Sundubu Jjigae (Stew tauhu lembut Korea)     Sundubu Jjigae (Stew tauhu lembut Korea)

Sundubu Jjigae (Stew tauhu lembut Korea)

Hahahah mesti korang terkejut tetiba blog anakomak ada entry resepi.
Bukan menu melayu plak tu, alih-alih dia letak menu korea daaaaa!!😆
Ini sebab tengah rindu dan ketagih sangat tak dapat balik 'kampung' kekdahnya hahahaha... Maka nya kita pun terasa la kan nak makan masakan korea.
Paling senang jom kita buat Sundubu Jjigae iaitu stew tauhu lembut. Boleh letak isi ayam atau daging juga. Tak letak pun takpe.

Eh cop!!
Tapi kan kalau nak buat jjigae ni kena adalah pot khas, betul tak?!
Jadi, tengah rajin-rajin masuk shopee ternampak claypot korea.

TING!!
Terus je add kat cart.


7 Ogos order, 10 Ogos dah dapat!
Kira cepat la juga kan.
Eh eh kita order yang dah ada ready stock la ye, bukan order direct dari Korea.😁

Macam biasa, budak yang over excited tu memang tak sabar-sabar suruh buka kotak.



Taaadaaaaaa!!! 
Korean Stone Pot atau Ddukbaegi with cover and tray nama korea nya hahaha.
Beli kat shopee kan, ada banyak saiz rupanya.
Ako tak sure mula nak pilih saiz mana jadi terus aje la kita amek saiz 3.
Agak-agak tak kecil tak besar.
Saiz ni memang sesuai untuk sorang makan.
Maybe lepas ni kita bole beli lagi besar sikit ye.
Harga saiz 3 ni RM33 (exclude delivery).
So far memang ako puas hati la!

Sebab dah puas hati kan, jom kita cari menu nak buat jjigae ni 😆
Kita gunakan khidmat google aje la kan. 
Ako cari resipi yang paling simple termasuk la bahan-bahannya juga.

Bahan-bahannya:
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Halia (sedikit)
  • Daun bawang
  • Kiub bilis (2 keping)
  • Pes gochujang (tapi sebab takde ako guna cili blend je😁)
  • Daging / ayam
  • Tauhu lembut
  • Cendawan Enoki
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Telur (1 biji)
  • Kimchi (halal)
Bahan-bahan lain macam sayur2 lain korang bole je add klu nak.


Cara-cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan menggunakan sedikit minyak. Tambahkan dengan 2-3 sudu besar pes gochujang atau cili blend.

2. Tambahkan sedikit air sebanyak lebih kurang 2 cawan, mengikut kadar kepekatan yang anda suka. Masukkan 2 batang daun bawang yang dipotong kasar. Rebus seketika.

3. Buang daun bawang yang layu dan tambahkan kiub bilis.

4. Masukkan daging atau ayam yang dihiris nipis, tauhu lembut dan cendawan Enoki. Renjiskan sedikit minyak bijan.

5. Masuk garam atau gula secukup rasa.

6. Masukkan telur perlahan-lahan. Kimchi pun jangan lupa!

7.  Tabur sedikit hirisan daun bawang atau biji bijan sebagai hiasan



Tadaaaaa dah siap!
Slurrppppp!
Jemput tengok semua.
Walaupun takde la sama macam kat korea sana kan, at least terubat la sikit rindu nya tu.

Share ngan member2 gian korea, siap bgtau, "eh ni kalau ada mangkuk nasi dah lengkap ar tu!"

Maka nya terus ako cari kat shopee mangkuk nasi yang dimaksudkan itu haha 😆


yeehaaaa hasil belian dari shoppe kat SINI .😆
OK lengkap dah set sundubu Jjigae versi anakomak.

Pasni kita try menu lain plak ye hahaha...

Nota Jemari: resipi tu ako tempek je dari google tapi tak silap tak ikut sangat pun bulat-bulat cara dia. KO masak ikut cara ko sendiri janji sedap kat tekak ahhaha

Post a Comment

26 Comments

  1. Amboi menu orang tu.. mementang lama tak boleh balik kampung ya.. kecur pulak orang Johor menengoknya

    ReplyDelete
  2. tu dia..memang feel Korea tu siap mangkuk nasi. Gigih Kak Ret. Teringat makan menu ni di Dubuyo. Selamat menjamu selera. Pas ni nak try menu apa pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha... Takat beli satu dua barang ok lagi la.
      Menu apa ek? tu la tengah pikir2 hahha

      Delete
  3. Lepas ni mesti dah pandai cakap Korea.. hehe

    ReplyDelete
  4. Berbelit lidah nak sebut jjigae tu hahaha. Lama benor tu tak balik kampung kan kak ret, sampai rindu masakan kampung hahahahaha. Siap beli pot lagi! Memang rindu sungguh tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakak tu la tiqah, terkenang2 haha tu yg membeli la jgk

      Delete
  5. wahh. siap ada pot dia lg tu.
    syu pon dh add to cart haritu, tp tak beli2 lg haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha beli syu jgn x beli haha... Kita racun awak plak ni : D

      Delete
    2. tu la, standby dlm cart dlu. kalau rasa nak beli, trus beli nnti. hehe

      Delete
  6. sedapnya..selalu makan kt Dubuyo..tengok org Melayu makan, cedok kuah jjigae bubuh dlm mangkuk nasi..org Korea makan buh nasi dlm mangkuk jjigae...hehe..

    kena ada banchan..hehe..lg lengkap..lps ni menu bibimbap, naengmyeon pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ye laaaa nak try bibimbab plk nnt hahh ni lg senang, main campur2 je hahah

      Delete
  7. Amboi.. kemahen rindu kampung sangat tu. Kalau bejiran ni memang hello2 sekali. Nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Kan klu berjiran kita bg sesuap kat awak :p

      Delete
  8. Waaa siap beli mangkuk ekkk.. okay kejap lagi aku nak belek shopeee hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat bibimbap kena beli jugak ke mangkuk besi tu ek? hahaha

      Delete
  9. Waktu begini macam-macam perkara yang kita tidak pernah buat kita buat. Contoh macam Ako masak satu Korea. Hehe. Rajin cari perkakasnya Cik Ako. Lepas ini apa pula? Seronok pula hendak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni apa ek???
      hahaha cari2 barang2 camping plak la :p

      Delete
  10. tudiaaaa.....menu rindu kg halaman kan...sedapnyaaaa........bila la dapat balik kampung ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaaa lambat lagi bole balik kampung ni... :D

      Delete
  11. MashaAllah terantarabangsa dengan nenu korea, dengan periuk ori lagi, nampak sedap, tak pandai nak sebut lagi menu korea, betul tu bila cari resepi susah nak cakap, kita olah sebab kalau ikut memang terkantoi mood, itu tak da, ini tak da, kalau ikut tekak, baru terjadi sekurangan ada makanan lain di rumah..

    ReplyDelete
  12. Aduhaii kecur air liur. Terasa kuah jjigae masam pedas kimchi tu ha..Ini betul betul Korean ni. Baru feel makan makanan Korea.

    ReplyDelete
  13. Serous nampak mcm Korean food sangat . Kena pula dn cutlery Korean tu woww

    ReplyDelete
  14. Ya Allah akak, langsung teringin sangaaaaat :D. Dah lama tak makan sundubu jjigae ini. Saya kalo ke resto Korea, menu inilah favorit nak pesan. Selain japchae pastinya :D. Di makan pedas dan panas kan, duuuh enaak sangat :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com