Korean Drama : VINCENZO - Ako Tetap Ako

Korean Drama : VINCENZO

 

Masa nampak drama ni kluar dalam list Netflix, tak terasa nak tengok.
Pastu sebab drama-drama yang ako layan dah abs, maka nya kita pun cuba la klik drama yang baru kluar ni.

Tajuk nya "VINCENZO"!
Tengok tajuk dah bole agak macam citer lawan-lawan.
Kita pun cari la sinopsis dia.

Vincenzo mengisahkan seorang lelaki dari Korea Selatan yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai penasihat mafia di Milan, Itali. Tetapi satu kejadian membawanya kembali ke tanah air. Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) adalah seorang peguam yang kejam dan akan bertindak esktrim untuk mencapai matlamatnya. Dia bekerja sebagai penasihat organisasi mafia terkenal di bandar Milan, Itali.

Akibat perang antara kumpulan mafia yang meletus di Milan, Vincenzo memutuskan untuk kembali ke tanah kelahirannya di Korea Selatan. Semasa di Korea, dia menggunakan nama Park Joo-hyung dan bertemu dengan peguam Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin).

Mereka berdua bergabung dengan firma guaman bernama Woosang. Dalam tindakan mereka, mereka menggunakan kaedah keji untuk menjatuhkan penjenayah yang tidak dapat dihukum dengan cara biasa. Pertemuan yang sengit ini membuat Vincenzo Cassano jatuh cinta dengan Cha-young.

Sehingga seorang peguam junior bernama Jang Joon-woo (Taecyeon 2PM) muncul. Dia menjadi pekerja magang di tempat kerja Cha-young. Jang Joon-woo adalah seorang lelaki yang bersemangat bebas dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan apa pun. Tetapi cintanya pada Cha-young menjadikannya seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bersaing dengan Vincenzo.


Pelakon pun macam best-best je kan, so kita pun layan la episod 1.
Eh eh macam menarik la citer ni, so kita continue ke episod 2.
Damn!! Sah memang best!!

OK now kita tak sabar nak tengok episod 3 yang akan kluar pada 27 Feb nanti.
Arghhh lama nya nak tunggu...
Drama ni ada 20 episod kesemuanya.

Bertabah la nak tunggu tetiap minggu.
Jom layan!!

Nota Jemari: Sebab genre "Dark Comedy" ... so ok la takde la serius sangat cite ni.

11 comments:

  1. Jalan cerita menarik.
    Tapi cerita kejam ini kena fikir 2-3 kali.

    ReplyDelete
  2. Ko tengok tak filem baru tu, trending no satu kat Netflix.. apa laa tajuknya Syslus ke apa ntah hahahaha aku tengah tengok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg angkasa lepas tu ke? Ako br tgk awal2.. Haha mcm boring.. Nnt cr mood nak tgk balik 😂

      Delete
    2. tu bukan filem..drama tu... Sisyphus: The Myth..ni pun tengah layan juga...

      Delete
    3. ha sama... kita pun tgh layan yg tu juga...!!

      Delete
  3. Ramai menantikan drama Vincenzo ni sebab ada Jong Ki :) Selamat menonton Kat Ret :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la lama x tgk dia berlakon kan..

      Delete
    2. Ada yang latest tu movie space sweepers kat Netflix :)

      Delete
  4. saya episod 1 terus tengok masa baru keluar..hahahahah...suka gilerrrr, level international gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannn!!!! x sabar nak tgu sambungan esp 5

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.