REZEKI BOS BELANJA LAGI     REZEKI BOS BELANJA LAGI

REZEKI BOS BELANJA LAGI


Khamis lepas bersamaan dengan 13 Oktober 2022, bertempat di Villa Zamara yang terletak di Sg Penchala, sekali lagi lunch kami mendapat tajaan dari bos. Istimewanya kali ini sebab meraikan adik-adik dari Kijang Graduate Program (KGP) yang telah 6 bulan bekerja kat jabatan kami khususnya yang bertugas satu unit dengan kami semua. 


Ini kali kedua ako jejak makan kat situ. Kali pertama masa berbuka puasa tahun lepas. Tahun lepas tempat ni baru dibuka semula setelah setahun PKP. Tahun ni pegi dah ada kelainan la sket ye. Ada pelbagai jenis hidupan laut. Kira kalau korang nak makan seafood, fresh fresh dia tangkap dari situ la kan hahaha....

[Baca sini : BERBUKA DI SINGAH SELALU VILLA ZAMARA - 7 Ramadhan


Masa berbuka tahun lepas tak sempat nak merayap sangat kat tempat ni. Kali ni kita cuba la ye snap view kedai ni di setiap pelosok (ye la tu kan ahahhaa)









Berkonsepkan kehijauan. Memang rasa nyaman je tapi kalau gi tenghari ada la rasa bahang nya juga kan. Tempat ni kalau datang malam memang sejuk je. Kalau datang sarapan pun shud be ok lagi ar. 


Sebab itu kami decide nak dok kat area yang ada aircon hahahaha...! Sebab datang nak makan lunch kan. Konpom berpeluh-peluh ni kalau dok kat luar dari bilik air con😅 Dinasihatkan kalau nak makan area yang sejuk ni, sila la booking cecepat k. Takut fully booked la tempat sejuk ni😁


Sebelum makan, moh bergambar dulu. Yang duduk bertiga kat kusi tu la adik-adik KGP yang diraikan. Bos yang belanja yang diri sebelah ahkak tu ye! Sebelum ni bos ada banjer kat Cili Kampung tapi tak sempat nak di blog kan hahaha... So kali ni takmoh terlupa lagi, ahjom kita tengok menu apa yang kami order di hari kejadian.


Sotong salut salted egg....  Portion ni kami amek large size ye.


Ikan siakap masak mango thai style. Sedap oiii ... !! Ni salah satu pebret menu ako.


Daging masak apa ntah ako lupa hahaha...
Ini pun sedap sangat-sangat! Siap ako bawa balik lagi tau!


Sayur chap cai or sayur campur oghang melayu cakap hahahha...! Big portion juga ni. Licin memasing makan, so kira sedap juga la kan gamak nya 😆


Sian kangkung belacan ni tak luak sangat.. Bukan apa portion terlalu besar kot sebab kami order setiap satu dish jadi 2 set. Patut kangkung ni 1 je dah cukup untuk portion besar.


Siakap masak nyonya stim.... Ni ako kureng sket.. Ako lagi suka stim yang thai style tu.


Rojak buah pencuci mulut.


Ulam-ulaman dan sambal belacan.


Udang sambal petai. Ako memang hantu udang oiii!!! Tapi seriau gak makan udang banyak-banyak , takut gout muahahaha....  Udang dia besar dan fresh gila.


Dah tak yah cakap banyak-banyak.... Jemput makan semua...
Alhamdulilah, tengkiu bos sebab belanja lagi...
Semoga sentiasa murah rezeki....
Lepas ni boleh belanja lagi dan lagi la kan hahahaha... 😆

Oh ye tengah ada promosi tau sekarang!


Fish Promo UP TO 50% OFF !!

SIAKAP RM 29.90
Normal Price RM 60

Choice of Cooking:
- Thai Style Mango
- Steam Lemon
- Steam Light Soy Sauce

T&C apply:
- This promotion is valid with minimum order of RM100 for each bill
- Only 1 promo fish allowed for each table at each time

Contact us to make your reservation today +6017 368 6852

Tak pasti promo ni sampai bila, boleh la contact no tertera kat atas tu.
Boleh juga jenguk jenguk kat IG diorang --> https://www.instagram.com/restoranvillazamara/

Nota Jemari: burlp.... kenyang semua nya... rezeki sentiasa tak salah alamat!! 

Post a Comment

17 Comments

  1. Alhamdulillah. Bila orang belanja, sedapnya jadi berganda-ganda. Ambil gambar banyak tu nampak nau blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa bila takde orang rajin la amek gambar nya tu..

      Delete
  2. Bosnya yang berdiri lelaki ke perempuan?
    Sedapnya suka lauk begini.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ada yg belanja...sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
  4. Tempat cantik, makan pun sodap. Kalau dekat, boleh pergi, nak rasa jugak promo siakap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha klu dekat mmg sya pun confirm akak akan berdesup sampai situ :D

      Delete
  5. tengok nama restaurant terbayang2 muka zamarul hisyam ahaksss

    ReplyDelete
  6. tengok gambar makanan pun dh tau dh mesti sedap..tp awat la jauh benor...

    ReplyDelete
  7. Bestnya boss belanja. Menarik tempatnya. Kalau tak panas, duduk tempat open dipenuhi pepokok syoklah. Nak selesa lagi, memang kena pilih tempat aircond. Ada diskaun tu, murah dan berbaloi lagi kan.

    ReplyDelete
  8. Jauhnya dari ofis Kak Ret nak lunch kat Sg Penchala. Yg penting boss belanja hehe. Psst... ni tempat Shai kerja dulu kan?

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah . Salah satu rezeki juga tu . Suka dengan konsep deco ..ada pokok2 hijau ..cantik . Makanan pun nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  10. wahh, bestnye bos belanja..
    mknn dkt sini pon nmpk sedap2 semuanyaa

    ReplyDelete
  11. Eh! tempat kerja lama kita la. walaupun sekejap. ha ha ha.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com