KHELAH / CAMPING TEPI RUMAH JE     KHELAH / CAMPING TEPI RUMAH JE

KHELAH / CAMPING TEPI RUMAH JE

Kisah cuti awal muharam baru-baru ni.
Pagi-pagi lepas bekfes, budak-budak ni dok tanya, "Boleh tak tolong pasangkan khemah?!"
Ako jawab, "Boleh tapi janji nanti korang kena kemas balik!" 😆
Bila semua setuju, ahjom la kita main khemah-khemah.


Kemain lagi budak-budak ni, siap bawa tilam , bantal busuk, games la.
Makanan jangan citer la, siap MAMA bekalkan macam-macam plak dalam bag starbuck tu.


Syarat nak main khemah ni, make sure NO HANDPHONE!
Hahaha tu yang gigih memasing cari board games.
Nasib baik la ada seketul dua games.
Budak yang baju putih tu tau makan, makan makan!
ahhahaha


Sebabkan tak plan pun kan nak berkhelah bagai.
Kebetulan je tau, MAMA siap perap ayam nak buat ayam bakar.
Ha memang rezeki diorang la kita main bakar-bakar tepi khemah.


Assistant MAMA yang setia hahaha...


Lunch kami yang simple ayam bakar & salad je.


Panas terik oiiii!!!
Hahaha lepas makan, kasi kemas, dah moh masuk rumah dulu! 😆
Masa ni la dok terpikir, kalau ada khemah yang besar cover panas ni syiok juga.
Pastu kalau ada kusi meja camping pun syiok juga.
Kalau ada portable dapur pun syiok juga. Dapur ni lepas ako tengok kat blog Kika, terus berkenan ako. Gigih cari nasib jumpa tapi kita beli sikit-sikit la dulu ye.

Ok next kita khelah lagi ye haahha...!
Jadi la kan, tak dapat nak gi camping tepi sungai, kita camping or khelah je la tepi rumah haahhaha... 😆

Jiran sebelah tegur, "malam tido dalam khemah ke?" 
hahah tak la bang, kami takut!! wakkaka....!

Kalau adik laki ako ke, berani la juga nak tido luar dalam khemah.
Ni sebab kami-kami aje kan, so kita simpan niat tu dulu ye anak-anak 😆

Nota Jemari: Apa plak aktiviti korang cuti muharam aritu?!

Post a Comment

32 Comments

  1. Sekali sekala camping walaupun tepi rumah hahahaha, syok gak tuuuu! Kebetulan sungguh ada bakar bakar tu memang menjadi camping sungguhlah. Next time camping, dah cukup lengkap semua alat camping sebab kak ret beli kan kan kan hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la btul2 lengkap lg.. Kita beli sikit2 je dl

      Delete
  2. Pernah juga tidur dalam khemah dengan anak² di belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la klu ada lelaki dewasa mmg tingn kn nk bg bdk2 ni pengalaman tido kjemah hehe

      Delete
  3. aktiviti outdoor..time PKP..budak2 mesti seronok..

    wahh..dah kumpul barang2 camping, lepas ni boleh on aktiviti berkhemah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la kita kumpul sikit2.. Tp ntah bila dpt g camping gak nya heheh

      Delete
  4. Bestnya Ako dapat camping. Kami dua laki bini cari khemah belom ketemu yang berkenan lagi. Haha camping belakang umah nenek dia ni syiok jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe korg berdua je senang cr khemah yg comel2..mcm kami yg besar2 ni mmg kena cr khemah yg saiz besar lagi hahaha.. Tu bln depan la kita beli plk :p

      Delete
  5. Bestnya rumah bertanah. Hehe.. Cuti hari tu main belon masuk air kat balkoni je.. Hehe.. Tu pun duduk x boleh lempar lempar lari dengan Naura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah naniey.. Rumah peninggalan arwah parents..

      Nanti dh abs pkp.. Meh dtg umah k ret bawak naura, kita main lepar2 belon kat tepi rumah hehehe

      Delete
  6. Huyoooo.. Lama x campinggg.. haa. nice kena simpan hp masa camping.. baru lebih feel. kannn.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa tp kejap je drg ni.. Bdk2 skrg masih ssh nak lpskan hp diorg... But as permulaan ni ok laa kita ajar sket hidup tanpa hp kan walau beebrapa jam je 😁

      Delete
  7. Macam mana sy bole termiss post ni.. Ayam bakar dah nak abis.. Untung ada kawasan. Meriah berkhemah, kelah tepi rumah, bagus tu tak bagi pegang hp masa berkhemah, baju putih tu nak makan ja ye, nama pun kelah, makan2 duduk2 kan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa ntah bila ada rezeki bak camp tepi sg ke heheh ni ala2 pre camping la gitu walau hakikatnya xde la tido dlm khemah pun hehwh

      Delete
  8. Kann Ret, potable dapo Kika tu lawa kann.. aku ada nengok, nanti laa nak beli gak, nak camping gak macam ko hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la berkenan sungguh ako kat dapur tu.. Ibsyallah hujung bln ako beli hahha.. Dh add kat cart dah 🤣🤣

      Delete
  9. Bagus juga aktiviti berkhemah tepi rumah. Hehe lepas ini boleh buat sediakan dapur atau tempat membakar marshmallows.
    Cuti Muharram tengok tv sahaja. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa ikut hati nak buat unggun api bagai.. Bole bakar atas tu tp kang tkut teekejut plk jiran2 sebelah hahha

      Delete
  10. da 3 weekend tangguh utk bbq.
    sebab yg sulung ada exam 4 minggu berturut2.
    dia kata nanti dia tak boleh study. sebab nak join bbq :)
    terpaksa la tangguh.

    weekend akan dtg ni in shaa Allah.
    releks releks tepi rumah. bakar-bakar.
    setengah hari. ok la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye btul tu kita main bakar2 stg hari pun dh cukup.. Terapi diri di hujung minggu kan hehe

      Delete
  11. alamak lupa nak komen tang salad tu.
    ada telur rebus. sedap!!!

    ReplyDelete
  12. Tak dapat camping kt tempat lain, camping tepi rumah pun best juga . Jimat segala2 nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah jimat x jimat laa...
      tetap kena prepare barang2 camping tu juga heheh...
      tapi dr segi makanan jimat la sket, makan apa yg ada je sudah :D

      Delete
  13. Seronoknya la camping even kat luar rumah je....eh...kena buat macam ni jugak la kat luar rumah..tapi tu la SA dan Dania je kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. ajak mak pah n pak zain sekali... meriah juga tu :p

      Delete
  14. bestnya. msti uyum excited tu. berkelah tepi rumah pon jd lah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi la kan... kita bagi dia fefeling dok lam khemah.. masak2 haha

      Delete
  15. Seronoknya camping2 mcm ni.. psl kolam pulakmktmuym kakret.. penat2 berendam baring dlm khemah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa nnt ar kita try cari kolam yg sesuai ngan saiz badan uyum skrg muahahah

      Delete
  16. Uishh tak panas ke tu dok dalam khemah. Gigih masing masing semangat bawak macam macam nak berkhelah punya pasal. Bagus mama dan nina layan dorang ni. Tak lah bosan. Budak baju putih tu dimana mana ada. Assistant lah katakan.

    ReplyDelete
  17. Alahai seronok ya fefeeling picnic siap BBQ lagi. Tentu seronok budak2 tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com