Assalamualaikum...
Dah beberapa hari tak bersiaran kan...
Ekceli sejak Jumaat aritu ako kurang sihat.
Asal nya terkena "urine infection" atau "kencing berdarah" or kadang orang panggil "kencing kotor".
Malam sebelum nya lepas je dinner badan rasa tak sedap.
Sakit kat pundi kencing jangan citer la.
Sakit macam period pain pun ada juga,
Kejang kaki, mual semua pun ada.
So malam tu minta tolong adik hantar gi klinik.
Memandangkan dah pukul 9 malam, so kita pun cari klinik yang masih dibuka je la kan.
Nasib klinik yang ako pegi malam tu takde orang.
Jumpa doktor n test air kencing, sah memang kena urine infection.
Air kencing ako banyak betul darah nya.
Memula doktor tanya gak kalau-kalau ako tengah period.
Ako cakap tak sebab baru je seminggu abis period ako.
Then tanya ada alah ubat pape ke, so far seingat ako memang takde alah kat memana ubat.
Doktor soh monitor dalam 2 hari kalau-kalau sakit infection tak berkurang.
Sebab nya takut kena batu karang or penyakit lain plak ke.
Sempat juga check blood preasure, ermmm tinggi gila BP ako!!
Doktor minta monitor juga BP ni kat rumah.
Nasib la kebetulan baru-baru ni ada terbeli set blood preasure ni dari shopee.
Hahah berguna juga shoping kat shoppee kan.
So bermula la dalam 2/3 hari ako monitor BP.
Ermm bacaan tu memanjang tak berapa nak cantek.
Risau gak.
So berbalik citer kat klinik tadi.....
Dah selesai urusan ngan doktor n dapat ubat, moh la kita pulang.
Masa tengah tunggu ubat sekali ako muntah.
Pastu on da way nak sampai rumah, ako soh adik benti tepi jalan sebab dah tak tahan nak muntah lagi.
Bila sampai je rumah terus cecepat ako telan ubat yang dapat tadi.
Dan bermula episod bertambah nya sakit malam tu.
Tak boleh nak tido.
Dada rasa berdenyut macam kena cucuk.
Ako dah cuak!!!
Tapi ako tahan je sakit tu n paksa diri untuk lelapkan juga mata.
Pagi sabtu, bangun sakit lagi dada.
Kali ni sakit kat bahagian kiri kat tulang rusuk.
Masih boleh bertahan.
Pagi ahad, pagi tadi... sakit dada kat bahagian tengah plak.
OK kali ni ako betul-betul tak sedap hati.
So ajak la adik gi klinik.
Kali ni kita gi Klinik lain.
Cerita kat doktor dari A sampai Z.
Doktor pun belek ubat yang ako makan.
Ermm dia pun terkejut sebab dua ubat yang ako makan tu kalau di combine kan memang punca bole dapat gastrik!!
Allah!!
Patut la badan rasa sakit yang amat!!
Doktor pun check BP ako.
Ermm ok tinggi sangat.
So dia suggest buat ECG, takut jantung ada terkesan.
Alhamdulilah, bacaan ECG normal.
Cuma sebab BP tinggi, so dia suggest check gula dan kolestrol sekali.
Tapi dia suggest sihat kan dulu yang 'gastrik' ni.
Minggu depan insyallah datang balik buat check up sugar, koletsrol & juga ultrasound utk check buah pinggang sekali.
Part ECG tu memang rasa lega sangat.
Bukan apa, takut sebab parents ako kan dedua nya ada sakit jantung.
So, ako memang berharap sangat jangan la ako pun terkena.
Dalam seminggu ni, insyallah ako kena sihat kan dulu badan dari penyakit gastrik yang tetiba menyerang ni. Kalau takde aral, sabtu ako jumpa doktor and buat check up balik.
Doakan yang bebaik aje ye.
Dah makin 'matang' badan ni, seriau juga macam-macam penyakit senang je nak datang.
Nota Jemari: Tahun lepas tak buat full checkup, so tahun ni kena buat juga!!
16 Comments
semoga sembuh cepat ye cik kak., aminn
ReplyDeleteAmin.. YRA
DeleteMoga Ako cepat sembuh :)
ReplyDeleteInsyallah amin amin..
DeleteTakut juga ya tidak tahu penyakit apa sebenarnya.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
Amin... Tq
DeleteAllahu. Kesiannya kak Ret. Betul la, check up kena buat selalu. Nampaknya kalau ada gastrik kena hati-hati la bila ambil ubat. UTI ni kalau pernah kena memang faham la siksanya. Rasa nak berumah dalam tandas
ReplyDeleteKaaann!! Mmg rasa bk tido dlm tandas je ms kena UTi tu.. Ni salah ubat x pasal2 dpt gastrik plk
DeleteAdakala sebab ubat pun belh dapat gastrik..memang akan panic masa tu..SA pun pernah rasa sakit yang sama sampai ingat dh terkena serangan jantung,buat ECG nasib ok
ReplyDeleteBetul!! Ya allah seriau kan sbb dada tetiba sakit mcm sesak napas pun.. Ms kena tu mmg dh terpk jgn la kena sakit jantung.. X bole tido dibuatnya.. Berdebo2 dia lain mcm..
DeleteAllahu, banyak dugaannya tu. Ikut nasihat doktor dulu ye Kak Ret. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aaminnn
ReplyDeleteinsyallah.... x sabar nak jadi sihat balik...
DeleteUitt apa cite? Dah ook tak? Nanti update group tau.. jangan dendiammmm...
ReplyDeleteAllahu memang ada ubat yang kalo salah combine, boleh ada side effect kepada sesetengah penerima..
ReplyDeletetu ubat antibiotik tu sama macam ubat saya tengah makan sekarang...hihi
tu laaaaa sakit gilaaa...
Deleteasyik la berdenyut2 menyucuk2 perut ni..
dada jgn ckp la , debo dia len macam...huhuhuwaaaaa
gastrik weii tiba2...
ReplyDeleteperut jadi kriul kriuk...
dada jadi berdegup kencang...
denyut2 mcm kena cucuk perut ni..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com