Hari ketiga di Bandung.
Dari malam tadi nya ako dah start tak sedap badan.
Perut buat hal plak. Cirit birit plus muntah-muntah sampai ke pagi.
Sudah nya terpaksa cancel 1 day trip ke Jakarta untuk hari ni.
Dari malam tadi yang ako dah start kena food poisoning, kami dah sesiap call supir, inform yang trip pagi ni terpaksa cancel. Nasib baik la team Diati ok dan dapat la refund duit untuk trip Jakarta. Alhamdulilah.
Memandangkan pagi tu ako masih rasa tak selesa, terpaksa SISLIN menunggu sampai ako betul-betul OK then baru la kita plan apa yang harus di buat untuk hari ketiga ni. Ekceli nak gi klinik pagi tu pun rasa tak larat dah , lagipun kat tempat orang kan so kita bertabah je la ye menahan sakit nya tu.😅
Lebih kurang jam 9 or 10 pagi camtu ako dah rasa better sikit.
Bangun dan terus bersiap.
Contact supir bagitau bole fetch kami untuk bawa gi breakfast dulu.
Sebabkan perut baru je nak ok kan, so ako bgtau supir tak nak makan yang pelik-pelik pagi tu haha..
Kang tak pasal-pasal kena cirit birit lagi. Maka nya kami ke McDonalds aje la ye. Ha yang ini konpom bole telan kan. Walau selera tu belum ada lagi tapi makan tetap kena makan.
Sorry ye SISLIN, plan dah lari kelaut.
Padahal memasing dah excited nak jalan-jalan kota Jakarta time tu.
Maybe lain kali kita repeat ke Jakarta plak k.
Takde arah tuju sebenarnya ni.
Bincang-bincang kami soh bawa ke Toko Tiga je la.
Saja cuci-cuci mata, kot ada yang berkenan bole je sambar seketul dua kan😁 (tetiba jadi sihat plak bila bersoping)
Lama juga lepak kat sini.
Pastu kita suruh supir hantar ke kedai lain plak.
Pastu dah waktu lunch je tetiba hahha...
Tekak teringin nak telan nasi. Moh la kita ke Restoran Sederhana Masakan Padang.
Tak silap yang ini kami pergi branch di Jalan Setia Budi.
Perghhh tengok macam-macam lauk tetiba berselera rasanya.
Cuma ako takde la amek lauk yang pelik-pelik ye hahhaa...
Paling-paling pun ako makan ayam goreng dengan cili ijo ni wajib😅
Alhamdulilah rasa berbaloi sangat malam tadi dah buang segala isi perut, tengahari ni dapat plak isi makanan yang sedap-sedap hahaha.
Pastu supir bawa kita beli brownies di Amanda Brownies.
Ada beza brownies kartika sari dan amanda ni.
Tapi sebab dah lama kan of coz dah tak ingat camne rasa nya haha.
On da way nak ke Kartika Sari, hujan turun dengan lebat nya.
Tapi dah alang-alang sampai, kita redah je la hujan tu kan.
Kat sini memang kami memborong sakan la.
Siap minta dia pack kan dalam kotak terus.
Lama tak pegi kan, sekali dah sampai memang sakan la membelinya.
Agak lama juga kami kat situ sebab ramai sangat orang.
Nak tunggu staff dia melayan sorang-sorang especially yang banyak songeh macam ako ni , nak soh dia bungkus kan lagi, nak beratur membayar pun punya la panjang hahah.
Tapi tak silap ako kat situ ada 2 3 cashier so takde la terasa lama sangat kena beratur.
Setel sopiing, hujan pun dah reda, kita tanya supir kat mana bole makan bakso?!
Tetiba tekak terasa plak nak makan bakso.
Maka supir pun bawa la kami ke kedai ni.
Ramai gila orang oiii..!!
So ako assume kedai ni memang femes la ye.
Ekceli bila dah masuk kedai dan dah duduk tetiba kami blur nak order apa.
Sebab tengok keliling macam-macam jenis bakso ada kat situ.
Tengok orang sebelah makan apa, punya la banyak tulang ke daging nya tu.
Bila amek order kami just tunjuk je nak macam orang sebelah hahaha...
Sekali smapai besar gedabak bakso nya.
Ekceli seriau gak nak telan ni. Takut kang sakit perut berulang lagi.
Hirup kuah sikit demi sikit, pastu emmm....
Macam tergamam gitu hehehe... sebab lain dari yang kita rasa kalau kat malaysia ye😅
Terkulat-kulat juga nak perabihkan nya.
Honestly cakap, kami x makan sangat pun bakso siang tadi tu.
Hahaha dah malam nya terus kelaparan yang amat.
Supir bawa kita ke Stone Cafe.
Masa kat Stone cafe ni, perut dan kepala ako dah start sakit balik.
Tengok menu pun cam xde selera tapi still kena isi sebab perut dah start masuk angin ni.
Sementara tunggu makanan sampai, sempat plak ako mencari ubat kat situ.
Terpaksa gagahkan diri minta supir tolong tanya kan kat tukang cafe kalau-kalau diorang ada panadol. Dan alhamdulilah, nasib diorang ada first aid ubat-ubatan. Dapat le ako telan seketul panadol di situ juga.
Ikutkan makanan tu nampak menarik sangat tapi sebab selera ako takde, jadi ako hanya dapat jamah sikit je la. Bila balik hotel rasa cam menyesal x makan banyak kat cafe ni. 😅
Sebelum balik hotel, kami minta supir hantarkan kami ke pusat spa.
Badan ako kan macam letih-letih gitu, tu yang nak gi berurut.
Tetiba rasa cam nak demam urat.
Berurut di sana memang sangat puas hati!!
Lembut n gemalai perkerja-pekerja dia.
Pastu masa tu hanya kami berdua je, memang dapat layanan yang tip top la.
Eh harga pun not bad tau! Takde la mahal sangat.
Ikutkan hari-hari nak lepak spa hahaha...
Kami melepak sampai spa nak tutup.
Massage ala ala Thai ngan massage ala-ala Bali.
Confirm Bali lagi syiok kan😍
Nota Jemari: Kalau pergi bercuti, kena bawak ubat-ubatan sendiri kan... malang tak berbau
19 Comments
Hehe larat juga berjalan walaupun sakit perut.
ReplyDeleteBanyak kali juga ya singgah makan.
Bagusnya boleh minta batalkan perjalanan ke Jakarta.
Sedapnya dapat jalan2 negara orang..
ReplyDeleteMakanannya belum serasi lagi dengan perut kita orang Malaysia agaknya. Takpelah, next time kena datang lagi baru boleh jalan sakan. Hujung hujung dapat juga ber spa memanjakan diri kejap.
ReplyDeleteSeronoknyaaa dapat pegi bandung.. ngok bakso dia. Yaaa Rabbi. Dapnyaaaaa
ReplyDeletedapat la skali pegi sna.. konon nk repeat.... tp dah kene kobid...
ReplyDeletewahh nostalgia gi bandung ni,. bestkan shopping sakannns ;p
ReplyDeleteSedihh kan kak ret bila bercuti, tiba tiba sakit. Saya pernah demam masa pergi vietnam. Memang takde mood langsung, last last dapat pergi jalan ke tempat dekat dekat je sebab family kesiankan saya hahaha. Tapi bila dengar shopping, auto rasa sihat HAHAHAHAHA.
ReplyDeletePernahhh sampai Kartika Seni, rambang mata, rasa nak beli semua benda dalam tu hahahaha >.<
Makanan pun mesti sedap2 kan
ReplyDeleteAlahai..kesiannya..so wjib repeat balik ni...and wajib bawak SA....hahahaha...apapun pengalaman di negara orang kan..macam SA demam di Vietnam...tapi layankan aje...demam pun demam la..
ReplyDeleteInsyallah ada rezeki kita repeat lagi 😬
DeleteAla, rindunya nak pergi travel...
ReplyDeleteKaaannm!!!
DeleteSelamat berbandung.. hihi
ReplyDeleteYg pasti kat sana xde ye air bandung.. Org mlaysia je yg rajin no buat air bandunh hhaha
Deleteramai jg yg buat day-trip Jakarta-Bandung...
ReplyDeletekuah bakso depa bukan clear soup mcm kat sini..mcm kuah lemak pun ada..masa gi Bandung dulu, makan Bakso Malang, ok sikit..rasa mcm kt m'sia..
Tu la xde rezeki nk ke jakarta aritu.. Maybe next time hehhe
DeleteKalau perut meragam memang tak boleh sangat nak enjoy makan kan... itupun kira kuat gak Kak Ret larat pergi jalan-jalan. Kalau saya, mahu habis rosak plan sebab saya akan tidur kat bilik je.
ReplyDeleteBakso kat sana memang ada macam-macam versi kan... tak semualah kena dengan tekak kita :)
Tekak aku duk terbayang rasa Bakso tu oii, gulp... tengok kemain selera, sekali hirup, hahahaha ko pandang aku, aku pandang ko hahahaa
ReplyDeleteAduh... sian Ako.. Tak sihat pula tetibe ye.. dugaan tu..
ReplyDeleteKalau dah boleh rentas negara, bolehlah buat trip ke Jakarta..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com