Ingat tak aritu kita gi Seremban 2H1M kan.. Ada mention kan kat situ kami lunch di MAMA ONE STOP BAKERY & CAFE. Terletak di Kampung Sentosa. Memang senang je nak cari, sila google or waze k. Dari luar nampak macam rumah kampung je kan. Ini kalau dia tak letak signbod memang orang ingat rumah sape-sape je la tepi jalan kan 😆 Kebetulan memang sekeliling pun rumah kampung tau!


Masa ako gugel sebelum ni, ako baca review ramai dok suggest makan donut dia.
So mula ako assume kedai ni just jual donut je tau hahaha
Rupanya dia ada juga jual makanan lain.



Damai je bila masuk dalam kedai.




Dekat bahagian belakang kedai ni rupanya ada sungai. Pastu ada tempat khas untuk sesape nak buat event ke. Lagi satu waktu malam derang ada buat grill stimbot. Wah macam macam pilihan menu makanan la kat situ. View kat belah belakang ni memang nice. Rasa waktu malam mesti lagi cantek dan meriah dengan lampu lampu kan. 


Masa tengok jalan ni terus je menuju kat sungai, ako dah risau dah sebab nya budak 2 orang tu bukan bole caya sangat. Buatnya tetiba diorang terjun je macam terjun dalam kolam gitu haha.. Dah satu keje plak kang dengan nina sekali kena terjun gara2 nak selamat kan derang hahaa. 

Eh cop tu sungai ke kolam?? Haaha sekali pandang mcm sungai.. 2 kali tengok mcm kolam 😂😂


Pape pun jom la kita order dulu. As usual lunch time ada la menu nasi campur. Tapi sebab x nak makan nasi so kita order la western. Ingat ada oglio tapi lunch tu chef takmoh masak plak hahaha, kempunan la nak merasa oglio kat situ 😜












Sementara tunggu menu western dia sampai, moh kita usha usha dessert, pastry, donut dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam ado oii... Sampai rambang mata nak amek apa😅

Strudel dia sedap... Donut dia lembut.. 
Kek batik dia pun lemak berkrim haha.. Oh ye donut dia masak on da spot. Kalau dapat yang panas panas br kluar dari kuali, memang syiok la kan. 



Order ciken cop dengan fish n chip je pun. Haha yang ni bagi ako biasa biasa je la kan. Tapi kalau ada rezeki nak try datang malam makan stimbot dia plak. Buat korang yang nak cuba bole la ke :-

MAMA ONE STOP BAKERY & CAFE
KAMPUNG SENTOSA
SEREMBAN, NS
CTC: 013-338 3634

Nota Jemari: rezeki...