Hujan! Lapar!
Memang tak dapat dipisahkan.

Asalnya nak makan kat Leezo Setapak tapi kedai tak buka plak lagi. Maka nya kita pusing - pusing kawasan situ ternampk kedai baru ni.

Pasta Ohsem!!

Wow nama..... So moh kita singgah, berapa ohsem pasta yang diorang akan buat untuk kita kan 😉





Bersih kedainya. Warna kedai pun menyerlah. Takde orang. Ha nice!! Sejak cobid cobid ni ako prefer kalau bole biar la x de orang pun gi kedai tu hahaha.. Dengan harapan ako dapat menikmati hidangan dengan aman dan selesa.

Dalam masa yang sama ako dengar bertalu talu order food panda or grab masuk. Mungkin sebab hujan atau susah nak parking area tu, buatkan ramai prefer order online je la. 





Ada pelbgai jenis pasta... 
Pelbagai jenis perisa... 
Pilih mana yang tekak korang nak rasa. 
Rambang mata. Kebetulan tekak ako hari tu memang nak makan pasta. Selalu ako suka pasta cili api kat leezo. 

Ermm kat sini takde plak.. 
Kita try je la pasta korea sos hahaha.. 
Pedas ke idok, ye dak?! 


Eh nampak menu dessert...
Kek dari Purple Monkey. 
Eh cop kedai pasta ni purple monkey punya ke??? Laaa baru tau purple monkey dh jual mende lain selain kek ye sekarang 😂

Dulu dulu memang suka beli kek kek yang dijual kat purple monkey ni. 


Mini kek sinful mango. 
Ice chocolate
Ice cha yen tea
Ice macha


Oglio seafood... Bole la rasanyaa tapi ako lagi prefer kat leezo hehe.. 


Pasta korean spicy... 
Ermm bagi ako yang kuat oedas, ini takde la spicy sangat hehe. Ada rasa masam masam manis. Kepedasan nya terasa bila ko dah habis telan. Dia macam rasa pijo pijo sket je la. Ako kurengg sket yang ini. 


Chicken chop ke ciken grill.. Ntah lupa. Biasa je rasa ayam kan haaha... 

Overall, ok bole cuba. Sedap tu subjektif la kan. Kalau nak tau sedap ke idok, kena la cuba. 

Pasta Ohsem
Platinum walk, 
8, Jalan Langkawi, 
Setapak, 
53100 Kuala Lumpur, 

Nota Jemari: makan sesaja