia cakap kem tu lama sangat sampai 5/6 jam. Punya la MAMA gigih carikan tempat untuk dia belajar ilmu, boleh dia cakap MAMA tak sayang dia sebab paksa dia join kem yang lama sangat!! Korang ghase??!!!! 😡

Tak menyirap MAMA ko, aqeem oiii!!!

Setelah dipujuk paksa hahahaha gagah juga la dia melangkah menuju ke dewan kuliah.. Eh eh hahah dewan auditorium je pun 😅


Yang kecil ni siap berbaju melayu , nak gi mana plak kan?!
Pape pun kita hantar abang aqeem dulu ye uyum oii....


Belajar rajin-rajin ye abang aqeem! Penat MAMA cari duit nak pandaikan awak... Untung tau , bukan semua orang dapat peluang masuk Universiti ni hahahaha 😆😆


Awal lagi ni jam 8 pagi kami dah masuk 'kelas'. Nasib diorang sediakan bekfes sekali. So sebelum start kelas, kita bole la makan dulu!


"Belajar pandai-pandai tau Kim!!! Lepas ni uyum pulak belajar kat sini" 😆
Kemain pesanan penaja boodak demok tu hahha....


Pastu dia marah kenapa aqeem bole belajar kat situ tapi uyum tak bole?!!!!! ermmm 😒



Sila belajar pandai-pandai, nanti dapat la awak belajar kat situ kan! (kita kena kasi semangat sket... mana tau ada rezeki dia soploh tahun lagi hahahaha)


Lepas hantar abang aqeem, kami sarapan kejap kat greenwood dan terus ke majlis maulidurasul di Surau area rumah. So terjawab la nape uyum hensem-hensem pakai baju melayu ari ini kan 😍😍 Dengar ceramah dari PU Yeop  pasal nabi-nabi. Tapi mana plak boodak demok tu kan?


Ada je ni haaa.... masa ceramah kemain melepek dia kat tepi... Habis je ceramah terus jadi ceria. Apa tak nya sebab dapat duit hasil derma dari pihak surau untuk anak-anak yatim kat kawasan perumahan tu. Nampak duit kemain senyum dia ye hahaha...!!

Majlis selesai tepat jam 12 tengahari. Kami tak tunggu sampai makan lunch sebab nak kejarkan Uyum punya kelas taekwando jam 1 petang. Tapi end-up dia malas nak gi taekwando... terus dia membuta..!! Hahahha penat sungguh gaya nya tu.

So berakhir la aktiviti Uyum untuk minggu ini. Esok aktiviti apa plak la kan....?! Wait and see 

Nota Jemari: nak JJCM esok tapi fully booked plak tempat yang nak dilawati tu.. xde rezeki