Tadika Uyum yang asal tak buka lagi so kita daftarkan la Uyum kejap kat sekolah cousin Nina ni. Buat masa ni plan nak 'tumpang' kan kejap dalam 2 bulan kat tadika cousin.
Lagipun Uyum dah bosan dok umah lama-lama.
Kat sekolah 'baru' ni , Uyum suka sangat sebab banyak aktiviti.
Salah satu nya, setiap jumaat ada latihan taekwando.
Balik tengahari semalam amek dia, excited betul dia citer.
"Nina, Sir cakap uyum bagus! Pastu Uyum dapat sticker!" 😆
Tak nyempat-nyempat nak masuk kete, x sabar-sabar nak tunjuk sticker nya tu.
Pastu Uyum citer lagi, kat sekolah Ticer cakap Uyum ada progres, so arini Ticer bagi hadiah.
Nina tanya,
"Uyum nak pegi sekolah lama tak nanti?"
Uyum jawab,
"Uyum nak pegi sekolah baru sebab ada ramai kawan!"
Hahaha nampak sangat dah setahun lebih tak jumpa kengkawan sekolah lama.
Ntah dia ingat lagi ke idak kengkawan kat sana.
Masih dalam pertimbangan nak maintain kan Uyum sekolah baru sementara ni ke tak?!
Sebab banyak perkara kena dipikirkan.
Buat masa ni senang nak hantar Uyum sebab ako pun wfh.
Takut nanti dah tak WFH, agak leceh nak nak berulang ke sekolah baru ni.
Sekolah lama Uyum memang dekat ngan opis Nina.
Omak eh plak awal-awal pagi dah kena kluar.
Sebab opis omak eh kat Somban.
So, Nina la terpaksa jadi tukang hantar dan amek Uyum.
Ermm pape pun, akan dipikirkan lagi nanti....
Yang penting sekarang, harap Uyum dah bole kenal-kenal huruf, belajar 1,2,3.
Dan dah bole membaca ..
Nota Jemari: rasa nak benti keje, nak jadi 'makcik prebet sapu' hantar budak sekolah 😆
10 Comments
Seronok Uyum di sekolah baru. Ada aktiviti best boleh bertaekwando. Dapat sticker lagi. Seronok lah dia. Sekarang pun nak plan apa pun tak tahu sebab rules SOP KPM pun kejap kejap berubah gitu kan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn
ReplyDeletekaaan! harap dipermudahkan la segala urusan yang berkaitan...aminnn!
DeleteBagus idea ko tu nak berhenti keje, pastikan keluarkan i-Sinar tu dulu kakakakakah...
ReplyDeletetu la ada terpk gak nak kluarkan i sinar tu dulu hahaha...
Deletesonok tu.. walaupon byk cabaran ibu
ReplyDeletemlsh nya wak, aunty dia yg byk cabaran ni haahhaha
DeleteWah.. Bagusla Uyum hepi dan kembali aktif. Lama sangat tak sekolah pun bosan
ReplyDeleteye betul.. dia pun mmg dah bosan sgt dokkat rumah...
Deletedapat gi sek baru tu kemain seronok dia..
eh dah kenapa aku ingat Uyum tu kak Ret..padahal sebelum ni dah baca dah pasal Uyum...mesti tersampuk ngan Ayom Sis Lin ni..ahahahahhahaha!!!
ReplyDeleteBest sekolah bila kawan kawan best.. baru semangat.. gitu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com