MEERA oo MEERA

MEERA oo MEERA


Nampak tak berapa lama tak kuar rumah.
Si meera pun agak nya dah bosan terperap kat porch luar tu.

Cerita nya semalam si Uyum dok perasan tayar kereta ako dah kurang angin terus dia jerit,

"Nina, tayar dah pancit!"

Perghhh mengagau ako kuar bila dengar dia cakap tayar pancit.

Ako perasan penutup tiub tayar tu hilang.
Ermmm sape plak punya keje ni...
Dah camne bole hilang /tercabut ni????

Pastu dapat idea hahaha...
Ako cakap kat Uyum,

"Uyum, cuba amek penutup kat tayar basikal uyum tu letak kat tayar kereta ina, bole tak?!"

Dengan excited nya dia pun terus buka penutup kat tayar beskal dia n letak kat tayar kete ako...

"OK ina, nasib muat!"

hahahaha....

Tengahari tadi teringat pasal tayar ni terus ako ke petronas.
Alhamdulilah nasib bukan pancit ye cuma kurang angin je.

Macam manusia gak, dah lama duduk terperap lam umah, hangin gak satu badan kan!
Bosan hahaha....

Nampak gaya lepas ni kita bawa cik meera pusing-pusing taman la ye.
Sekurang-kurangnya cik meera takde la kebosanan kanπŸ˜†

Nota Jemari: Berapa bulan x mandikan cik meera ni πŸ˜…

Post a Comment

16 Comments

  1. Di mana hendak cari penutup tayar itu kalau hilang? Hehe takkan guna penutup basikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi je kedai tayar... diorang mmg byk stok...

      Delete
  2. Mujurlah kurang angin je, pasni boleh la ajak uyyum pusing pusing taman hahaha, boleh ambik angin petang gituuu hehehe

    ReplyDelete
  3. Menghiburkan betul dak Uyum ni tau. Dengan yakin dia bagi idea kat Nina. Muat pulak tu. hahaha berdekah gelak

    ReplyDelete
  4. Samalah nasib Meera dengan si Putih kat rumah ni. Tak mandi berapa lama. Dapat pulak tuan jarang driving. Kena bawak jalan-jalan pusing area rumah

    ReplyDelete
  5. Kete bosan, tuan kete bosannn... Aaaaaa

    ReplyDelete
  6. Hahaha nasib baik la ada basikal Uyum... Aduhai la Meera... :))

    ReplyDelete
  7. Meera tuu majokk. Bosan dah duduk rumah lama2 πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  8. Uyum dan basikalnya berbakti pada Meera :)

    ReplyDelete
  9. haha. nsib baik uyum nmpk.. dan nasib baik x pancit, kurang angin je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la suspen sungguh klu betul2 pancit.. al maklum lama x kuar rumah kan.. tayar pun majuk :D

      Delete
  10. betoi tu kakret..mmg hangin satu badan hahahaa

    ReplyDelete
  11. Kereta pun macam manusia jugak kan...kuat merajuk...sama ngan cik Bezza SA...

    ReplyDelete
  12. cik biba aida depan tu lama tak mandi dah.
    kat awning depan tu tempat lepak burung, bersepah taik burung atas cik biba.
    hadoi lah :)

    aida kalu gi kedai, gilir2 bwk cik biba atau kereta asben.
    kasik diorang bergerak skit.

    ReplyDelete
  13. Meera pun berangin juga ye.. hahaha..
    Nampak gayanya kenalah rajin bawa Meera jalan2..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com