Cerita Keropok Ikan - Ako Tetap Ako

Cerita Keropok Ikan


Sejak PKP memang dah jarang nak kluar gi beli barang dapur.
Selalu akan order online je dari TESCO.
Baru-baru ni garam dah abis.
So kita ingat nak la order dari tesco.
Bila hari penghantaran barang-barang dari TESCO tiba, garam takde!
Ermm sebab kan kita suka garam HIMALAYA, maka nya kita cuba je la nasib order kat kedai online lain. Kali ni kita try GRAB MART plak. Cari punya cari yang ada jual garam ni hanya kat kedai HIRO.

OK la, kita pun pilih la kedai HIRO.
Tapi takkan nak soh dia hantar garam je kan, maka nya kita pun klik la mende lain lagi.


Kita nampak dia tulis keropok ikan.
Dalam list memang la takde gambar kan.
Kita assume keropok ikan yang biasa kita beli yang warna gelap-gelap tu.
Tapi bila kita terima, eh eh kopok ni warna kuning la!


Pastu kita tengok 'berkilat' jenis kopok nya.
Hahaha ni ikan jenis apa dia buat ni???
Kita is pertama kali tengok kepok warna selain putih or hitam / cekelat.


So kita pun excited nak makan.
Nah, bila goreng nampak biasa je kan.
Nasib la sedap!!
Nak cakap rasa ikan, ada la sikit tapi macam ada rasa udang...
Eh Eh pape pun tekak kita suka kepok ni.
Next time bole beli lagi!.. 😁

Nota Jemari: semua pun ONLINE je skrg ni...

19 comments:

  1. Sama guna garam Himalaya.
    Oh memang lain warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaann!!
      Ni pun sebab adik yg try dulu...
      klu kita , mmg x tau pasal garam ni

      Delete
  2. pertama kali jg tengok keropok ikan kaler kuning mcm ni...ikan + udang kot..sib baik sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rasa dia campur kot... tp xde plak mention..

      Delete
  3. hahaaa... pernah tertipu dgn gambar, tulis camni lah kopok ikan tapi bila baca intinya udang. bedal je lah labu 😝😝😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan!! telan je ... tapi nasib la sdap gak

      Delete
  4. laian macam plak kepok ikannya ye..nasib baik sedap

    ReplyDelete
  5. garam himalaya tu saya guna kalau buat IF lebih 48jam hehe

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan keropok ikan kuning ni. Pelik betul

    ReplyDelete
  7. Saya pulak suka beli garam bukit halagel. Rugi beli satu barang, kena add sekali barang lain kan. hihi..pertama kali jugak ni tengok keropok kaler kuning. Mujurlah rasa sedap keropoknya tu. Kalau tidak, jenuh juga nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena beli 2 3 brg la jgk.. Klu x.. Tak berbaloi kan

      Delete
  8. krisis identiti kot keropok ikan ni. tak pernah tengok keropok ikan macam ni..haha

    ReplyDelete
  9. first time gak ni nampak keropok ikan kaler kuning...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.