Patut nya nak publish entry ni semalam tapi seharian semalam ako tetiba demam.
Memang melepek je la dari pagi sampai la ke petang.
Dah lewat petang baru kebah sket dan alhamdulilah malam tadi rasa cam dah segar sket.
Ntah tiba-tiba plak jatuh sakit kan. Nasib baik la memang ako on leave semalam dan hari ni.
Agaknya memang badan ni soh betul betul rehat kan sebab dah alang-alang bercuti tu 😅

Bulan lepas memang rasa cam kurang entry.
Mood memang ke laut sket.
Harapan bulan ni mood kembali ceria.

OK jom la kita tengok awal bulan ni entry harus la kita ucapkan terima kasih kepada Top 10 komentator kat blog anakomak ni kan. Walau ramai je yang datang menyinggah sekejap ke sini tanpa tinggalkan jejak, tetap ako ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga. Sebab korang la antara penyebab trafik blog ni tetap naik dan teruk naik, insyallah!!

Buat mereka kat senarai atas tu, memang superb la kan sebab tersenarai antara yang rajin meninggalkan jejak kat sini. 

Memandangkan ako masih belum berkesempatan nak pos hadiah-hadiah untuk pemenang-pemenang bagi 2 bulan yang lepas, maka nya bulan Ogos ni pun ako memilih seorang je pemenang nya! Tahniah buat SISLIN!! Anda berjaya menjadi pengomen terbanyak bagi bulan Ogos. Insyallah hadiah terkumpul bakal menyusul ye hahaha....

Buat yang lelain, tahniah dan terima kasih juga sebab masih sudi menjenguk ke sini...
Komen sepatah dua kata...
Tanpa korang memang tak menjadi la blog anakomak ni!!

Terima kasih banyak-banyak!

Nota Jemari: menghitung hari...