Dah soploh tahun tak jejak Bandung. Last jejak ngan sislin tahun 2016 kan.

Boleh baca sini --> 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari keempat, yehaa arini kami akan ke Bandung. Kami ke bandung dengan menaiki tren Panoramic by KAI (mcm KTMB) cuma yang special nya koc panoramic ni hanya 1 koc je tau! Dan of coz la tiket pun limited kan sebab ramai berpusu pusu nak naik koc yang satu ni. Pembelian tiket dari apps KAI. Hal berkenaan tiket kat sana memang Fanny yang uruskan.

Awal plan memang kami nak sarapan di Bandung, jadinya harus la amek tren di awal pagi ye. Perjalanan panoramic tren ni ambil masa lebih kurang 3 jam 10 min camtu la. Memandangkan tren kami jam 6:35 pagi, jadi kena la berada di stasiun Gambir 1 jam lebih awal ye.

.:last ako jejak stasiun gambir zaman sekolah rendah:. 😅



Kami sampai lebih kurang 5:40 pagi. Fanny lambat sket masa ni. So kita park la dulu sementara tunggu fanny sampai. Then ako tengok invoice tiket. Ermm macam ada yang x kena je sebab nya QR ada satu je. Maka tergerak nak pi tanya kat kaunter. Ok rupa nya kalau book online memang kena redeem ye kat kioks mesin untuk dapat tiket fizikal. Hahaha nasib baik la tergerak nak tanya.


Mudah je nak redeem tiket. Sama je konsep macam print boarding pass airlines. Harga tiket panoramic ni antara Rp400,000 ke Rp450,000.


Laaa tak tau plak tiket koc panoramic ni rupanya sama konsep ko naik ETS business class. Boleh menunggu di luxury lounge diorang kat tingkat atas. Kalau ku tahu awal² dah ajak diorang menunggu terus kat situ haha. So lepas ni buat korang korang yang nak naik panoramic, boleh la ke Luxury Lounge ni sementara menunggu giliran untuk berlepas.



Free flow of kueh dan tea or kupi ye. Wah bagus la kan, sementara nak tunggu dipanggil untuk boarding, boleh la kita alas perut dulu.


Luas la juga tempat menunggu tu. 


Tiba waktu boarding, moh la kita naik. Koc panoramic ni koc paling depan. Masuk je koc nak letak bag, dah ada pramugari tunggu untuk letak tag nama kat setiap bag. Pastu nanti dia akan tolong susunkan. Kita terus je cari tempat duduk.
 

Train to Busan eh eh Train to Bandung 🤣🤣 let's go!!


Panoramic train ni mempunyai tingkap yang luas. Disarankan kalau korang ke Bandung pastikan memilih seat di belah kanan kerana view lagi cantek. Kalau korang pulang ke Jakarta naik panoramic, pilih la seat di belah kanan. 

Kalau datang ramai ramai, amek seat sederet dari depan ke belakang. Jangan amek seat bersebelahan kerana nanti bila seat tu dipusingkan, korang akan dapat duduk sederet satu family.



Legroom dia luas sangat. Ako rasa lagi luas dari ETS business class kita. Tempat kaki dia pun best. Pijak je terus lock. Plug pun setiap kusi ada. Tapi plug dia kat bahagian depan kaki kita tu. Meja tangan ada cuma takde skrin tv macam yang kat ETS tu ye. 



Kerusi jangan citer la weii sangat selesa. Macam kusi flight business airasia ( haha bole tak compare camtu?) 🤪


Dapat snek .. ako and sislin siap bet, "agak-agak dapat souvenir tak macam dalam ETS?"...

Ako cakap takde, sislin cakap ada..

Nah, bila buka hahah ok ako menang! 🤣🤣

Sebab tren pagi, so dia bagi snek roti & popcorn serta ait kelapa dan mineral. Roti tu betul betul fresh kayak baru kluar dari oven gitu. Lembut dan moist. Memang tak tunggu terus di ngap aje masuk mulut 😜😜


Sempat lagi kitorang order nasi ayam geprek. Hahah selagi nampak makanan, selagi tu la mesti nak beli😅

.:Baju kuning tu pramugara dia ye:.

Pastu kan tiba la masa nya untuk kita duduk menghadap tingkap. Dengan kerajinan yang ada, ako pun tolong sama memusingkan kerusi-kerusi diorang yang lain hahaha. Tetiba rasa sonok plak tolong pusingkan kusi diorang😆



Taaadaaaaa..... hasil pusingan kerusi, dapat la duduk sederet kan. Nasihat ako sila pergi toilet dulu sebelum sesi memusing kerusi ni. Haha kalau dapat seat tengah-tengah, satu keje plak ko nak soh orang lain bangun bagi ruang ko kluar. Tapi kalau kebetulan ada pramugari/pramugara dia lalu lalang, boleh je ko minta tolong mereka untuk pusingkan balik kerusi ko untuk ko kluar.



Ekceli ako tak banyak amek gambar pemandangan nya haaha.. Itu kita serah je kat sislin, carney n fanny ye. Saat ni ako lebih suka duduk bersandar menikmati luar tingkap yang luas. Disetiap destinasi atau tempat yang menarik akan ada annoucement pemberitahuan tentang view yang kita lihat.


Perjalanan selama 3 jam 10 minit apa la sangat kan kalau dibandingkan naik tren ke Padang Besar tu. So pejam celik pejam celik kita dah sampai stasiun Bandung. Alhamdulilah smooth je tren nya. 

Dari sini kami amek bluebird untuk ke Hotel dulu. Kami dapat driver pompuan. Nice, kereta pun baru. 

.:apa beza bluebird and goldenbird? ok jom kita tanya fanny:.😜


Alhamdulilah sampai sudah di Hotel Grand tebu, penginapan kami sepanjang di Bandung. Tebu ni pun ada beberapa cabang ye. Rupanya area hotel ni ada macam-macam jenis makanan. Cuma nya kami je yang tak sempat nak exlore. Malam terakhir tu baru perasan, kedai-kedai yang viral, ada je berdekatan hotel. Itupun terperasan masa kami jalan kaki balik dari Heritage. 



Lobi dia tak besar , tak juga kecil. Just nice je buat menunggu giliran untuk masuk bilik. Tapi masa ni kami belum dapat check-in sebab masih terlalu awal. Jadi kitorang just letak luggage je dulu kat lobi.

.:Tugas Fanny uruskan check-in hotel di Bandung:.
.

Since tak boleh nak masuk bilik lagi tapi kita share dulu gambar bilik nya ye. Kami booking bilik jenis loft. Sesuai untuk family dan 4 orang dewasa. Ada satu katil double di bawah, dan 1 katil double di tingkat atas. Bilik ni takde la luas sangat jadi memasing kena la pandai-pandai susun kedudukan luggage masing-masing ye. 


Tilam dia sedap wei hahaha.. cuma bantal tu takde la gebu sangat dan takde la plak terlalu lembik or nipis. Just nice je untuk tido. Harus la lena dibuai mimpi 😆


Complimentary coffee and tea dan juga mineral kecil ye. Hahah dalam bilik ni ada juga disediakan botol mineral yang besar. Rupanya yang besar tu kena bayar tau dalam Rp18,000. Camne ntah boleh tak perasan plak dia letak harga kat penutup botol😅


Katil kat bahagian atas. Kira tilam je la kan. Still selesa. 


Dekat atas pun ada tv tau.. Jadi nya tv ada 2, satu dibawah, satu di atas. Tak berebut nak tengok cerita.

Selesai park lugagge, jom la kita sarapan dulu. Tapi kita bersambung di lain entry la ye.
So jumpa lagi nanti.

Nota Jemari: eh ako belum shopping lagi kan? 😅