Boleh baca sini -->
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari keempat, yehaa arini kami akan ke Bandung. Kami ke bandung dengan menaiki tren Panoramic by KAI (mcm KTMB) cuma yang special nya koc panoramic ni hanya 1 koc je tau! Dan of coz la tiket pun limited kan sebab ramai berpusu pusu nak naik koc yang satu ni. Pembelian tiket dari apps KAI. Hal berkenaan tiket kat sana memang Fanny yang uruskan.
Awal plan memang kami nak sarapan di Bandung, jadinya harus la amek tren di awal pagi ye. Perjalanan panoramic tren ni ambil masa lebih kurang 3 jam 10 min camtu la. Memandangkan tren kami jam 6:35 pagi, jadi kena la berada di stasiun Gambir 1 jam lebih awal ye.
![]() |
| .:last ako jejak stasiun gambir zaman sekolah rendah:. 😅 |
Mudah je nak redeem tiket. Sama je konsep macam print boarding pass airlines. Harga tiket panoramic ni antara Rp400,000 ke Rp450,000.
Laaa tak tau plak tiket koc panoramic ni rupanya sama konsep ko naik ETS business class. Boleh menunggu di luxury lounge diorang kat tingkat atas. Kalau ku tahu awal² dah ajak diorang menunggu terus kat situ haha. So lepas ni buat korang korang yang nak naik panoramic, boleh la ke Luxury Lounge ni sementara menunggu giliran untuk berlepas.
Free flow of kueh dan tea or kupi ye. Wah bagus la kan, sementara nak tunggu dipanggil untuk boarding, boleh la kita alas perut dulu.
Luas la juga tempat menunggu tu.
Tiba waktu boarding, moh la kita naik. Koc panoramic ni koc paling depan. Masuk je koc nak letak bag, dah ada pramugari tunggu untuk letak tag nama kat setiap bag. Pastu nanti dia akan tolong susunkan. Kita terus je cari tempat duduk.
Train to Busan eh eh Train to Bandung 🤣🤣 let's go!!
Panoramic train ni mempunyai tingkap yang luas. Disarankan kalau korang ke Bandung pastikan memilih seat di belah kanan kerana view lagi cantek. Kalau korang pulang ke Jakarta naik panoramic, pilih la seat di belah kanan.
Kalau datang ramai ramai, amek seat sederet dari depan ke belakang. Jangan amek seat bersebelahan kerana nanti bila seat tu dipusingkan, korang akan dapat duduk sederet satu family.
Legroom dia luas sangat. Ako rasa lagi luas dari ETS business class kita. Tempat kaki dia pun best. Pijak je terus lock. Plug pun setiap kusi ada. Tapi plug dia kat bahagian depan kaki kita tu. Meja tangan ada cuma takde skrin tv macam yang kat ETS tu ye.
Kerusi jangan citer la weii sangat selesa. Macam kusi flight business airasia ( haha bole tak compare camtu?) 🤪
Dapat snek .. ako and sislin siap bet, "agak-agak dapat souvenir tak macam dalam ETS?"...
Ako cakap takde, sislin cakap ada..
Nah, bila buka hahah ok ako menang! 🤣🤣
Sebab tren pagi, so dia bagi snek roti & popcorn serta ait kelapa dan mineral. Roti tu betul betul fresh kayak baru kluar dari oven gitu. Lembut dan moist. Memang tak tunggu terus di ngap aje masuk mulut 😜😜
Sempat lagi kitorang order nasi ayam geprek. Hahah selagi nampak makanan, selagi tu la mesti nak beli😅
![]() |
| .:Baju kuning tu pramugara dia ye:. |
Ekceli ako tak banyak amek gambar pemandangan nya haaha.. Itu kita serah je kat sislin, carney n fanny ye. Saat ni ako lebih suka duduk bersandar menikmati luar tingkap yang luas. Disetiap destinasi atau tempat yang menarik akan ada annoucement pemberitahuan tentang view yang kita lihat.
Perjalanan selama 3 jam 10 minit apa la sangat kan kalau dibandingkan naik tren ke Padang Besar tu. So pejam celik pejam celik kita dah sampai stasiun Bandung. Alhamdulilah smooth je tren nya.
Dari sini kami amek bluebird untuk ke Hotel dulu. Kami dapat driver pompuan. Nice, kereta pun baru.
![]() |
| .:apa beza bluebird and goldenbird? ok jom kita tanya fanny:.😜 |
Alhamdulilah sampai sudah di Hotel Grand tebu, penginapan kami sepanjang di Bandung. Tebu ni pun ada beberapa cabang ye. Rupanya area hotel ni ada macam-macam jenis makanan. Cuma nya kami je yang tak sempat nak exlore. Malam terakhir tu baru perasan, kedai-kedai yang viral, ada je berdekatan hotel. Itupun terperasan masa kami jalan kaki balik dari Heritage.
Lobi dia tak besar , tak juga kecil. Just nice je buat menunggu giliran untuk masuk bilik. Tapi masa ni kami belum dapat check-in sebab masih terlalu awal. Jadi kitorang just letak luggage je dulu kat lobi.
![]() |
| .:Tugas Fanny uruskan check-in hotel di Bandung:. |
.
Since tak boleh nak masuk bilik lagi tapi kita share dulu gambar bilik nya ye. Kami booking bilik jenis loft. Sesuai untuk family dan 4 orang dewasa. Ada satu katil double di bawah, dan 1 katil double di tingkat atas. Bilik ni takde la luas sangat jadi memasing kena la pandai-pandai susun kedudukan luggage masing-masing ye.
Tilam dia sedap wei hahaha.. cuma bantal tu takde la gebu sangat dan takde la plak terlalu lembik or nipis. Just nice je untuk tido. Harus la lena dibuai mimpi 😆
Complimentary coffee and tea dan juga mineral kecil ye. Hahah dalam bilik ni ada juga disediakan botol mineral yang besar. Rupanya yang besar tu kena bayar tau dalam Rp18,000. Camne ntah boleh tak perasan plak dia letak harga kat penutup botol😅
Dekat atas pun ada tv tau.. Jadi nya tv ada 2, satu dibawah, satu di atas. Tak berebut nak tengok cerita.
Selesai park lugagge, jom la kita sarapan dulu. Tapi kita bersambung di lain entry la ye.
So jumpa lagi nanti.
Nota Jemari: eh ako belum shopping lagi kan? 😅
































33 Ulasan
cantiknya Fanny.. macam emma maembong... hahaha...
BalasPadamWow.. terpesona betul tengok koc panorama tu.
Haha wow mcm emma eh
Padamseronoknya tengok koc Panoramic KAI tu! Nampak luas betul, siap dapat snek lagi ya. Tips pilih seat sebelah kanan dengan cara pusingkan kerusi tu memang berguna sangat. Mesti healing habis dapat layan pemandangan sepanjang jalan ke Bandung. Menarik betul bilik jenis loft kat Hotel Grand Tebu tu, sesuai sangat kalau pergi dengan kawan-kawan atau family. Bab air mineral besar kena bayar Rp18,000 tu kelakar, tak pasal-pasal kena cas sebab tak perasan penutup botol eh?
BalasPadamHaha btul2 hlnombor kt botol tu mmg x pasan tu harganya haha
Padamseronok naik koc panorama tu.. mesti sellau tiket sold out je...
BalasPadamTu lakn konpom sold out memnjang..kena cpt2 grab tu..gigih tgk time bila tiket kluar
PadamMenarik betul koc panoramic ni. Tq info Ako. Ada rezeki nak revisit Bandung ni
BalasPadamInsyallah pasti ada rezekinya nnt tu
PadamKat Malaysia pun patut ada keretapi Panoramic macam tu baru la best.
BalasPadamKannnnn!!
PadamBest naik panoramic train ni kan. Mmg puas hati cuma aircond je tak kuat sangat. Pek makanan pun best, cuma tak dapat nak habiskan roti sbb masih sakit perut gara2 kena GERD malam sebelumnya. Kalau boleh nak repeat lagi naik panoramic train ni walaupun harganya mahal la jugak!
BalasPadamOk sila bgtau Jun cpt2 supaya dia bole asingkan siap² duit holiday bandung hahaha
PadamBestnya boleh pusingkan seat tu. Boleh tengok view.
BalasPadamAda rezeki cie try la plak k ;)
PadamSeronokkknya cuti2
BalasPadamNaik train camni
Lengkapp semua puashati kqn menu pun sedappp
Btul tu ciknnur, semua pun sedsp dan puas hati sangat
Padamsalam ziarah! 1st time ni saya singgah kat blog akoretna..so nama u retna lah kan...i tahu psl u sbb carneyz citer dia gi cuti2 bandung/jakarta tu dgn u...anyway, nice lah baca entry u ni...bestnya dpt naik panaromic train tu..kalau u gi cuti2 sana pun, memang aim nak naik train ni ;) nanti i cari masa baca entries u yg lain pula esp psl cuti2 bandung ni
BalasPadamSalam MZ, yup bole panggil me retna.. sila² saya pun slalu ziarah blog MZ tp x pernh lg tgl komen ehhehe
PadamAku suka naik train tu laa, rasa tenang ajaa.. lagi lama lagi best kannn..
BalasPadamDan hotel ni pun aku suka, sebab pecel dia sedap hahahahaha
Wakakaka puas hati kan... alhamdulilah tak sia² ako tkr hotel dr blok M ke cikini hehehe
PadamWah syok Train tu siap boleh pusing tgk view... Pernah pergi Bandung sebelum covid dlu... Xde lg Train ni
BalasPadamNext time bole pergi lagi n cuba train ni k
PadamOoh..seat boleh pusing hadap tingkap. Menarik!
BalasPadamJap nak tanya Ret..
“Disarankan kalau korang ke Bandung pastikan memilih seat di belah kanan kerana view lagi cantek. Kalau korang pulang ke Jakarta naik panoramic, pilih la seat di belah kanan.”
Bukan pilih seat kiri ya kalau nak pulang ke Jakarta?
Hhahaha ya allah jie.. ni konpom antu laptop merasuk haha mmg typo tu.. btul la nak taip kiri tp kanan yg dia muncul 🤣🤣🤣
PadamSpecial tren dia, boleh pusing kerusi mengadap pemandangan. Tapi, tak pening ke, tengok benda berlalu dengan pantas, sebab selalu kita mengadap ke depan? Hehe.. bilik hotel pun cantik. Macam rumah pula, sebab ada loft.
BalasPadamSo far x penng sbb ketapi tu ketapi biasa je bkn yg whoosh ketapi laju tu so chill² je tgk view luar.
PadamLoft tu menarik kan cuma ruang dia agak limited sket. If family kecil ok je
Seronok betuul ini kereta panoramic ya. Saya malah sampai sekarang belum ada coba naik barang sekali pun, heuheu. Kalau ke bandung, pastilah cari tiket termurah.
BalasPadamTapi kalau 400-450, hitungannya masih terjangkau lah ya. Apalagi memang vibes suasananya sebagus itu lah.
kapan2 saya coba lah mbak :D
Ya btul...nnt kalo udah rezeki travel dan coba naik kereta panoramic atau jalan² ke malaysia, pasti menarik kan 😁
PadamMalaysia tidak ada train macam ni sebab Malaysia tiada pemandangan yang secantik di sana, kan?
BalasPadamHahahaa tp kita ada jgk view cantek uncle...kalo naik ETS ke utara, cantek ada satu kawasan tu.. yg lalu atas jambatan seolah² kita lalu di atas sebatangvsungai...
PadamHahahaa tp kita ada jgk view cantek uncle...kalo naik ETS ke utara, cantek ada satu kawasan tu.. yg lalu atas jambatan seolah² kita lalu di atas sebatangvsungai...
PadamUish!! Mantap betul trainnya.. boleh pusing-pusing kerusinya.. Cantiklah pemandangan dia..
BalasPadamBerbaloi ini kalau dapat naik.. Sekali pun jadilah..
Hotel dia nampak cantik dan selesa..
Uwaaaaah ngebuuuut ya kak update cerita 🤣🤣🤣🤣. Tak macam saya slooooow bagai siput 😅😅. Haiiiish ntah kapan selesai nih. Jilid 2 dah hampir mulai 🤣.
BalasPadamKalau tak ada kakak, saya tak akan naik panoramic. Pasti memilih whoosh lah pulang pergi 🤣. Tp sebab Kaka saya bisa merasa naik panoramic juga. 😄😍. Walau makan waktu 3 jam.. tak apalah, pengalaman kan. Jadi tahu rasanya 😄
Macam mana kami berdua tak sadar kalian pesan makanan di kereta yaaa. 🤣. Saya memang dah niat melaporkan perut supaya bisa kuliner di bandung hahahahaha
Oh iyaaa, beda Bluebird dan goldenbird, itu dari segi mobil yg dipakai.
Namanya pun golden, pastilah lebih mahal dan mewah 😄😄. Kalau bluebird armada mobil Toyota biasa...
Kalau goldenbird pakai Alphard kak 😄. Dah tarif per km pun pasti lebih mahal drpd tarif bluebird
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com