20 Julai 2021 seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih kenali sebagai Raya Qurban.

Walaupun, tahun ini umat Islam di Malaysia terpaksa menangguhkan sekali lagi fardu haji, namun masih ada peluang untuk kita merebut pahala amalan dalam 10 hari pertama Zulhijah.

Bagi menguatkan hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu” - (Riwayat al-Bazzar)

Maka nya kami seisi rumah berpakat untuk berpuasa sunat zulhijah bermula hari ini.

Memandangkan sahur pagi tadi kami dah melantak nasi lemak made by MAMA uyum, jadi nya untuk berbuka plak kami tak nak la makan nasi lagi kan.
Teringin nak makan mi bakso maka terhasil la menu berbuka seperti dalam gambar.


Kuih-muih hasil pemberian jiran sebelah.


Ini plak pembuka selera hahaha... pengat doyan!
Lebihan durian beli aritu kan, kita buat la pengat or korang panggil serawa doyan hahaha...
Takde roti jala hatta pulut, kita makan je ngan roti gardenia, 'sungguh emak dimakan begitu saja!'😆


Jam 7 malam, MAMA uyum tingin plak nak air cabak ni.
Maka nya kita cuba aje la order kat grab dengan harapan order masih dibuka lagi.
Alhamdulilah tercapai juga hasrat nak menghirup secawan air cabak sebagai pembuka bismillah.


Ditemani mereka bertiga.


Tetapi boodak ni juga yang lebih-lebih, macam dia yang plak yang berpuasa.
Hahahah...

So agak-agak esok menu apa plak ye..
Eh eh tapi tu ako tengok MAMA uyum tengak masak ayam masak lemak cili api...
Erkk adakah untuk sahur esok pagi??? 😲

Korang puasa tak?
Ako ekceli buat ganti puasa dulu sebab dah alang-alang yang lain nak puasa sunat seminggu ni, ako pun join la sama tapi ako kena la ganti puasa yang wajib dulu kan hehehe..

OK selamat menjalani ibadah puasa sunat zulhijah untuk korang juga!

Nota Jemari: Esok la kita smabung Bandung trip Day 3😁