JJCM: Dapor Pompuan Chantek @ Kg JKIN Resort     JJCM: Dapor Pompuan Chantek @ Kg JKIN Resort

JJCM: Dapor Pompuan Chantek @ Kg JKIN Resort


Gigih tau nak gi sini. Jalan Bukit Putus, jalan lama nak ke Kuala Pilah. Memang kiri kanan pun hutan sesajo la kan. Masa first time datang hujan lebat tak dapat nak turun. Kali ni berdoa jangan la hujan. Dah mengidam sangat nak makan kat situ. 



Alhamdulilah berjaya jejakkan kaki ke situ tanpa rintangan.. 

Oh ye tempat ni ekceli adalah tempat extreme park, resort dan cafe dapur pompuan chantek ni pun adalah sebahagian daripada kepunyaan resort tu sendiri. 

Selain korang bole menikmati minum petang or makan tengahari,  korang boleh juga buat aktiviti extreme mcm main ATV, flying fox, buaian extreme dan macam macam lagi la. Tapi memandangkan kami hanya nak menjamu selera je kan so takde la terpikir nak buat aktiviti aktiviti tu semua. 



Suasana dalam hutan. Dont expect kedai macam restoran mahal mahal ye hehe. Dah lama tak rasai suasana hutan hutan macam ni. Excited la budak budak semua especially Uyum. Dia punya excited, dia ingat pegi situ dapat naik ATV tapi nan ado la ye. Kita datang nak makan je Uyum oii hahaha 🤣 maybe lenkali kita datang lagi untuk enjoy aktiviti plak ke kan. 



Ada banyak tempat untuk ootd tau! Tapi biasa la boodak ni tengok mood juga la kan nak bergambar. Yang tukang snap pun macam mood kelaut nak snap snap hahaha.. So kita layan aje mana yang sempat.. (rasa menyesal pulak x amek gambar banyak banyak). 



Eh ada kambing laaa!! Korang tengok budak budak ni. Jahanam mampos plak kang kambing orang tu hahaa... Ada plak dibaginya makan daun plastik hiasan tu!! Memang nak kena la sorang sorang ni!! 

Meng embek embek je la kambing tu.
Kalau bole cakap, konpom dimaki nya budak budak tu kan sebab bagi dia harapan pelesu (sebab acah acah daun plastik tu) 😅


Ada tempat bole snap snap gambar tapi ako yang ngeri plak nak sampai kat atas tu hahaa..  Ada buaian extreme macam ala ala ko snap gmbr tengah buai atas pokok.. Eh eh ala macam kat bandung or mana lagi tempat ada buaian camtu eh.. (korang bole bayang kan kan kan😅) 


Ini buaian biasa la.. Yang ini pun ako rasa kukuh ke idok ni hahaha... 

Tu si aqeem.. Masa ni dah lepas kes terjatuh tu.  Terpaksa la menten tangan tu sebab masa ni tak rasa sakit sangat lagi kan. 

Eh cop!!! Hahahaha apa kes gi makan tapi gambar makanan nya mano??? 😂😂

Ya allah lupa gila oiii nak snap!! 
Kekdahnya tunggu lama sangat. Tapi berbaloii baloi. Kami order nasi putih lauk daging lemak salai dan ayam sambal. 

Dia set lunch sekali dihidangkan bersama telur dadar, salad, timun, belacan. 

Yang best tu walau kena tunggu lama tapi berbaloi sebab nya makanan is fresh dia masak on da spot semua menu tu. Memang sedap la dapat makan ayam panas panas.. Telur panas panas.. Even sambal pun panas panas oii!! 

So tak perlu komplen dapat makanan lambat. Bagi thumbs up sebab makanan is super SEDAP!!! 

Sorry la ye terlupa sangat nak snap gambar makanan haha masing masing dah kelaparan kekdahnya. 

Rasa kena repeat lagi ni 🤣🤣🤣

Untuk korang yang nak cuba tapi mesti SABAR ye, bole la ke

Dapor Pompuan Chantek
Kg JKIN Resort ( ATV Extreme Park) 
Jalan lama Bukit Putus, 
Seremban-Kuala Pilah
011-20893883

Nota Jemari: ingat! Sedap itu subjektif 😁


Post a Comment

17 Comments

  1. wahhhhhhh menarik jugak ada ATV extreme park! hehehe

    ReplyDelete
  2. Uyum dah excited nak naik ATV tu. Kena repeatlah nampaknya ni dengan gambar makanan pun tak ambil. hihi..Nak bergambar kat spot² tu kena bayar tak KakRet? Haritu tengok orang share macam kena bayar. Baiklah, nanti kot rajin boleh singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tulis kena bayar tapi bdk2 ni gi tanya aritu.. Bdk yg jaga tu ckp tak perlu.. Tak tau la rezeki diorang kot

      Delete
    2. Klu fizah yang snap gmbr tu nnt.. X lawa pun bole jadi lawa hahaha...

      Delete
    3. Ohh..kalau free untung sangat..kalau setiap tempat kena bayar jenuh jugaklah kan. Hihi..amek gambar kena mood okay KakRet. Kalau tidak, kegaung lawanya nanti. Btw, ada typo pada tajuk dan alamat bawah tu..Chantek :)

      Delete
  3. makanan lambat tu agaknya dia bagi masa bergambar dulu hehe

    ReplyDelete
  4. food sedap tunggu lama pun x pe....hehe...jln2 dulu, lawat kawasan...

    ReplyDelete
  5. Ok next time boleh cuba. Lama tak lalu jalan bukit putus. Best jugak makan panas-panas dengan suasana hutan

    ReplyDelete
  6. ala bru nk tgk gmbr mknn. nmpknya ako kena pegi la ni..haha

    ReplyDelete
  7. Fuhhyooooo, menarik nampak! Yass, kena pergi lagi.. Sila lah pergi lagi 😂 Make sure mood okkayh.. Baru penuh entri dengan gambo 🤭

    ReplyDelete
  8. Kalau sedap takpe tunggu lama. Nasib baik ada pemandangan dan benda-benda yang boleh melekakan sementara tunggu.

    ReplyDelete
  9. wahhh beat ni
    ciknur tgk buah kat seremban naik sini. Menarikkk

    ReplyDelete
  10. Uik..apesal SA macam x tau plak kewujudan tempat ni...

    ReplyDelete
  11. Macam menarik tempat ni...bila dah viral mesti ramai orang kan

    ReplyDelete
  12. Best nie datng dan ootd.. Lepas tu da penat makan.. hehehe..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com