BERBUKA DI KAMPUNG RESORT CAFE by SUNWAY HOTEL - 12 Ramadhan - Ako Tetap Ako

BERBUKA DI KAMPUNG RESORT CAFE by SUNWAY HOTEL - 12 Ramadhan

 

Ini last minit punya plan.
Kisahnya MAMA uyum kena berbuka ngan ex-student dia kat SOUKA USJ sabtu lepas.
So dia plan nak bawa Uyum teman dia sekali, then tinggal la nina & abang aqeem je nanti berbuka.
Ermmm cam x best je kan. Hahaha Maka nya tangan ni dok gatal la mengugel hotel yang berdekatan ngan USJ tu, kot-kot la bole staycation dan berbuka sekali.

Cari punya cari, berkenan plak nak stay kat Sunway Pyramid Hotel.
Kebetulan ada offer bilik "Jemput Makan Staycation", harga bilik RM499 termasuk berbuka & sahur untuk 2 orang dewasa. Eh cam menarik, so ako pun terus la membuat tempahan promo ni.

Dah booking semua, pastu cam rasa x best plak makan ngan aqeem berdua je.
Maka nya kita pun roger la member sekolah sorang ni.
Sebab dia pun konpom berbuka sengsorang je nanti.
Nasib baik dia ON aje. 

Ok jap meh nak terang kan sikit.
Tadi dah bgtau kan harga staycation termasuk berbuka untuk 2 orang DEWASA kan?!
So, sebab ako bawa aqeem, jadi kena add-on harga budak la ye.
OK dijadikan cerita, MAMA uyum plan nak join juga makan kat otel lepas dia berbuka ngan bekas anak-anak murid dia tu. Maka nya kena la add-on lagi 1 harga dewasa, betul tak?
Memandangkan harga asal buffet kat  otel tu RM178 dewasa, RM68 kanak-kanak cam mahal 'sikit' haha... ako pun tergerak saja la gugel kot-kot ada promo kat mana-mana buffet sunway ni. Dan nasib memang bertuah!! Lazada ada buat promo RM135 tapi kalau ko claim voucher RM10 kat situ,jadi la harga RM125 sahaja.

Yeay, jimat la sikit!
Ha lupa, yang harga budak pun ada discount lagi.
Offer "Jemput Makan Staycation" ni, kalau kita nak add-on budak, dapat la discount 20%.
Ha jimat lagi 😅


Check in pukul 2 petang...
Bilik dia standard je, tak besar pun untuk pakej promo ni.
Just nice untuk kami berempat.


Usai solat zohor, kami pun merayap la kejap ke Sunway Pyramid.
Jenjalan, cari baju 'raya' budak-budak ni.
Makan-makan, eh eh makan tu untuk uyum sorang je la.
Jenuh kena teman dia nak makan eskrem!
Layaannn sambil tengok orang main ice skating.
Seriau gak kalau-kalau uyum tetiba cakap, "na, jom main skating!"
Ah sudah, nina pun bukan reti sangat, kang jatuh tergolek, haru je 😁
Tapi nasib dia x minat.
Makan eskrem lagi menarik kata nya wkakakaka, selamat!!!

Pukul 5 petang kita balik bilik.
Rehat kejap, solat asar, mandi dan bersiap untuk berbuka.


Jam 6:30 petang, kita turun ke lobi.
MAMA dah booking grab. Malas nak drive ke SOUKA kata nya.
Pastu kawan ako pun dah sampai kat parking.
Pakat jumpa kat lobi je dulu.

Uyum excited nak naik grab!
Hahaha selalu tengok grab moto ni.
Dia expect nak naik grab kete yg ada tulis grab tu.
Tapi dapat 'grab' macam kete nina je kan...
frust kata nya hahaha... aish dia ni, ngengada tau!😆

Bila diorang dah gerak ke SOUKA, ako, member dan aqeem pun gerak la ke tempat berbuka yang terletak di Sunway Resort Hotel. Sebelah Sunway pyramid Hotel je pun.


Resort Cafe ni kat tepi hotel je.
Ingat kena masuk ke lobi Hotel Sunway Resort, rupa nya tak payah sampai ke lobi pun.
Besar tau tempat makan dia.


Tempat makan ada di dalam dan di luar.
Nasib baik tempat kami kat bahagian dalam.
Masuk-masuk je dah nampak meja.


Kami lepak-lepak dulu. Sampai pun macam awal plak rasanya.
Masa ni tak ramai lagi orang datang.
Ako pun me round la tengok makanan-makanan yang ada.
Makanan memang banyak gile pilihan, rambang mata dah nak makan mana dulu hahaha.


Ini ruang salad, buah, sambal belacan, kopok-kopok.
Kuih raya pun ada hahaha...









Tak perlu citer panjang-panjang, biar gambar berbicara, chewah hahaha...!
Dah makan kat otel kan, konpom korang kena expect macam-macam menu ado la kan hahah...
Tu antara menu-menu kat bahagian dalam.


Ha ni plak ruang makan kat luar.
Banyak bakar-bakar....






Macam-macam ado kan hahaha...
Agak-agak perut muat x nak sumbat semua sekali eh :p


Pastu kan tengah syok-syok makan, tetiba uyum ngan MAMA sampai.
Hahahah.... Bila budak ni dah ada, kecoh ar sket. Dibuatnya macam rumah sendiri.
Dari jauh dah terjerit panggil nama. Eh eh awak ni, ingat ni rumah awak ke?!😂

Ekceli banyak lagi gambar food tp malas lak ako nak tempek banyak2 kat sini haahha...
Muak plak tengok makanan je kan 😆

Cafe ni tutup 10:30 malam.
Kami lepak sampai dah nak tutup....
Bayar mahal ko, harus la semua mende nak kena rasa kan.


Membawang sambil mengopi.


Pastu kita menganyam plak.
Cite nya dah nk balik baru pasan derang ada sediakan cara-cara nak buat ketupat ni.
Agak nya sementara tunggu berbuka, dia soh kita 'buang masa' dengan anyam ketupat ni.😅

Dah kenyang, moh la balik.
Uyum dah terjerit-jerit ajak balik.
Dah ngantuk la tu.



Sahur esok pagi nya, jam 4:15 pagi kitorang dah terjaga.
Kata nya nanti diorang akan hantar makanan sahur dalam 4:30-5:30 pagi.
Dalam 4:45 pagi, derang datang ketuk pintu.
Alaaa bungkus je ke? hahaha
EH eh demand lak ko ye!!! 

OK laa jadi la untuk bersahur.
Nasib ako jenis yang x lalu sangat makan pepagi ni.

Overall, untuk berbuka kat Sunway Hotel sangat la berbaloi..
Foods sedap-sedap belaka tapi sedap tu subjektif ye! 😁
Cuma sahur je la, nothing special.

Agak-agak ada chance lagi tak nak staycation bulan ramadhan ni?
#JanganKecamKamie🙊

Nota Jemari: Kadang bosan plak citer pasal makan tapi dah nama pun ramadhan hahaah

12 comments:

  1. Bestnya berbuka puasa dan bersayur di hotel

    ReplyDelete
  2. Kalau bulan puasa saya tidak larat makan banyak jadi rugi kalau buka di hotel. Tapi Cik Ako lepak lama sampai 10:30 kira berbaloi. Hehe nasib baik lepas itu cuma pergi ke bilik hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita hehehe, jenis tak makan banyak, kakak abang saya cakap rugi bawak saya hahahaha

      Delete
  3. Best gak staycation pakej berbuka dan sahur kat Hotel. Last minit punya plan, macam-macam jadinya. Penuh aktiviti terus :)

    ReplyDelete
  4. Wahahh bestnya berbuka puasa di hotel

    ReplyDelete
  5. best betul la buka puasa dan sahur kat hotel..SA thun ni tak berkesempatan nampaknya..x leh nak seludup kakak dania la..rasa nak gak seludup dia..tapi macam tak berani..hahaha

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaaa staycation sampai sahur sekali!
    Even plan last minit, tapi tetap menjadi ye kak ret hahaha.

    ReplyDelete
  7. wahh byknya mknn. rambang mata nk pilihh. best tu staycation dkt hotel tmbh2 bln puasa ni

    ReplyDelete
  8. seronoknya.. saya pernah sekali je staycation masa ramadhan..
    tahun ni xdak perancangan tu so cuci mata jela tengok orang up menu buffet hehe..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah staycation bulan Ramadan. Lagipun sejenis tak makan banyak, so rugi makan buffet. Seronok nampak Uyum. Anyam ketupat sekali x?

    ReplyDelete
  10. berbaloi jugak harganya tu sekali staycation dengan sahur and berbuka...menu berbuka pun meriah! bolehhh, staycation lah lagiii..hahahah

    ReplyDelete
  11. seronok nyaaaa makan dekat hotel tuu. nampak sedap2 semuaaanyaaa. haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.