Belek-belek album gambar FB, eh baru perasan percutian yang satu ni belum lagi di blog kan.
Ha ni menarik ni boleh menambahkan lagi entry kan.
Maka nya, mari la kita update kisah percutian yang satu ini sekitar tahun 2016 gitu.
Hahahah ye ye agak dah lama juga kan tapi saja sebagai kenangan pembacaan di hari tua kelak.😁

Insyallah akan cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali detik-detik percutian bersama, siapa lagi kalau bukan dengan SISLIN. 😍

Tengok balik email, perghhh tak sangka plak trip kami ni sampai 5 hari 4 malam kat Bandung.
Hahahaha plan asal memang nak amek satu hari ke Jakarta tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa kami cancel ke Jakarta.

Memandangkan trip ni kami berdua je, so kena la cari tour guide kan.
So kita pun try la google dan terjumpa DIATI TOUR & TRAVEL BANDUNG.
Setelah hampir berminggu berurusan email dengan pihak sana, maka kami setuju dengan plan itinerary yang di cadangkan oleh pihak DIATI.



Ini harga ketika itu. Itinerary ni pun hanya plan awal saja, mungkin akan berubah juga mengikut keadaan semasa itu kan. Kita boleh plan tapi kadang ada mende yang sukar dijangka berlaku membuat iti bertukar. Pape pun jom ikut percutian kami ke Bandung dari 29 September hingga 3 Oktober 2016.

Flight ke Bandung ada lah pada jam 6:50 pagi.
Macam biasa, malam nya memang kami dah sepakat melepak aje kat airport.
So pagi tu nanti takde la nak kelam kabut kan.


Kali ni kami plan nak cuba bermalam di Capsule by Container Hotel terletak di level 1 KLIA2 (area kaunter tiket bas).
Ini pertama kali nak cuba tido di hotel capsule. Selalu kan kita dengar capsule ni kat Jepun memang terkenal kan. So, kami saja-saja nak cuba juga. Tapi sebab kan dah lama sangat berlalu, maka nya gambar-gambar di bilik capsule banyak terdelete. Apa yang ako bole share, capsule nya seriouly sangat selesa. Dia terbahagi 2 kawasan, untuk wanita dan lelaki. Toilet pun sangat luas. Pastu siap ada ruang library tau, kot-kot la korang tak bole nak tido, bole la melepak sambil membaca.

Macam kami, memang dah penat kan, jadi nya memang kami utilise kan capsule sehabis masa yang diperuntukkan hahaha..


Pagi tu sempat kami bekfes dulu kat airport.


6:15 pagi dah ready nak terbang!


Alhamdulilah perjalanan kami ke sana sangat lancar.
Kami tiba di Husein Sastranegara International Airport lebih kurang jam 8:50 pagi waktu tempatan.
Urusan passport pun lancar juga. Keluar je terus kami contact pak supir. 
Wah nasib dapat pemandu yang muda belia. So senang la sikit nak berurusan 😆
Semangat la sikit nak berjalan-jalan tu.

Memandangkan kami sampai awal pagi, jadi urusan check in tak bole nak buat lagi kan.
Maka nya kami terus ke Farm House Lembang terlebih dahulu.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 50 minit dari airport.

Segala pembayaran tiket masuk dah termasuk ya dalam pakej.
So tak yah nak pening-pening harga tiket semua.
Kita just bawa duit soping aje hahahah


Actually masa sampai sini ako macam blur-blur gitu.
Hahaha... honestly memang tak buat kajian pun tentang tempat yang satu ni.
Dalam kepala hotak memang kali ni gi sana nak bersoping je tau dengan nak gi Tran Studio! 😆

Sebab dah guna tour kan, so kita follow aje la ye.
Segala info tiket ke korang bole masuk kat website FarmHouse Susu Lembang ni.


Kat farm house ni ada replika rumah hobbit tau tapi korang tau je la ako bukan nya peminat cerita hobbit tu maka nya takde la excited sangat pasal replika ni. Maybe kalau ako ke tempat shooting yang asal hobbit ni kat NZ, maybe excited nya lain sket la ye😜


Ini Factory outlet, tempat jual souvenir tapi kami tak masuk sebab ramai sangat orang masa tu.
Jadi kami hanya berlegar-legar di luar kawasan.


Kat situ ada petting zoo. Sangat seusai kalau bawa budak-budak.


Masa memula masuk diorang ada bagi voucher air susu ni.
Sebelum kami balik, kami pun tukar la voucher tu.



Tak silap ako ada perisa coklat dan susu putih.
Sebab kan tekak ako rasa pelik kalau minum susu lembu yang asli, maka nya ako amek la susu coklat, sekurang-kurang nya rasa pelik tu cam kurang la sikit rasanya hahha...


Destinasi seterusnya kami ke Tangkuban Perahu. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Farm tadi. Ako sebenarnya nak ke Kawah Putih sebab Tangkuban ni dah selalu sangat pegi tapi setelah berbincang kita pilih ke sini aje la. Maybe next time kita bole ke Kawah Putih plak kan.


Tangkuban Perahu ni kawah gunung berapi yang masih aktif.
Ada beberapa bentuk kawah kat situ.
Mengikut lagenda, tempat ini seolah-olah menyerupai sebuah perahu yang terbalik.
Masa zaman ako sekolah, memang arwah abah suka bawa kami ke sini.
Masa itu kalau nak dibandingkan rupa kawahnya, lagi nampak seriau sebab masih nampak macam ada percikan api dan bau belerang yang sangat-sangat kuat.

Berbanding dengan masa kami pegi 2016 tu, bau belerang tak berapa nak kuat sangat dan kawah nya pun macam dah 'mati'. Wallahualam sebab kata nya tempat tu memang sentiasa je aktif.


Tempat wajib bergambar. Ramai plak fotograper tak bertauliah berebut-rebut nak tolong amek kan gambar kami. Ada yang sibuk mengekor ke mana aje kami pergi semata-mata nak jual hasil jualan mereka. Kadang tu rimas juga tapi kadang kesian. Ako pun tak ingat sama ada kami ada x membeli buah tangan dari mereka. 😅


View kat bahagian atas memang cantek.
Dah puas bergambar kat situ, moh kita isi perut dulu.


Jalan-jalan tak sedar dah 1:30 petang.
Patut la rasa lapar je kan.
Supir bawa kami ke restoran ni. On da way nak balik ke town, memang lalu resto ni.



Kami pilih menu ni.
Bila dah lapar semua pun rasa sedap.
Ako puas hati sebab sambal dia memang power!!


Lepas makan kami ke Floating Market.
First time juga ako nak jejak ke situ.
So memang tak dapat nak bayangkan camne la rupa floating market nya ni.

Kata nya kat sini macam-macam jenis makanan ada dijual.
Tapi sebab kami baru je lepas lunch kan, jadi nya kami just jalan-jalan je la sambil tengok-tengok apa jenis jualan ada kat situ.



Kawasan nya sangat luas dan view pun sangat menarik.
Tenang aje, memang kami lepak kat sini agak lama la juga hahaha...
Berehat sambil menenangkan fikiran, sesuai sangat kan! 😍


Jangan risau, kat situ ada tempat solat juga.


Tempat makan nya pun luas. Ini sebahagian tempat makan yang ada kat situ.




Macam tu rupanya mereka menjual makanan-makanan.
Kalau teringin nak rasa makanan yg dijual, boleh cuba beli ye.
Tapi sebab kan kami baru je lunch kan, jadi kami takde la teringin sangat nak mencuba makanan yang dijual kat situ.


Hahahha suka statement ni😁


Seterusnya kami nak ke Dusun Bambu tapi pak supir suggest singgah kat kedai kain ni dulu. 
Asalnya ako nak beli telekung dan kain ela bersulam.
Dah pilih-pilih pastu eh dia ada sediakan perkhidmatan jahit baju terus la.
Ako apa lagi dan dan dah beli kain terus ako soh dia buatkan ako baju.

Dah siap, esok nya dia terus hantar ke hotel.
Kalau agak ada nak alter, dia akan terus alter untuk kita.

Tapi ako pun dah x ingat baju apa yang ako buat masa tu 😆
Ntah ada lagi ke idak baju nya dalam lemari tu.


Next kami ke Dusun Bambu. Pak supir hanya bentikan kami kat bahagian parkir je. Seterusnya kami kena naik ke atas dengan kenderaan macam dalam gambar tu. 


Di dusun bambu ni dia ada resort dan restoran. View memang sangat cantek bila matahari hampir terbenam. Dengan kata lain, cantek time2 senja nak ke malam tu.

Suasana nya memang sangat damai. Kalau rasa nak jauh dari area bandar, boleh consider tempat ini sebagai tempat penginapan korang.


Itu bukan chalet ye, itu tempat lesehan atau tempat makan.
Nice kan dia buat ala-ala chalet gitu.
Makanan yang disaji adalan makanan Sunda.
Kami takde la nak makan kat situ sebab dah plan nak makan kat tempat lain untuk dinner aritu.
Jadi nya kita hanya menikmati alam semulajadi dan pemandangan yang indah aje la ye.


Memang sesuai sangat dijadikan tempat photoshoot.
Percutian kali ni ako x bawa tripod so agak susah sket la nak snap gambar berdua.

Dah gelap moh kita cari tempat makan plak.
Lapar dah ni hahah..


Dinner kami adalah di Kampung Daun.
Rata-rata mesti ramai dah pernah makan kat situ kan.


Kita follow je supir sebab dia awal-awal dah dah buat booking untuk kita.


View kat sini pun sangat cantek waktu malam.


Kitorang dapat pondok view sipi sipi air terjun, jadi la kan😆


Menu yang kami order.
Lupa dah nama nya tapi kalau tengok gambar macam nasi goreng ngan tolo je kan hahaha...
Nak order nasi berlauk macam x larat je nak ngabihkan. So kita order yang simple-simple aje. Lagi pun badan dah terasa penat sangat sebab seharian berjalan. Ni belum check in lagi ni.


Lebih kurang 9 malam kami pun check in di Favehotel Hyper Square.

.:photo from website hotel:.

Hotel ni dekat ngan station ketapi dan Paskal Hyper Square Food Market.
Masa kami menginap kat situ, kawasan persekitaran macam tengah nak membangun.
Bilik nya memang simple dan selesa sangat untuk kami berdua.
Ada je banyak cawangan tapi kami pilih yang berdekatan dengan town.

Maka berakhir sudah hari pertama kami di Bandung.
Insyallah nanti kita sambung lagi ye.

Nota Jemari: Tetiba rindu plak kat sedara angkat di sana...