Morning Bandung!
Hari kedua, rasa nya kami tak amek breakfast hotel.
Jadi kalau tak silap pagi tu kami sekadar bekfes yang simple-simple aje dalam bilik.


Yeay pagi ni excited sket sebab kami akan ke Trans Studio iaitu indoor Theme Park di Bandung.
Memandangkan pakej kami dah termasuk semua harga tiket jadinya takde la kami berebut kat kaunter tiket sebab supir awal-awal dah readykan tiket tu untuk kami.

Korang boleh rujuk harga tiket kat SINI ye!

Tapi still kena pergi awal sebab nak elakkan orang berpusu kat pintu masuk.


Ako ajak SISLIN naik roller coaster ni tapi dia tak nak plak.
Hahahah lepas ni kalau ke taman tema ako dah x bole nak naik mainan yang thrill sebab dah ada BP kan. Kang tak pasal-pasal menyusahkan orang sekeliling plak. *sedihnya huhu


Kosong booth tiket nya.
Ooo baru teringat, tak silap kami pergi hari Jumaat bukan hujung minggu.
Agaknya tu yang tak ramai sangat orang.


Waktu pengoperasian ketika itu.


Kat depan pintu masuk Trans Studio.
Hahahh ingat kan tak ramai, sekali amek ko, ramai juga dah menunggu depan pintu rupanya 😂


Nampak mercu tanda ni, ntah bila la bole sampai sana kan sislin hahaha...


Masuk-masuk situ serupa macam korang ke USS atau theme park yang lain. Kat ruang tengah korang akan jumpa Hollywood Center gitu. Dikelilingi dengan bangunan yang ala-ala Hollywood era 60-an. Cuma beza nya kat sini dia berkonsepkan indoor la ye. Selesa tak panas hahaha, itu yang penting 😆


Kat sini memang ada pelbagai jenis mainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
Walaupun mainan untuk dewasa agak terhad tapi masih ada juga mainan yang kita bole enjoy.
Macam kami berdua, separuh hari pun dah cukup untuk terokai apa yang ada di Trasn studio. Tapi kalau korang datang bersama anak-anak, kena amek masa satu hari juga kat dalam ni.


Sebabkan sislin takut nak naik roller coaster, dan dalam banyak-banyak games, ako berjaya pujuk dia naik Vertigo ni hahaha... Punya la kecut masing sebab pusing 360 darjah ko!! 

Kincir raksasa pertama di dalam ruangan, nikmati sensasi berputar 360 derajat di ketinggian.

Begitu permainan dimulai, wahana vertigo akan membawamu naik ke ketinggian 20 meter. Jangan sepelekan ketinggiannya yang tampak tak seberapa, ya! Begitu sampai ketinggian maksimal wahana akan mulai berputar-putar dengan kecepatan tinggi.

Dinamai vertigo karena wahana ini akan melakukan putaran 360 derajat yang mungkin akan membuat kamu merasa pusing. Putarannya yang kencang juga pasti akan membuat kamu kesulitan menahan diri untuk tidak berteriak. Cocok sekali untuk memacu adrenalin dan melepaskan semua beban!

Wahana vertigo berlangsung selama kurang lebih 3 menit. Tapi percayalah durasi singkat tersebut sudah lebih cukup untuk membuat kamu merasa tegang sekaligus terhibur. - sumber trans studio web


Turun je dari game tu memang gelak sakan kitorang.
Sebab nya suara kitorang je yang paling kuat hahahaha


Kat situ ada juga roller coaster air tapi kami tak nak naik sebab malas nak membasahkan diri 😁



Magic World


Dunia lain ni ekceli macam rumah hantu tapi ko kena naik ala-ala roller coster gitu.
Lawak nya masuk sini macam berdebo-debo. Pastu ada sekumpulan budak-budak siap tegur kitorang.
Dah kitorang berdua je yang dewasa masuk situ pastu macam takut-takut.


Sampai ke sudah kita follow je budak ni masuk hahahha...


Ocean World Science Center.
Dia macam aquaria.







Best kan kalau bawa budak-budak.


Di mana-mana taman tema mesti jumpa pompuan ni muahahahaha...



Bak kata ako tadi separuh hari je kitorang dah bole abiskan round dalam Trasn studio tu.
Memandangkan dah waktu lunch so kita plan makan kat food court aje la.
Lagipun Trasn Studio kan dalam Mall aje, so kita lepak kat food court sementara tunggu supirnya sampai.

Tak ingat dah menu apa yang kami order tapi sebab nak cuba lain dari yang lain so kita try la menu yang dalam gambar ni. Nasib la bole telan dek anak tekak ni. Kadang nampak macam menu slalu kita makan kat msia tapi kadang rupa je sama rasa nya lain.

Dah setel makan, jom cari supir nya.
Kita jumpa balik kat tempat dia hantar pagi tadi.
Next destinasi kami ke Saung Angklung Ujlo.


Perjalanan dari TRans Studio ke Saung Angklung ni lebih kurang dalam 20 minit je.
Ha ini pun salah satu tempat yang ako tingin nak pegi.
Dengar kata nya kat sini kita bole join main angklung dengan para penari dan pemain angklung kat situ. Macam menarik je kan bunyi nya.

Pertunjukan ini berisi beberapa penampilan pendek yang spektakuler, seperti : demonstrasi Wayang Golek, upacara Helaran, seni tari tradisional, Angklung pemula, Angklung orkestra, masal dan Arumba. Di akhir pertunjukan, para penonton akan diajak untuk menari bersama anak–anak. Pertunjukan Bambu Petang dikembangkan dari sebuah konsep Kaulinan Urang Lembur yang diciptakan oleh Udjo Ngalagena


Tak silap ako persembahan dia dalam sehari ada 2 kali je (tak silap la ye).
Show kami di sebelah petang.
Di awal-awal persembahan agak bosan juga la sebenarnya.
Part wayang kulit tu hahaha... bila masuk muzik dan penari-penari, ha baru rasa meriah sket.


Masuk je show kuda kepang ni dah menarik dah.



Ditambah plak dengan tarian tradisional diorang ni.
Lagi bertambah meriah.


Tarian kupu-kupu kot.. lupa dah ako hahaha...



Lepas dengar budak-budak tu main angklung, di berinya peluang kat kita juga untuk turut sama bermain angklung dengan diorang. Setiap angklung mempunyai cord muzik yang lain-lain.
So nanti kita follow je 'cikgu' kat atas pentas tu akan bagi isyarat cord apa yang akan dimainkan.


Ha ini la cikgu yang akan ngajar kita, yang baju itam tu ye!
Yang muda sebelah tu anak nya. Boleh dikatakan anak bini dia adalah pemain angklung kat situ.


Pastu kita dengar orkestra angklung plak.


Di akhir persembahan, diorang akan ajak kita menari bersama-sama.
Ekceli ada video sis lin menari tu tapi ialah dah lama kan, memang dah x simpan plak video-video yang diambil sepanjang percutian kat sana. Sayang sungguh....!


Dinner time!
Kali ni pak supir bawa kami ke restoran Belacan (Indonesion Cuisine)


Agaknya apa la yang kita tengah pikir kan masa ni sislin??
Takkan baru hari kedua dah rindu family kat malaysia? hahahha..


Kami just order yang ini aje.
Nak order lain dari yang lain, takut gak perut x selesa.
Tapi mi tu ako order mi bebek ke apa nama nya. Rasa nya sebab kan mi bebek ni la ako food poisoning oii malam tu juga membawa ke pagi esok nya. Habis lari plan itinerary hari ketiga...sedih 😥
So, malam kedua ni kami masih kekalkan nasi goreng sebagai menu utama 😅
Dan kami cuba la ikan bakar kat situ.


Alamak ada live band la.... Awat kita duduk betul-betul depan ni ek?
Hahahah... Dah macam mata sumer tertumpu kat kita je ni. 😅


Tapi pedulik apa kan, perut dah lapar ni.
Makan tetap kena makan hahahha....

Pastu live band soh kita request lagu??
Ha lagu apa plak nak request...

Dah dah moh balik...
Hari ni pun dah seharian dok main, kepala pun dah start pening 😅

Hari ke-3 hari yang malang sket...

Nota Jemari: sedih banyak gambar terdelete untuk trip kali ni....