Dua tiga hari ni takde mood sket nak tengok blog sendiri apatah lagi nak jenjalan blog korang. Debaran tunggu hari ini kemain lain macam rasa nya.😂

Hari bersejarah, 18 Julai 2021.
Patut temujanji jam 5 petang bertempat di WTC KL tapi 4:40 pm ako dah sampai situ.
Alhamdulilah proses menerima vaksin Aztrazeneca dos kedua telah selamat 'mendarat' ke dalam badan ako. Proses yang sangat lancar walau beribu-ribu lemon manosia berkumpul kat situ tadi.

Jalan agak sesak nak masuk simpang WTC.
Ako dah gelabah tengok ramai nya manusia kali ni, tak macam suasana kali pertama ako cucuk aritu.
Sistem pun dah berlainan sikit, lebih impresif dan sangat lancar.

Kali ni ramai betul volunteer yang bertugas.


Ako dah gelabah time ni sebab tetiba macam tak nampak pun signage Station 3.
Hahaha... tapi ako nampak punya la ramai orang dok beratur kat sini.
Ntah camne ako terpotong Q, sebab niat ako nak tanya kat budak volunteer tu, "mana nak beratur untuk orang 2nd dos?" Rupa nya semua pun beratur kat line ni juga. Hahah aishh maaf la ye kat orang belakang sebab ahkak terpotong Q plak tadi.


Tapi nasib baik la cepat je Q nya berjalan.
Ada separate laluan untuk uk 1st & 2nd appointmrnt.
So ok la kan. Yang ramai-ramai tu kebanyakkan masuk laluan 1st appointment.
Phew... lega sket ahkak dibuatnya.


Sampai juga kat laluan 2nd dose, station 3.
Kena scan mysejahtera.
Tapi sebelum tu pastikan korang update mysejahtera status sesiap tau.
Ala, yang kena jawab soalan covid tu.
Kalau korang tak buat sesiap, nanti kat sini dah stuck sebab diorang minta update dulu.
Sesape yang update awal-awal bole masuk terus.

Kat dalam dia bagi secebis kertas untuk isi Nama & No IC sahaja.

Pastu terus dia minta kita duduk di depan kaunter pendaftaran.
Masa ni dia akan panggil sekali 2 orang duduk kat kaunter.
Jangan lupa tunjukkan kad vaksin yang korang dah dapat masa appointment pertama dulu.

Setel pendaftaran, gerak ke kerusi depan bilik cucuk tu.
Standby lagi mysejahtera korang.
Kena scan codebar lagi.
Jangan risau, ramai volunteer yang banyak membantu proses kali ni.

Sekejap je proses menyucuk.
Doktor akan tunjuk jarum yang sudah diisi dengan cecair vaksin.
Lepas cucuk pun dia akan tunjuk jarum yang sudah kosong menandakan cecair sudah selamat mendarat masuk ke dalam badan. 😆


Next, moh la kita ke observation deck. 😝
Duduk x sampai 5 minit.
Ok siap!! Dapat kad, dia suruh check status kat mysejahtera.
Alhamdulilah sudah berupdate!!


Yeay, akhirnya lengkap sudah dedua vaksin!
Pssttt dah boleh 'terbang' ke ni? muahahah 😆
Malas nak berswafoto kat booth dia, terus ako balik.



Balik naik LRT je sebab jalan dah jam..
Malas nak soh MAMA uyum pusing balik kat WTC tu.
Alang-alang pintu kluar kat belah Hotel Seri Pacific, dah dekat nak ke laluan LRT, maka nya ako soh aje MAMA uyum pick up kat stesen LRT sentul timur.

Nasib la lrt station tak ramai orang.
Lengang gitu.

Setakat ako menaip ni, so far masih dalam keadaan sihat waalafiat.
Semoga takde la kesan-kesan yang teruk lepas 2,3 hari akan datang ni.

Nota Jemari: Ako dah! Insyallah giliran korang pasti akan tiba juga nanti... Jangan give up!