Hari Sabtu yang baru-baru ni, kebetulan kami lalu area Danau Kota. Tup tup ternampak meriah nya bekas tapak kedai SURI. Siap ada khemah bagai.  "Eh ada kedai baru buka la ganti kedai SURI tu!!"

Ha apa lagi, terus kami berhenti.


Masa kami sampai ni memang tak ramai lagi orang. Rupanya diorang baru je buka lepas Asar hari itu. Dan rezeki kami juga, rupanya diorang buat permbukaan kedai hari pertama. Ada bagi free makan dan minum. Wah langkah kanan la kami oii!! 😁



Sudut tepi kedai tersebut terletak nya makanan PERCUMA itu. Ada je makanan lain tapi yang lain-lain tu kena bayar la ye. Its ok, ini pun dah cukup buat minum petang kami hahaha




Pilihan tomyum , bole pilih kue teow, mi kuning atau mi macam laksa tu. Kuah tom yum dia memang marveles oiii!!! Sedap sangat memang puas hati la.



Kopi ais ni pun free. Seriously ako kureng minat kopi tapi kopi yang ini rasa dia lain macam. Sedap sesangat oii.. Adakah lepas ni ako boleh jadi peminat kopi yang tegar?? hahhaa..... (kopi macam kat starbuck tu lain citer la ye.... ni kopi O hitam pekat tu letak susu) 

Tengok cara dia buat kopi ais tu macam simple je hahaha tapi macam x berani nak buat sendiri kat rumah. Takut tak sama rasa nya macam yang dia buat😂





Antara menu-menu lain yang ada terjual kat MABOBA CAFE ni.
So next time, pada korang yang nak cuba masakan kat situ, boleh la ke :- 

MABOBA CAFE
Wisma Suri, 19, Jalan 2a/6,
Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur
Opening Hour: 8:00 pagi - 10 malam

Nota Jemari: ada shell out, ada celup tepung... eh kena repeat lagi ni!!