Ako kenal dunia blog ni sejak 2003/2004.
Masa tu ako aktif menggunakan platform blogdrive.
Sesape yang pernah menggunakan blogdrive dulu mesti tau macam mana susah nya nak update satu-satu entry. Nak masuk gambar guna coding, nak edit list blogger lain pun kena tau coding.
Dari tak tau pape, pastu terror la sikit-sikit pasal coding.
Dan dari situ juga la ako kenal ngan beberapa blogger yang aktif di zaman itu , antara nya adalah "SODEP"! (dia dah x jadi blogger dah sekarang). Sodep la banyak tunjuk ajar kat ako tentang dunia blogging.

Pastu ako pernah juga menggunakan platform "wordpress".
Tapi tak lama sebab ako macam malas nak belajar nak godek-godek sistem wordpress.
Hahaha...

Lantas dunia blogging memperkenalkan platform "blogger.com".
Wah masa ni memang ramai yang beralih arah ke blogger.com termasuk la AKO dan geng-geng blogger yang ako kenal sewaktu itu.

Bila dah aktif di blogger.com, ako pun dengan SUKAHATI telah menutup terus blogdrive ako.
Mula la rasa menyesal sebab banyak sangat kenangan dan entry-entry yang buat ako rindu kat kengkawan blog.

Sekitar tahun 2009/2010 menyaksikan zaman kegemilangan ako berblogging!
Hahaha... Pastu ako dah kurang aktif beberapa tahun selepas tu atas sebab-sebab peribadi.
Nah, 2 tahun kebelakangan ni, SIS LIN la yang berjaya menarik balik minat ako untuk berblogging semula secara aktif. 

Kata nya nak membuatkan ako mencapai target PV sampai SATU JUTA view!!
Mula nya ako cakap susah nak capai target.
Sebab dah lama sangat tak buat entry.
Pastu tambahan plak nak tarik blogger baru untuk masuk ke blog kita, agak mustahil.
Nak harap kengkawan blogger yang seangkatan dulu, semua nya dah terkubur. hahaha..
Jadi ako takde la menaruh harapan sangat.


Tapi tengah malam tadi ako terperasan PV ako dah nak mencecah SATU JUTA!!
Omomo.... ai is tak sangka la kan.
Maka nya dengan rasa BERBESAR HATI, ako pun buat la satu entry untuk mencari korang yang dapat screenshot PV SATU JUTA itu.

Maaf sebab pendek sangat masa yang ako ada.
Tak sangka dalam beberapa jam, PV tu mencecah juga ke SATU JUTA.


TAHNIAH SIS LIN!!!
Awak memang selalu PANTAS dan BERTUAH!!

Dan memandangkan masa terlalu singkat, jadi ako tetarik nak cari korang yang dapat view ke SATU JUTA SATU RATUS!!


Wah tahniah CIKSUN!!
Walau tersasar sikit view nya tapi kalau dah nama nya BERTUAH, 
TUAH itu memang akan jadi milik anda!!!😍😍
Yang ini memang SPESEL sket ye! So CikSun sila nanti kan LION DANCE depan rumah ye nanti, wkakakaka.....😆😆


Sebab kan niat ako memang nak cari 3 orang yang bertuah kan, walaupun view nya dah tersasar jauh sangat disebabkan masa yang agak singkat, TAPI ako dengan rasa berbesar hati nak memberikan TUAH juga kepada ADINDA BAIZURA!!! Tahniah awak!

Terima kasih sebab sudi berkongsi TUAH dengan ako.
Insyallah cenderahati akan menyusul di depan rumah korang.
Tahniah sekali lagi kepada yang BERTUAH!!
Bagi yang kurang bertuah, jangan putus asa.
Semua pun memang bertuah ekceli cuma belum ada rezeki aje.

Nota Jemari: Seronok bila rezeki kita dapat di kongsi bersama