Kisahnya camni....
Hari Sabtu petang, Aqeem minta hantar kan dia ke rumah member. Katanya nak main bola kat rumah member tu. So ako pun pi la hantar. Gigih lepas dia abis taekwando jam 2:30 petang tu, balik rumah dulu then jam 4:30 petang pi la hantar dia ke rumah member tu.
Setel jam 6:30 petang ako pun pick up la dia balik. Masa ni dia tak citer pape lagi. Sampai rumah mandi manda, makan then baru la dia buka mulut.
Katanya tangan dia sakit. Masa main bola tadi, katanya dia jadi keeper. Yang member tu dah le memang wakil sekolah main bola. Dijadikan citer, of coz la bila wakil sekolah main dengan ko yang tak berapa nak wakil apa2 tu, mesti la member punya tendangan mengalahkan pemain profesional kan hahaa.. Makanya akibat dari tendangan tu tangan si aqeem pun cedera la. Bukan cedera luka ke hape tapi macam terseliuh camtu la. Nak jadi keeper tapi tak pakai sarung tangan yang betul. Kawan plak tendang sekuat hati, so ko bkn terror sangat nak tangkap bola tu kan. Tersalah tangkap akibatnya tangan ko injure.
Ok lagi, kita tuam dulu la ngan ais. Kononnya assume hanya terseliuh sket la. Bengkak urat gitu.
Esoknya, hari Ahad, kita gi Seremban. Kebetulan paksu fir balik kampung kat rembau. So kita plan jumpa kat somban aje la. Vrroomm la pagi ahad tu ke sana. Lepas MAMA punch card kat kolej dia (mama plak kebetulan ada program ngan students dia), sempat la sarapan di warung bonda (not avisable la sarap kat situ 😅).
Setel sarapan kita patah balik ke kolej MAMA. Lepak sampai la MAMA setel dia punya program tu. Sementara nak tunggu program tu habis, melepak la kami kat taman mainan dalam kolej tu.
Ha di sini la semuanya bermula.. (panjang sungguh mukadimah ako hahaa).
Korang tau kan tempat bergayut yang ada kat tmn mainan. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ha begitu juga la kisahnya si Aqeem. Sepandai pandai ko bergayut, akhirnya jatuh gedebuk ke tanah juga.
Ermm tak terkata dibuatnya. Sebab kan sehari tu tangan ko terseliuh. Gigih lagi nak bergayut esoknya tu. Citer kat doktor, doktor pun geleng kepala je.
Masa yang dia terjatuh tu, memang licin kat tanah tu. Berlumut, lagipun kesan basah hujan masih ada lagi. Memang sengaja cari nahas la kan. Terduduk dan menelengang dia jatuh terus rasa tangan tak boleh nak angkat. Ako pun tergamam sebab jatuh betul2 depan mata ako.
MAMA habis je program, kami cari ais je la dulu. Memang assume takde yang serius.
Dah janji kan ngan paksu fir nak jumpa lunch sesama. So kami terus ke Dapur Pompuan Cantek yang terletak di Kg Jkin Resort Extreme Park (laluan jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah).
Dah lama tingin nak makan kat situ. Moh la kita makan dulu ye hahaha. (nanti citer tempat makan ni)
Punya la sonok kami melepak. Dah berbulan tak jumpa paksu fir sekeluarga kan. Kemain excited budak budak tu semua dapat jumpa cousin diorang. Sampai budak yang sakit tangan tu tak terasa la sakitnya. 😂
Jam 4 petang kami gerak la balik KL. On da way balik KL tu baru la si Aqeem mengadu tangan berdenyut denyut. Hahaha tadi kemain main tak beringat. Sampai je KL kami singgah klinik terus.
Ermm... Doktor kat klinik suggest gi Hospital terus sebab kat klinik takde xray kan. Takut dalaman tu kita tak nampak.
Penat dah oii!! Kita balik rumah dulu la.
Mandi, bersihkan badan dulu, dalam 6:30 petang gerak ke HTA (Hospital Tunku Azizah). Nasib baik la diorang dah asingkan spital kanak kanak ngan org dewasa.
Kena gi bahagian kecemasan. Selesai urusan pendaftaran, tunggu giliran nak buat x-ray bagai. Pung pang pung pang akhirnya selesai jam 10:00 malam lebih kurang la.
Uyum dah bising lapar lapar. Dah cakap jangan ikut tapi merengek nak follow juga kan. Ha bertabah la dok menunggu sampai urusan abang aqeem selesai.
Ermm... Tapi doktor cakap nasib baik tak teruk cuma memandangkan dia jatuh terhentak dah 2kali kat tangan yang sama, makanya doktor pun sarankan kita simen dulu. Bagi tangan tu rehat dalam seminggu ni. Insyallah next appointment dia pada 1 November nanti. Time tu harap takde bengkak bengkak dah dan tangan kembali normal. Retak seribu harap dah pulih sepenuhnya la.
Tadi sehingga malam tadi, ako tengok jari jemari dia dah mula bengkak bengkak. Harap beberapa hari ni makin surut la. Doktor takde plak bagi ubat tahan sakit atau ubat surutkan bengkak ke hape. Ermm ko kena la jaga dan pantau sentiasa.
Tapi nama pun budak lelaki kan. Ada je nak buat sesuatu.. Nak main laaa... Tangan sakit sakit pun still lagi nak gunakan tangan sakit tu... Aishh!!
Untuk abang aqeem, ni peluang untuk rehat rehat tau! Semoga cepat sembuh!
Nota Jemari: dia yang jatuh, awt ako yang sakit montot ni hahaha
24 Comments
Semoga cepat sembuh abang aqeem, kena bagi tangan sihat sepenuhnya lah dulu baru boleh buat or sambung aktiviti lasak, takut nanti makin melarat pulak. Saya pun pernah jatuh masa bergayut dekat palang taman permainan tu, memang sakit lah jawabnya, moga-moga dipermudah segala urusan!
ReplyDeleteTq tiqah... Tu la harap2 cpt la dia sembuh tangan nya tu
DeleteAduh boleh bayang jatuh kena tangan yang sudah sakit.
ReplyDeleteItulah orang yang tengok yang rasa sakit lebih.
Kan kan.. Selalunya orang yg tgk tu yg lebih terasa skitnya hahah
DeleteSama kes dgn si abang anak sy jugak ari tu kak ret... nama panggilan pun akim jugak... main kt taman panjat yang monkey bar tu terus jatuh badan tertindih tgn... walaupun kurus bila xray ada tulang retak ke apa ntah dpt mc 2 mgu.. tp dh namanya budak laki mcm tu lah... semoga aqeem cpt sembuh ye... insya allah xde apa tu... budak² ni cepat recover.. think positive sgt auntie ni kan?
ReplyDeleteKaaann budak2 slalu nya cepat recover.. Harapan nya camtu la hehe
DeleteSyafakallah Aqeem...retak seribu?? seriau nya dengar...moga pulih spt biasa...minum susu byk2..
ReplyDeleteHaaa ye laaa lupa!, susu!! Ok ok nnt nk remind dia minum susu byk2
DeleteAlahai Abang Aqeem. Harap cepat sembuh ye. Time main dan makan hilang kejap sakit nya, lagi-lai bila ada kawan. Dapat settle by 10pm tu kira kejap lah. Kalau hospital ampang mau semalaman baru sudah.
ReplyDeleteKann nasib baik cpt jgk laa setel.
DeleteKesiannya Aqeem, tapi tengok gaya, kuat budaknya ni. Tak ada ngeluh2 sakit. Betul2 sakit, baru bagitau. Baru perasan muka dia ngan Uyum, sama ek.
ReplyDeleteYe kak hhaah muka drg sejak lahir mmg sama.. Tu kitrg pun terkejut ms kluar hahaha snp mak dia penibg sbb takut perangai oun sama hahaha
Deleteaduh lasak betul si aqeem ni. semoga cepat sembuh ye..
ReplyDeleteInsyallah.. Amin.. Tq tiara
DeleteKita pulak yang rasa seriau. Kalau dah bengkak tu, sakitlah ya?
ReplyDeleteSemoga Allah beri kesembuhan buat Aqeem.
Allahuakbar
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye
takpe cabaran dia nk membesar tu
teringat lak zaman knk2 nakal dulu he hee suka bergayut kat pokok. Sekali adik lelaki ciknur yg jatuh ,patahh tangan. Nasib la dia
Alamak, siannya... semoga cepat sembuh, Aqeem.
ReplyDeleteAllahuakbar..abang Aqeem oiii.ghisau tengoknya. Belum baik yang lama dah tambah yang baru. Semoga cepat sembuh ye Aqeem. Rehat jangan lasak sangat.
ReplyDeleteDapur perempuan cantek? Kat ATV tu eh..Tunggu KakRet update lah nanti.
anak sedara sy masa baya2 abg aqeem ni la..tulang antara siku dan pergelangan tangan patah..simen hari ni lusa dah terbuka simen..punya la aktif..last2 kena dua kali patahkan sebab tulang tak cantum betul...
ReplyDeleteSyafakallah Abg Aqeem 🤲
ReplyDeletealahai abg aqeemmmm... semoga cepat baik tangan tu.
ReplyDeleteammi pernah makan kat warung bonda tu (kat area jalan jelebu/ampangan tu kan?) ..macam manis segala lauknya kat tekak ammi...
Zaman high school dulu saya pernah retak tangan kanan akibat jatuh. Sakitnya memang bukan main, kanan pulak tuh. Jadi terbayang sayang Abang aqeem. Cepet sembuh Abang... Nih dah tanggal 1, semoga tangannya dah pulih Yaa 😊
ReplyDeleteAlhamdulilah fann.. Arini udah dibuka balutannya.. Udah sembuh hehe
DeleteAllah.. Memang betul-betul macam pepatah tu.. Tapi tu lah budak lelaki kan.. Sakit-sakit pun tetaplah nak main juga.. Tapi kuat betul dia, kali pertama jatuh tu dia diam je ye..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com