Yeay semangat pagi ni bangun. Alhamdulilah hari ke4 ni perut dah OK, kepala pun dah tak sakit. Badan pun rasa segar sangat. Agak nya penangan gi spa malam tadi kot kan hahhaha😆
Tambah excited sebab hari ni seharian kita nak berSHOPPING!!! yeehaaaa!!

Awal pagi pak supir dah datang jemput kami di hotel terus dibawanya kami ke Pasar Baru.
Tempat untuk menyoping segala barang-barang yang dah masuk dalam list awal-awal before sampai bandung 😅

Pasar Baru Trade Center.
Ada 8 tingkat.
Setiap tingkat pun berbeza-beza.

Seingat ako kedai pertama yang supir ni bawa adalah di ruang tempat letak kereta.
Terletak nya satu kedai menjual kain-kain yang agak besar juga.
Kami lepak kat sini je agak lama juga. Al maklum kebetulan ako memang tengah cari kain-kain untuk buat baju raya buat adik beradik dan anak-anak buah semua.


Memang rambang mata dibuatnya.
Siap bervideo call dengan adik beradik semua.
Ako suggest kain untuk diorang pilih.
Hahaha memang sakan oiii ako berbelanja kat sini.
Sorry ye SISLIN, ako ni klu dah start menyoping memang tak ingat orang sekeliling hahaha...


Dah alang-alang datang jejauh ni, kena la pilih yang berkualiti sket.
So far kain-kain kat sana memang bagus kualiti nya.
Memang ako sangat berpuas hati.
Biar murah tapi cantek!
Biar murah tapi berkualiti..
Kalau mahal, berkualiti dan cantek lagi la BONUS kan hahaha 😁


Lagi banyak kita beli memang bertambah la diorang suka kan.


Berejam-rejam lepak kedai tu, bukan selai dua tapi bermeter-meter dibelinya si retna ni kan wkakaka..
SISLIN pun dah geleng-geleng kepala je. Hahaha kasi layan je la kakak oiii..
Dah macam nak menjual plak ako ni tapi bukan bukan, tu semua kain-kain untuk adik badik laki bini plus ngan anak-anak diorang sekali.

Ha baik kan dapat adik n kakak macam ako ni...
Baik sungguh dapat makcik macam nina kan Uyum?!!!!
Muahahaha... ni memang niat ako nak hadiah kat diorang sorang selai untuk Hari Raya 2017 😆

Oh ye ingat tak kami amek pakej dari DIATI TOUR kan!?
Jangan risau, diorang bukan saja sediakan supir untuk kita malah diorang juga sediakan tour soping sekali kat Pasar baru ni untuk kita. Makna nya, diorang siap sediakan tukang angkat barang belian kita dan juga tukang syorkan kedai-kedai mana yang sesuai untuk kita masuk kat Pasar Baru tu. Of coz la derang akan dapat komisen kan.. Tapi yang penting ako suka sebab ada orang tolong bawa kan barang-barang yang kita soping tadi.

Paham-paham je la kan klu dah memborong kain-kain, confirm la berat.
Lepas ni nak soping telekung plak lagi hahaha...
Pastu nak soping barang makanan plak ...😆
Nampak sangat si anakomak ni kaki soping sungguh kan..


Kat tingkat bawah ada jual pelbagai jenis keropok, kuih-kuih kering, biskut yang takde jual kat Malaysia. Eh takde ke eh?? Hahaha...

Sini pun memang ako borong juga oiii...
Capai itu capai ini, tunjuk itu tunjuk ini, ikut hati semua nak diborongnya.




Ikutkan dan beli sampai muat satu kotak tapi pikir-pikir balik, takut terlebih plak luggage kami nak balik nanti. Jadi nya part makanan ni kami beli mana yang rasa takde jual kat Malaysia yang orang akan makan hahaha...


Bab tawar menawar memang kena kasi kat SISLIN.
Ako tau membeli tunjuk-tunjuk je hahaha, nak tawar menawar memang FAIL di situ :D
Tengkiu kakak sebab selalu jadi tukang tawar menawar untuk saya heheh...


Sedar-sedar dah tenghari kami masih kat PAsar Baru.
Patut la perut pun dah lapar.
So tukang guide kami suggest makan kat food court situ aje.
Kata nya kedai ni femes , tukang kedai ni dah pernah masuk TV3 promot kedai nya.
Kata nya la ye... Kami pun ok je.


Ya allah memang sedap sungguh nasi ayam penyet dia!!
Masa dihidangkan ayam tu masih berasap lagi ko!!!
Sekali dia bagi sekor ayam untuk kami.
Memang kenyang la makan.


Dah kenyang moh kita gerak-gerak khas lagi.
Eh soping tak abis lagi tau!
Hahah kali ni kita soping baju budak-budak plak.



Lepas tu kan kan hahaha kita terpikir balik.
Eh aritu datang bawa bag kecil je kan.
Macam tak cukup je nak sumbat semua barang-barang soping tu.
Jadi nya ako pun TERbeli la luggage extra saiz 24" untuk menampung barang belian ako hahaha...

Seingat ako, 3 kali ako pernah beli bag lain sewaktu travel ke luar ni...
Pernah sekali beli di HK, pastu di Korea dan ini di Bandung plak.

Hahah nampak sangat teruk benar pangai soping ako ni kan 😆


Dah seharian kita soping, moh la balik ke pangkal jalan hhaha...
Before kita balik ke hotel, kami teringin nak makan tauhu goreng panas-panas.
Pak supir pun bawa la kami ke Tahu Sumedang ni.


Tauhu ni kosong je takde isi pape pun.
Tapi digoreng panas-panas dan dimakan dengan cili api.
Pastu di bungkus dengan rapi.
Perghh memang terbaik dijadikan kudapan hi tea di petang hari hahaha..


Sampai je hotel terpaksa minta tolong orang hotel bawakan troli.
Bag baru belikan, terus ako sumbat sesiap barang belian tadi so takde la nampak serabut sangat.
Padahal klu buka bag tu konpom orang tengok pun pening kepala 😆



Dinner malam tu kami just order je dari bilik.
Nak kluar dah malas.
Termenung oiii memikirkan camne nak packing barang-barang belian tadi hahaha..


Sahih beranak pinak jadi nya!
Penat tak penat, malam tu memang kena sesiap kemaskan semua barang sebab esok awal-awal pagi dah kena check out.

Nak dapat tiket murah kan kena la amek flight awal-awal pagi 😜
OK setel hari ke4, esok kita check out, apa plak cerita nya kan..
Stay tune!

Nota Jemari: Puas hati!!!