OK tajuk kali ni panjang sikit ye dari biasa.😁


Actually dalam minggu ni dok layan drama korea tajuk Revolutionary Sisters kat VIU.
Mula ingatkan drama ni dalam 16 episod je sekali bila tengok list episod sampai 60+ episod...
Ha bapak banyak oiii.... Tapi sebab sekali dah layan tu yang tak leh nak miss tengok.
Maka nya hujung-hujung minggu ni masa untuk menghabiskan kesemua episod yang tinggal berapa je lagi ni...

Ako bukan nak citer pasal drama ni tapi kalau korang nak tengok, drama ni pasal kekeluargaan.
Tu je pun hahaha takde yang spesel sangat pun drama ni. 😅 Cuma jadi geram nak terus tengok sebab tiga2 anak dia menuduh bapak dia sebagai pembunuh kematian mak diorang. Macam-macam insiden berlaku nak cari pembunuh yang sebenar. Geram tengok perangai sorang-sorang anak dia hahaha..

OK x moh ar citer pasal ni...



Dalam 2 3 hari ni teringin plak nak makan durian.
Kebetulan MAMA uyum kuar gi beli barang so kita pun pesan kat dia soh carikan durian.
Alhamduliah akhirnya dapat juga.

Jadi la, 2 ketul durian D24 dan 5 biji durian kawen.


Sangat-sangat puas hati ngan dedua jenis durian ni.
Isi nya tebal, biji nya ciput je.
Memang terubat ngidam ako ni hahaha...


Uyum pun kemain suka lagi.
Satu pangsa durian tu dia bole ngadap sorang-sorang je.


Pastu dapat plak manggis.
Perghh bertahun tak makan, sekali dah jumpa memang rezeki la arini.


Yang ni takde musim sangat tapi sebab ada jual sekali kat gerai tu, kita pun beli la sikit.
Buat makan minum petang gitu hahaha...


Tengah makan-makan dapat call dari runner mamasab.
Eh kita takde order pape tau! hahaha...
Budak tu gelak je... "ye kak saya tau, ni ada orang pesan suruh hantar ke rumah!" kata nya...


Tambah satu lagi menu minum petang iaitu cempedak goreng.
Hahahha meriah betul menu buah-buahan tempatan arini ye.

Tengkiu Zurin, bagi dessert untuk arini.
OK jom kita buat teh o sambil layan buah-buah dan kek, sambil layan k-drama😆

Nota Jemari: Sorry tak sempat lagi nak blogwalking... memalam nanti la kita jenjalan ye, selamat minum petang semua :)