Kalian yang biasa pergi negara2 maju tapi angka matawang banyak 00000.
Contoh:
• Jepun
• Korea Selatan
Tolong sampaikan kepada kawan2 dan saudara mara yang tak biasa, bahawasanya:
• Jangan samakan angka 000 negara maju dengan angka 000 negara yang belum berapa maju. Yen dan Won jauh beza nilainya berbanding Rupiah dan Rupee.
• Walaupun angka matawang mereka nampak kecil macam Rupiah, tapi nilainya berganda2 lebih besar.
• ¥100 di Jepun ibarat RM1 di Malaysia. ₩15000 di Korea Selatan ibarat RM15 di Malaysia. IBARAT. Bukan nilai kadar pertukaran. Kena faham tu.
Jadi, kalau kata harga sebiji beg di Namdaemun ialah ₩5000, ia IBARAT RM5. Memang kalau convert akan jadi RM20 dan kita rasa mahal.
Tapi kita tak cakap pasal convert. Kita cakap pasal...
IBARAT.
SEPERTI.
UMPAMA.
BAGAIKAN.
MACAM.
Jadi, tak boleh kata beg ₩5000 tu mahal. Untuk pasaran Korea, itu dah kira murah. (Bayangkanlah beg di Malaysia harga RM5. Murah tu.)
Macam makanan di restoran halal di Tokyo, satu hidangan ¥800. IBARAT RM8 kalau kita di Malaysia. Oklah kan? Makan di fast food lagi mahal. Tapi kalau setiap kali makan nak convert, memang kau pitam.
Jadi, kena belajar faham dulu bab matawang berangka 000 ni sebelum komplen.
Dan jangan asyik sibuk nak convert masa di sana. Tak pasal2 jadi pengembaraan yang mendukacitakan sebab stress memanjang fikir duit orang mahal. Tak berbaloilah.

Nota Jemari: Bila memori muncul..... credit by nota perempuan backpacker😆😆