TUHAN BUKA HATI UNTUK MENGEMAS RUPANYA ADA HIKMAH - Ako Tetap Ako

TUHAN BUKA HATI UNTUK MENGEMAS RUPANYA ADA HIKMAH

Cuti panjang CNY ni selalu nya mesti dah plan gi jalan-jalan kan.
Tapi sebab COVID n PKP, maka nya kita duduk dendiam aje la kat rumah ye.

Bosan kan kalau kena duduk rumah tapi takde aktiviti.
Maka nya moh la kita buat sesi mengemas rumah.
Kebetulan dalam bilik ni memang ada lemari yang nak kena buang.
So kita pun mula kan dengan mengemas pape yang patut dalam lemari tu.

Dah kemas lemari, kita nampak plak bag-bag travel.
Ermmm... macam nak let go je la.
Kebetulan bag-bag tu pun ada yang dah soploh tahun nyawa nya.
Belek-belek masih elok dan cantek lagi.
Tapi sebab tak tahu berapa lama lagi bole travel, moh la kita derma kan aje bag-bag tu.

Sebelum nak bagi orang, harus la kena kemas isi kandungan bag-bag dulu kan.


Syiok-syiok kemas terjumpa plak tiket-tiket masa gi Jepun dulu.
So kita pun snap la sebagai kenangan sebelum kita campak masuk plastik sampah 😂


Kemas-kemas lagi terjumpa plak kalendar Super Junior tahun 2015.
Hahaha kisah nya kalendar ni ako beli untuk sahabat di JB.
Tapi agak nya terlupa nak pos dan terlupa letak kat mana, sudah nya tahun 2021 baru la terjumpa ni. Hadoi nampak sangat berapa lama tak kemas bilik kan?!🙈


Ya allah, barang yang satu ni memang betul-betul ako hilang ingatan.
Pesanan dari teman sekolah.
Tahun 2010.
Duit peringatan sempena 50 tahun Hari Kemerdekaan.

Adoii..... memang DIA buka hati ako untuk mengemas dan terjumpa balik barang-barang yang ako sangka dah hilang rupanya tersalah letak.

Alhamdulilah, nasib la dua hari lepas dapat contact balik ngan member sekolah tu.
Dapat juga minta maaf kat dia sebab ingatkan 'duit' ni dah hilang rupanya tersalah letak.
Bayang kan, member tu pun dah x menetap kat Malaysia.
Maka nya harus la ako simpan bebaik duit ni.
Insyallah satu hari kalau dia dapat pulang ke sini, kalau ada jodoh and rezeki jumpa, bole la ako pulangkan balik duit yang dah lebih soploh tahun dalam simpanan ako ni.

Ekceli banyak lagi barang-barang lain yang ako terjumpa.😅
Lepas dah mengemas ni, harapnya takde la ako nak menambah lagi koleksi 'barangan kehendak' 

Nota Jemari: Bag kosong tu nanti ako akan isi dengan baju-baju lama yang nak diderma kan.

18 comments:

  1. setiap yang Allah gerakkan hati kita, mesti ada sebab kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. betul tu!!
      sebab tu mcm rasa syukur sgt esp tang terjumpa balik duit tu ;)

      Delete
  2. banyaknya barang lama, ada hikmah juga mengemas kalau tidak tak tahu berapa lama lagi tersimpan dalam tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha klu x kemas bag-bag tu, maybe doploh tahun lagi agaknya baru jumpa hahaa...

      Delete
  3. Berapa lama sudah tidak kemas.? Hehe betul itu jumpa balik barang hilang. Alhamdulillah. Harap jangan hilang balik duit peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan bapak lama x kemas harta karun dalam bag-bag tu..

      Delete
  4. kita pun dok berkemas jugak tapi baru bilik Iman settle, penuh kereta buang barang, huhu.. tapi takde plak jumpa barang berharga, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaa kak... tu makna nya Iman pandai simpan barang-barang berharga dia kak :p

      Delete
  5. Time mencari tu memang tak kan jumpa barang ang ingin dicari.
    Bila nak mengemas tu la jumpa semua benda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU!!!
      selalu mcm tu kan.
      kadang rasa nak nangis bila time kita perlu, tp barang tak jumpa...

      Delete
  6. Sama macam saya Ako, musim pkp ni mengemas, jumpa harta karun macam-macam. Rindu plak tengok tiket-tiket Jepun tu. Beg travel saya dah balut dan simpan dalam stor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. stor dah penuh sangat.. tu yg bag-bag ni 'melepak' je dalam bilik haha..

      Delete
  7. Hahaha bapak lama oii dah soploh tahun ekk hahaha..
    Bagus, aku pun tengah kemas, mengecat lagi ko.. so nanti puasa dha boleh rehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay yeay nak raya nak raya...
      hhahhaa alamak pose lom ganti abs lagi..huuuuhu

      Delete
  8. Wah, barang berapa tahun lepas, boleh jumpa semula. Alhamdulillah.
    Tiba-tiba saya pun rasa nak mengemas beg travel lama. Mana tahu, kot jumpa barang berharga. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan mana tau, tetiba jumpa emas ke lam bag tu kan :D

      Delete
  9. harta karun tuuh.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  10. Syukur tergerak hati nak mengemas. Ada hikmahnya mengemas jumpa apa yang dicari tu haa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.