Ini bukan movie, ini bukan tajuk drama. Tapi ini tempat makan ye kawan kawan. Masa mula mula nampak lalu lalang promo kedai ni, dok pikir eh area ni macam pernah pegi. Dan setahu ako kedai makan area situ hanya satu je. Tapi kedai yang ako pegi dulu nama nya Bobby's by gempak. Setelah di gugel then baru lah tau rupanya kedai Bobby tu dah tutup selamanya. Diorang tukar konsep kedai dan makanan. Ermm tapi owner dia still orang yang sama.
Dari Bobby's terus bertukar ke Paku & Pontianak. Hahaha tengok teaser kat IG diorang nampak menyeramkan hehee.. So alang alang dekat je ha moh la kita try.
Kalau dulu Bobby's jual ala carte, tapi di Paku & Pontianak berkonsepkan Western Buffet.
Harga buffet dia :-
RM49.90 - 13 tahun ke atas
RM39.90 - 5-12 tahun
Bufet dia simple je ekceli. Diingatkan sekali lagi, ini western buffet ye. Jangan plak ko cari lauk kari ke, lauk lemak cili api ke hahaha... memang takdo la kan. Apa yang perlu di jangka bila sebut western ni? Macam nugget, mushroup soup, garlic bread, spageti, hot dog dan yang sewaktu dengannya.
So, bila yang masuk nak cuba food kat situ tengok dish macam tak menarik, jangan la expect da bomb macam kat hotel plak ye. Ini pun bagi ako kenyang juga la sebab berapa sangat la ko bole makan kalau buffet style kan.
Antara menu-menu yang ada kat situ. Bagi ako yang pernah makan kat situ masa kedai Bobby's, so agak terkilan juga la sebab bila dia buat bufet style ni, kesedapan menu tu dah lari la sket dari yang dulu. Ikutkan ako lagi suka konsep dia ala carte yang dulu kalau bandingkan bufet ni. Sebab dari segi presentation foods, rasa memang puas yang dulu lagi. Sorry to say, kali ni konsep yang diorang buat macam tak kena. Ako faham sebab utama yang diorang ubah konsep sebab ramai customer komplen service diorang slow masa ala carte dulu. Tapi bagi ako plak, kalau slow tapi rasa memuaskan, ako ok je, betul tak?! Lantak pi la ngan komen-komen negatif yang orang tak sanggup nak tunggu ....
Sayang sebenarnya bila diorang buat style camni. Pape pun semoga konsep baru ni akan makin success la untuk Paku & Pontianak ni.
Ini je berulang-ulang si uyum ngan aqeem gi amek.
Air dia memang padu! Hahahha puas hati! Ada 4 jenis pilihan air. Gelas dia bagi pun besar. Jenuh nak ngabihkan satu round... Bila dah abis cam x lalu dah tambah air 😅 *pandai diorang ye hahah*
Spageti ni diorang masak on da spot. Bila korang nak, baru dia buat kan. So best la makan panas-panas. Cuma yang tak best tu, macam kosong plak. Minta olio pun takde bahan-bahan macam udang ke sotong ke. Just mi semata-mata... adoii la hai!! Tapi nasib baik la rasa nya sedap😅
Apa-apa pun semoga lepas ni diorang baik-pulih la mana yang perlu.
Untuk korang yang nak cuba, bole la ke :-
Paku & Pontianak,
28, Jalan 4/23b, Taman Danau Kota
Kuala Lumpur
Buka setiap hari bermula jam 4:30PM sehingga 11:30PM
Untuk pertanyaan : 011-2073 8077
Nota Jemari: Selamat menjamu selera
18 Comments
Eh, ehhhh..macam serammm je.. huhu...
ReplyDeletehehhehe macam je la kan :D
Deletekonsep kedai unik, harapnya makanan pun sedap juga..
ReplyDeleteBuat kelainan. Pertama kali tahu ada kedai makan seram.
ReplyDeleteMenariknya ko, tapi tang kain tergantung tu, adoii kalau aku tu lemah semgat oii hahahahaha
ReplyDeletehahhahaha betul la klu orang lemah semangat mesti termimpi2 part kain tu :D
DeleteKonsep dia lain dari yg lain. Buffet tema seram, hahaha. Dulu kat flat BBU ada satu warung tema seram jugak, pekerja dia semua 'hantu', kita memang tak pergi laaaa.. tataw wujud lagi tak warung tu.
ReplyDeleteada jenguk tak bawah kain tu..kalau lampu takpe..jangan benda lain..hehehehe
ReplyDeleteMacam-macam idea skrg kan, nak tarik pelanggan...
ReplyDeleteLain macam nama restorannya..
ReplyDeleteSpageti itu saya punya faveret
ReplyDeleteKonsep menarik..tapi kalau SA la pi ni....x tau la.....
ReplyDeleteKonsep dia agak menyeramkan.. Hahaha.. Kalau yang tak kisah okay je, kalau yang kisah mau mengigau malam.. kikiki..
ReplyDeleteBaca ni tengah malam eh seram lah pulak. Pernah viral kejap dulu masa mula-mula bukak. Saya rasa sedap tu point paling penting nak tarik dan mantain customer
ReplyDeleteperghh...seramnya..buatnya black out...baru real...haha..
ReplyDeleteNama kedai seram betul. Kalau buat ala carte mesti lagi suka kan. Buat ala buffet ni macam kualiti makanan kurang sikit. Nanti terbiar sejuk. Aglio olio tu betul betul kosong ek..mujurlah sedap.
ReplyDeleteWahh konsep dia lain dari yg lain ni
ReplyDeleteAduhh ghisauu nak masuk kedai camni nih..seramm haha!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com