Cuti panjang CNY ni selalu nya mesti dah plan gi jalan-jalan kan.
Tapi sebab COVID n PKP, maka nya kita duduk dendiam aje la kat rumah ye.

Bosan kan kalau kena duduk rumah tapi takde aktiviti.
Maka nya moh la kita buat sesi mengemas rumah.
Kebetulan dalam bilik ni memang ada lemari yang nak kena buang.
So kita pun mula kan dengan mengemas pape yang patut dalam lemari tu.

Dah kemas lemari, kita nampak plak bag-bag travel.
Ermmm... macam nak let go je la.
Kebetulan bag-bag tu pun ada yang dah soploh tahun nyawa nya.
Belek-belek masih elok dan cantek lagi.
Tapi sebab tak tahu berapa lama lagi bole travel, moh la kita derma kan aje bag-bag tu.

Sebelum nak bagi orang, harus la kena kemas isi kandungan bag-bag dulu kan.


Syiok-syiok kemas terjumpa plak tiket-tiket masa gi Jepun dulu.
So kita pun snap la sebagai kenangan sebelum kita campak masuk plastik sampah 😂


Kemas-kemas lagi terjumpa plak kalendar Super Junior tahun 2015.
Hahaha kisah nya kalendar ni ako beli untuk sahabat di JB.
Tapi agak nya terlupa nak pos dan terlupa letak kat mana, sudah nya tahun 2021 baru la terjumpa ni. Hadoi nampak sangat berapa lama tak kemas bilik kan?!🙈


Ya allah, barang yang satu ni memang betul-betul ako hilang ingatan.
Pesanan dari teman sekolah.
Tahun 2010.
Duit peringatan sempena 50 tahun Hari Kemerdekaan.

Adoii..... memang DIA buka hati ako untuk mengemas dan terjumpa balik barang-barang yang ako sangka dah hilang rupanya tersalah letak.

Alhamdulilah, nasib la dua hari lepas dapat contact balik ngan member sekolah tu.
Dapat juga minta maaf kat dia sebab ingatkan 'duit' ni dah hilang rupanya tersalah letak.
Bayang kan, member tu pun dah x menetap kat Malaysia.
Maka nya harus la ako simpan bebaik duit ni.
Insyallah satu hari kalau dia dapat pulang ke sini, kalau ada jodoh and rezeki jumpa, bole la ako pulangkan balik duit yang dah lebih soploh tahun dalam simpanan ako ni.

Ekceli banyak lagi barang-barang lain yang ako terjumpa.😅
Lepas dah mengemas ni, harapnya takde la ako nak menambah lagi koleksi 'barangan kehendak' 

Nota Jemari: Bag kosong tu nanti ako akan isi dengan baju-baju lama yang nak diderma kan.