Pagi sabtu 1 okt 2022.
Bangun awal semua orang. Excited nak gi jalan jalan kata uyum. Nak tido hotel. Kali ni kami bawa Imran sepupu uyum join sekali. Memandangkan papa imran kena operate semalam tu, so takde sape nak tolong tengokkan imran sementara mama dia kat spital ngan papa, tu yang kami hangkut sekali imran ke Seremban. 

Oh ye staycation kami ke Seremban ni pun kebetulan sebab mama uyum ada program kat kolej dari jumaat-ahad. Mama uyum dah sesiap bookkan hotel untuk kami di Klana Resort Seremban. Hotel ni berdekatan je ngan Kolej tempat mama work kata uyum.


Sebelum bergerak jom la kita sarapan dulu. Lately ni suka order or lepak kedai ni. Terletak di Taman Koperasi Polis II. So kalau korang berdekatan, bole la cuba cuba sarapan kat sini 😁


Dah kenyang..memasing dah tak sabar nak tido hotel katanya. Jom gerak! Perjalanan lancar je pagi tu. 


Sementara tunggu MAMA punch card dulu, sempat je budak budak ni dok layan tempat eksesais tu. Nasib baik la cuaca tak panas, walau ketibaan kami tu dah tengahari suntuk 😅



Before kita check in hotel, kita isi perut la dulu. Lunch kami di MAMA ONE STOP BAKERY & CAFE yang terletak di Kampung Sentosa. Gugel punya gugel lastly kami decide nak makan kat sini je. Nanti kita citer pasal cafe ni di entry yang lain ok.


Dah kenyang moh lekas kita check in di Klana Resort Seremban.
Sebab utama hotel ni jadi pilihan sebab dekat ngan Kolej tempat MAMA uyum work.
Lagi satu sebab pool dia pun besar.

Urusan check in smooth je.


Masuk bilik terus tengok view dari tingkat 5. Terus nampak pool.
Terus budak-budak ni buka baju. Tukar baju berenang.
Ewah ewah, kemain diorang mengarah soh cepat sebab nak mandi pool.


Pukul 3 petang oiii..... Matahari pun masih memancar lagi.
Panas!!! Patut la kolam pun kosong takde orang😅



.:kalau la bilik ako kat hujung bangunan putih tu, dah lama ako terjun join diorang:. 😅

Diorang perduli hape kan, janji dapat berenang!! kemain sakan masing-masing. Ikutkan ako pun rasa nak terjun juga tapi memandangkan jarak dari bilik nak ke kolam ni kena lalu depan cafe or lobi, maka nya kita simpan aje la niat nak terjun tiruk ye hahaha...

Kalau kolam ni kat area tersorok sket, atas bumbung kan, memang lama dah ako terjun. Kita bertabah aje la menghadap diorang mandi.


Pukul 4:30 petang, dah ramai plak orang turun mandi. Kasi diorang puas main pastu kul 5 petang ako soh diorang naik. Lagi pun MAMA diorang dah mesej ajak pegi dinner jap lagi.


Jam 6 petang, cuaca dah mendung sket. MAMA ajak makan kat kedai Ayu Raudhah bini Adil Zaquan. Sejak dah pindah dari JB ke Seremban, diorang pun buka la kedai makan nasi ayam geprek di Wisma PBNS. Kebetulan memang dekat je ngan kolej MAMA (ikut jalan belakang).




Kami sampai , kedai baru je buka so memang takde la orang sangat kan.






Menu dia bagi ako simple je... speciality dia Nasi ayam geprek. Ada terbaca kat blog Fizah pasal nasi ayam geprek Ayu Raudhah ni. Maka nya kita pun mesti la nak cuba juga kan. Jadi kita pun order la sepinggan.


Seriously ayam dia sedap, lebih lebih lagi sambal geprek tu pun cukup pedas, cukup rasa!
Memang ako rekomen la kalau korang jenis yang suka pedas-pedas ni. Ini memang salah satu pebret Uyum tau! Ada kicap ada cili hahaha 1 combination yang padu kat tekak Uyum😆 tapi takde la dia abiskan cili tu ye. Mau cirit plak kalau dia abiskan sorang hahah


Kita order sejug air tembikai.



Cekodok bawang ni satu set dengan air teh or kopi. Ako tak minum kopi so kita order la teh o panas. Ini memang portion untuk 2 orang makan ye. Tapi ako rasa lebih dari 2 orang pun bole makan ni hahaha. Ranggup cekodok nya, cicah plak dengan sos thai. Memang sedap ar kat tekak kami.


Lastly kami order mi kari. Kalau bandingkan mi kari kat Warung Bambam (nanti kita citer kendian), pekat lagi kuah yang dihidang kat Restoran ZA ni. So, ako lagi suka mi kari yang ZA jual. Kalau dia bagi sambal lagi power kan! Hahaha tapi tu dah kira mi kari nyonya plak ye dak 😆

Overall, bole la makan kat sini pada yang korang yang nak cuba cari kelainan.
Tak dapat nak jumpa tokei kedai, kita bergambar je la dengan gambar tokei kedai hahaha....sebagai bukti kita dah sampai😜


Untuk korang yang nak singgah, boleh la ke 
Wisma PBNS yang terletak di Rahang

ᴢᴀᴄᴀꜰᴇ ᴏꜰꜰɪᴄɪᴀʟ
ᴡɪꜱᴍᴀ ᴘʙɴꜱ ᴍᴇᴅᴀɴ ʀᴀʜᴀɴɢ ꜱᴇʀᴇᴍʙᴀɴ
ᴏᴘᴇɴ ᴡᴇᴅ-ᴍᴏɴ : 17:00 ᴘᴍ - 01:00 ᴀᴍ
ᴄʟᴏꜱᴇᴅ ᴏɴ ᴛᴜᴇꜱᴅᴀʏ
https://www.instagram.com/zacafe.official/

Nota Jemari: sambil sambil jalan jalan cari makan