Eh wiken bz betul sebab PakSu Fir kan ada kat KL ni. So macam-macam aktiviti la budak-budak ni. Nina pun amek la kesempatan ke Klinik Gigi hari sabtu lepas. Kisahnya sakit gigi ni dah lama. Rasa ada la dalam 2 3 bulan gitu. Mula macam bole tahan lagi. Lelama dia makin rasa berdenyut yang macam tingin nak lempang orang hahha... malam sebelum tu kita call la Klinik Daddys cawangan Koperasi Polis untuk buat appointment. Selalu ako gi yang dekat Taman Melati tapi dah sakit sakit ni kita cari yang dekat je.
Bulan-bulan puasa memang tak ramai la. Fuh nasib baik!
Si demok ni bila kita cakap nak gi klinik gigi, terus dia nak ikut. Katanya nak suruh doktor cabut gigi dia yang goyang tu. Ekceli gigi tu takde la teruk sangat tapi sebab maybe dia x selesa bila nak makan, so cabut aje la! hahah...
Memang berbeza sangat dengan Uyum 2 tahun lepas. 😅
Doktor siap tanya, "awak nak cabut ke gigi ni? Ikutkan boleh je tak cabut dulu!"
Tapi dengan segera Uyum jawab, "Nak cabut!"
Doktor pun ingatkan gigi tu susah sket nak cabut sebab ikutkan better dia tercabut sendiri kan tapi sekali doktor tarik je gigi tu, eh senang gila! hahhaha.... Ye la kan, macam gigi kita kalau dipaksa cabut, mesti macam keras sket kan, kena goyang goyang goyang pinggul eh hahaha...
Pape pun tahniah Uyum!
Nasib awak tak menangis!
Ermmmm rupanya dia dah target nak mainan kat dalam bilik tu!!
Sabar je la... tu yang jadi berani nak cabut gigi.
Dah kisah ako yang nak jumpa doktor jadi kisah uyum dapat cabut gigi😅
Tapi kisah ako masih diteruskan... Cuma ako je fobia tak nak cabut gigi lagi aritu!!
Wei fobia cabut gigi bongsu 2 tahun lepas dengan muka bengkak, bibir terkoyak. Rasa nya macam tak share ngan korang kat sini tapi tu la kenyataan nya. Benang kat gigi yang ako operate 2 tahun lepas tu pun baru la ako tergerak nak buka. Sampai camtu sekali keNGERIan nak jumpa doktor gigi ni oii!!
Berbalik gigi ako yang tengah sakit ni rupanya ada lubang. Tapi lubang nya bukan kat bahagian yang nampak yang kita senang soh tampal je kan. Kali ni lubang tersebut terletak kat bahagian paling dalam belakang gigi. Dan doktor cakap sebab kan ako rasa sakit masa dia ketuk gigi tu menunjukkan ada nanah dibahagian dalam gusi dan dah effect nerve... ermmm padah la dok biarkan gigi sakit berbulan bulan kan.
Penyelesaian memang kena cabut juga. Dah tak bole buat apa gigi yang sakit tu.
Ako TAKUT!! hahahaha so ako soh doktor bagi ubat tahan sakit & antibiotik dulu untuk matikan kuman. Sabtu akan datang ni sila la jumpa doktor lagi! huhu!! Dan dalam masa menaip ni, gigi dah berdenyut denyut!! Harap proses cabut gigi sabtu nanti berjalan lancar.🙈🙊
Kul 1-2 petang Uyum dan abang aqeem ada latihan taekwando. Mula uyum mengamuk-amuk tak nak pegi latihan. Tengok aje la muka yang takde semangat tu. Muka kena paksa! Baru lepas melalak! Hahaha malu oiii semua kengkawan tengok dia menangis sampai Sir Mus pun terpaksa la tarik dan pujuk dia.
Dah alang-alang sampai takkan tak nak join latihan kan!
Menu 10 ramadhan, MAMA masak nasi minyak dan ayam masak merah.
Pastu kita buat croffle sendiri. Boleh dapatkan frozen croissant dari https://www.instagram.com/nottytummy/ . Choc puff dia pun sedap!! Croffle tu bole la hiaskan dengan madu, coklat, eskrem atau sesuka hati korang hahaha... Texture dia sangat lembut. Dah sejuk pun masih lagi lembut. Tak macam sesetengah croffle / waffer, bila sejuk je keras kejung nak makan 😅
psstt... dengan periuk periuk sekali kami hidang 😆😆
Pencuci mulut pun kami dapat, sejak inisden bazaar ramadhan Taman samudera, memang malas dah nak jejak mana-mana bazaar ramadhan tahun ni. So, kita masak sendiri dan makan aje la pape yang ada dalam peti ais😁
Menu kami memang sentiasa simple je tahun ni. Kalau tidak tu macam-macam nak dibelinya kat bazaar. End-up tak habis pun. Cukup la sekadar satu dua jenis makanan untuk berbuka kali ni kan. Ha korang plak berbuka apa tu??
Nota Jemari: Carneyz, jom moreh je la kita kat sini --> https://www.facebook.com/reel/1265311527399733 😆













7 Comments
Wow mcm menarik! Post la dlm group. Ni klu Kak CT kata bz lagi tak tau la, dekat sgt dah dgn rumah dia 😅
ReplyDeleteKalau aku dekat boleh join, boleh join walau jauh tapi minggu ni Kakak balik.. kalau tak sanggup i turun KL join huhuhu
DeleteWahhh menu nya nmpkk sedapp
ReplyDeleteOh, dah ada tali pinggang kuning, kenalah berani cabut gigi kan Uyum.. mainan tu buat raso2 aje, kata Uyum, hahaha. Susah jugak ek kalau kena belakang gigi lubangnya, jadi minggu depanlah ya baru Ret cabut giginya?
ReplyDeleteammi kalau sakit gigi mmg tak pikir takut dah...yg ammi tau ammi taknak sakit je. seksa oooo sakit gigi ni
ReplyDeleteDokter gigi di sini pun kalo pasiennya anak2, pasti dikasih hadiah 😄. Kadang anak saya jadi mau ke dokter gigi hanya Krn hadiahnya.
ReplyDeleteBtw, Fanny pun trauma sangaaaat dengan dokter gigi kaaaaak 😭🤣. Masih ingat lah apa Sekolah dulu dari zaman elementary kelas 5 hingga high school kelas 1, rutin ke dokter gigi karena susuna gigi Fanny kacau sangat2. Jadi harus ada yang dicabut padahal gigi tetap. Bayangkan sakitnya. Jadi sejak itu trauma sangat dengan dokter gigi . Rasa berdenyut kepala kalo obat biusnya dah habis kan.
😖
Lama juga bertahan sakit gigi tu KakRet. Selagi tak sakit sangat begitulah. Ohh patutlah beria nak ikut, rupanya ada udang sebalik mi. Nak menan rupanya! Baguslah Uyum tak nangis. Tapi nangis g taekwando pulak. Nasib gak mahu dia join gak. hihi..Kisah Bazaar ni macam-macam hal. Dia macam Bazaar buat perangai apa harini. huhu...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com